Friday, April 7
THE ICE AGE 2
Cerita ini sudah di tayangkan pada minggu lepas, sungguh mencuit hati kepada para penonton. Memberi mesej yang sungguh mendalam kepada penonton semua dan akan menjadi satu kenangan yang pasti tidak dapat di lupakan.
Watak-watak utama yang memainkan peranan penting bagi menjayakan The Ice Age 2 ini adalah:
Deny Leary sebagai Diego
John leguizamo sebagai Sid
Ray Ramano sebagai Manny
Queen Latifah sebagai Ellie
Sean William sebagai Scat
Jay Leno sebagai Fast Tonny
Itulah watak-watak utama yang memainkan peranan penting, jalan cerita yang penuh pengajaran dan melambangkan satu ikatan persahabatan tidak kira bangsa. Ia bermula dari satu kehidupan yang besar di dalam satu lembah berais yang tidak mempunyai mangsa dan juga pemangsa. Akhirnya mereka semua terpaksa berhijrah ke tanah tinggi untuk menyelamatkan diri dari jadi mangsa kemusnahan ais yang akan melanda didalam kehidupan mereka. Manny amat merungsingkan dirinya tentang kepupusan mammoth jika dia tidak mempunyai mammoth betina untuk di jadikan pasangan hidup secara tidak langsung menambahkan jumlah mammoth.
Di dalam perjalanan, Manny telah terserempak dengan Ellie sewaktu Eddie dan Crash mengganggu perjalanan mereka. Diego dan Sid tidak berpuas hati dengan karenah anak-anak tupai itu dan terus mengejar untuk membalas dendam. Eddie dan Crash amat licik dapat menumpaskan kembali Diego dan Crash dan mencicit menyelamat kan diri terus menuju ke arah kakaknya Ellie. Ellie adalah seorang kakak yang amat baik kepada 2 orang adiknya iaitu Eddie dan Crash. Walaupun berlainan bentuk badan dan keturunan, Si Ellie tetap mengaku yang dia adalah keturunan tupai bukan keturunan mammoth sehinggakan segala adat resam yang di amalkan oleh tupai seperti cara tidur, bergurau turut di rembat oleh Ellie.Ellie sudah di besarkan dengan keturunan tupai sejak dia masih kecil lagi. Dia tahu ramai tupai-tupai jantan tidak berminat dengannya dan dia sangka mungkin badannya yang agak besar.
Apabila Manny menerangkan secara terperinci tentang diri Ellie adalah seekor mammoth, Ellie tetap dengan keputusannya yang dia adalah seekor tupai dan bukan seekor mammoth. Ellie juga terkejut yang Manny adalah keturunan tupai kerana Manny mempunyai bentuk badan adalah sama dengan dirinya. Manny tetap menerangkan secara terperinci, tiba-tiba Ellie teringat satu kenangan yang tidak dapat di lupakan. Kenangan ketika dia masih kecil di bawah pohon apabila dia di tinggalkan oleh ibu dan di asuh dalam keluarga tupai. Walau macam mana sekali pun, Ellie tetap keputusannya yang dia adalah seekor tupai.
Ellie tetap mengikuti penghijran bersama-sama dengan Manny, Sid dan Diego dan akhirnya Ellie terfikir kenapa dia mengikuti penghijrahan itu. Ellie membuat satu keputusan untuk tidak mengikuti lalu Ellie berpatah semula dan terus di pujuk oleh Manny. Tetapi Ellie tetap dengan keputusannya dan Manny sudah bosan untuk memujuk Ellie agar kembali kepadanya. Satu letupan yang amat kuat berlaku di lembah membuatkan air naik sepantas kilat semacam Tsunami. Ellie terperangkap di dalam rutuhan batu dan tidak sempat untuk menyelamat diri. Eddie dan Crash dapat menyelamatkan diri lalu meminta bantuan daripada Manny. Tanpa melengahkan masa, Manny terus mengejar ke tempat kejadian di ikuti oleh Diego dan Sid.
Air naik mendadak tanpa di duga, pada masa itu juga Manny di buru oleh binatang yang agak ganjil. Akhirnya binatang yang agak ganjil itu dapat di tumpaskan oleh Manny. Ellie dapat keluar dari runtuhan batu. Pada masa itu Diego ingin menyelamatan Sin tetapi Diego amat takut akan air. Demi sebuah sahabat, Diego terpaksa beranikan diri unutk menyelamatkan sahabatnya. Ellie, Manny berenang kea rah batu besar bagi menyelamat diri dari di buru binatang yang agak ganjil itu. Mereka semua amat risau tentang paras air semakning naik tanpa di duga. Secara tidak langsung Scat telah membuka satu ruang yang besar bagi mengeluarkan air.
Scat sebenarnya menyelamatkan chestnut daripada jatuh kebawah lagi dan secara tidak langgsung lubang-lubang yang di buat oleh Scat telah retak dan terus terbelah dua meyebabkan air terus keluar serta menyelamatkan ratusan binatang-binatang yang lain. Scat koma buat seketika, dia wujud di dalam dunia yang penug dengan chestnut dengan hati yang girang dan gembira dia ingin mancapai satu chestnut yang agak besar. Tapi dia di sedut keluar dari alam itu menyebabkan dia hidup kembali di dalam dunia yang nyata.
Scat tidak berpuas hati terus memukul Sid tanpa simpati. Scat sebenarnya bukan hero, dia adalah menyelamat keadaan dalam secara tidak langsung dan binatang-binatang sekeliling tidak sedar yang Scar telah menyelamatkan mereka semua daripada kepupusan yang telah di alam oleh dinosaur.
P/S::SERONOK TENGOK MOVIE NIE .. HEHE SAMBIL SENGIH KAT ABG DIN TUH(HEHEHHE.. NANGIS KER WAKAKA!! JAT PULOK?? EHEM EHEM!!
Posted by Ujang_MD ::
4/07/2006 03:51:00 PM ::
0 Comments:
Post a Comment