"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, June 13

SAHABAT!!! (Episode 4)

Aku dikejutkan dengan cerita yang M dipaksa bertunang dengan seorang gadis. Khabarnya gadis itu yang mahu menjadi tunangannya. Sedangkan M menganggapnya sebagai kawan biasa sepertimana teman-teman yang lain. Dalam jangka waktu yang singkat, berita pertunangan M dan gadis tersebut kecoh di pusat latihan. Ini menjadi M tertekan lantas mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat lain. Memang sukar untuk mencari tempat yang boleh menerima dalam jangka waktu yang singkat. Mujur nasib menyebelahinya bilamana dia diterima di salah sebuah pusat latihan di Malaysia Timur. Sebelum berangkat, M meninggalkan pelbagai pesanan buatku. Tidak ketinggalan nasihat dan dorongan agar aku terus tabah mengahadpi kehidupan yang kian mencabar. Tidak lupa sekeping kad hari lahir yang ditujukannya khas buatku. Tak sangka, M masih ingat akan tarikh keramat ini. Beberapa bulan berlalu, namun masih belum ada perkhabaran dari M. Aku cuba menyedapkan hatiku dengan alasan mungkin M sibuk dengan tugas harian. Lagipun aku sendiri sibuk melayani buku-buku pelajaranku. Walau bagaimanapun, kadang-kadang aku tidak terlepas dari mengingati M. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak terduga berlaku keatas M? (to be continue)

Posted by Ujang_MD :: 6/13/2005 09:41:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.