"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, May 16

Kisah Malang Seorang Lelaki PLU ( Final Episode)

Menghadapi situasi seperti itu hatiku yang asalnya dapat ku tahan kesabaran akhirnya menjadi terbakar. Aku segera menarik tubuhnya dari ranjang, kuhempaskan kedidnding dgn keras dan tamparan demi tamparan singgah dipipinya yang basah. Dia tidak menangis lagi dan tidak menjerit, mungkin kerana takut dan malu. Saat itu, pemuda tersebut berusaha membantunya dengan menarik tubuhku,namun usahanya sia2 sahaja. Aku tak mempedulikannya. Ternyata kemarahanku itu telah memberikan kekuatan kepadaku. Akhirnya, aku meninggalkan hotel itu terlebih dahulu setelah aku memberikan ancaman terhadap Bella bahawa aku akan membunuhnya jika dia tidak pulang segera. Sepuluh minit setibaku dirumah dia juga pulang dengan langkah longlai, sementara kedua2 anakku kebingungan kerana tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Seterusnya aku telah membawanya untuk menghadap pengadilan dan tanpa banyak masalah maka kami pun berpisah setelah 10tahun usia perkahwinan kami.Kini aku menjalani kehidupan sebagai duda beranak 2. Namun, setelah bercerai adakah aku berapa puas? Ternyata tidak! Setelah kurenung2kan lagi,kesalahan yang dilakukan oleh Bella itu adalah berpunca dariku sendiri. Terus terang aku katakan, bahawa aku amat menyayanginya, apatah lagi dia dia begitu sabar serta dapat menerima kenyataan bahawa aku memiliki kehidupan yang janggal. Tapi adakah Bella dapat menerimaku kembali?Adakah setelah 2 tahun berpisah cintanya masih bersisa?Sudah terlambatkan aku bila berkeinginan utk memperbaiki kehidupanku yang songsang ini? Akhirnya kini aku menjadi serba salah, di satu persimpangan kehidupan

azmie chendering kuala,terengganu

Posted by Ujang_MD :: 5/16/2005 11:25:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.