Setiap kali yang ku beritahu mengenai satusku ini terus menghindariku. Bilalah aku akan mendapat kesempatan untuk membaiki diri? Dalam pergaulan sesama wanita pun aku selalu disingkir. Macamlah aku nie sumber pembawa penyakit. Itulah sebabnya, untuk menghilangkan tension, aku berjalan-jalan ke supermarket dan sebagainya. Adakah kamu juga akan meninggalkanku setelah mengetahui aku nie bekas lebian? Katanya agak tergesa-gesa menampakkan jelas dia sedang mengalami tekanan. Pengakuan jujur dalam perkenalan kilat itu sungguh menyentuh perasaanku. Nasibnya hampir sama denganku. Aku bekas gay dia pula bekas lesbian. Sama2 homoseksual. Kenapa diam? Kamu juga takut nak berkawan denganku? Kalau begitu pergilah.. tak mengapa. Tinggallah aku bersendirian di sini. Biar aku yang menjelaskan bil, didesaknya dengan suara bergetar, mengandungi kesedihan sementara matanya nampak berkaca, Aku terharu melihatnya yang sekaan fobia terhadap persahabatan. Kasihan dia! Aku pun menggengam erat tangannya. Aku memintanya bertenang, sambil dia mendengar pula kata2 ku. Dia menurut lalu maakn dan minum dengan perlahan. Aku pun menceritakan pula kisahku sekaligus, nasibku. Matanya terbeliak, seakan tidak percaya. Kamu takut? Takut kena AIDS? Pergilah! Biar aku yang menjelaskan bil ini. Ruby melonjak dari tempat duduknya lalu memelukku erat dan mencium pipiku. Air matanya mengalir deras namun bibirnya merekah ditaburi senyuman. Ya Tuhan! Apalah lagi kehendak Mu, sehinggakan aku di temukan denagns eorang lelaki yang senasib denganku. Mungkin kita boleh menjadi sahabat dan mungkin juga ini jodoh kita. Kataku tanpa banyak berfikir. Sejak hari itu jadilah aku dan Ruby sepasang sahabat yang intim. Saling memahami kehendak masing2, saling membicarakan penderitaan, menceritakan kelebihan, kelemahan dan sebagainya. Alangkah ajaibnya dunia ini. Seorang bekas gay bertemu seorang bekas lesbian. Kami sedar lesbiannya dia dan gaynya diriku bukanlah diatas kehendak kami. Kami anggap itu semua semacam penyakit yang harus di ubati dan disembuhkan. Di atas ketekunan Ruby, aku mula dapat meikmati keindahan berkasih. Aku dapat merasakan kehidupan berperasaan dengan wanita. Ruby juga mengaku bahawa hubungannya denganku membuatkannya wanita yang penuh makna. Ke intiman kami berdua meningkat sehingga merancang untuk hidup bersama. Cukup lama kami bertunangan sebelum memutuskan untutk berkahwin. Perkahwinan kami adalah mengikut kesungguhan kami berdua. untuk saling memberi sokongan moral. Kami berharap mampu menjadi suami isteri yang normal. Ia juga menjadi pengkiat supaya kami tidak terjerumus lagi ke lembah gay dan lesbian ini. Satu yang kami lupa dan kerap meruntuhkan rumah tangga kami ialah keadaan jiwa kami. Sedikit sahaja perselisihan faham, mampu membuatkan penyakit kami muncul kembali. Penyakit yang dimaksudkan ialah, rasa benci terhadap lawan jenis. Begitu juga Ruby selalu tersasul memuji kecantikan wanita di pejabatnya.. Semua ini membakar api cemburu. Untungkah kami masih ada pegangan agama yang sama. Kami sepakat untuk menimba kembali pelajaran agama yang tidak banyak ditimba selama ini. Dari situ kami dapat menyelesaikan masalah dengan baik. Kami juga mudah saling meminta maaf apabila salah seorang tersinggung atau menyedari berlaku silap. SeKiAn..
Posted by Ujang_MD ::
5/26/2005 01:03:00 PM ::
0 Comments: