"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, May 17

KASUT CINTA!!

Pernah tak korang belajar macam mana nak berfikir??Malam tadi masa kemas-kemas barang kat umah ujang terselak buku pemikiran nie. Terbukak lah halaman tentang kasut.Dr. Edward de Bono mencipta suatu cara berfikir untuk bertindak yang dinamakan:ENAM KASUT BERTINDAK.
ENAM KASUT BERTINDAK IALAH LAMBANG KEPADA ENAM CARA MENGAMBIL TINDAKAN. SETIAP JENIS KASUT DIGUNAKAN DI DALAM KEADAAN YANG KHUSUS.


KASUT BIRU

Kasut ini ialah lambang cara berfikir yang digunakan untuk membuat kerja-kerja rutin. Banyak kerja kita laksanakan dengan mematuhi suatu senarai rutin. Dengan mematuhi rutin kita akan mengelakkan sebarang kesilapan yang merbahaya. Rutin dicipta oleh orang-orang yang pakar supaya orang-orang yang bukan pakar boleh melakukan kerja itu dengan cara yang selamat.

KASUT KELABU

Kasut ini ialah lambang kekaburan. Banyak tindakan tidak dapat kita buat kerana keadaan masih kabur. Seorang detektif sentiasa menghadapi keadaan yang tidak jelas. Oleh itu, tindakan yang mesti dilakukan ialah bertindak mencari maklumat dahulu. Maklumat itu kemudian kita gunakan bagi menghadapi keadaan tersebut.

KASUT PERANG

Kasut ini ialah lambang tindakan yang pragmatic. Tindakan-tindakan pragmatic ialah gabungan antara nilai-nilai yang baik, prinsip-prinsip yang baik dan pemikiran yang baik. Kita akan lihat keadaan yang ada dan fikirkan sendiri apa yang paling baik untuk kita lakukan. Kita buat apa yang boleh dibuat.

KASUT KUNING

Kasut ini ialah lambang tindakan dalam keadaan yang cemas dan berbahaya. Kuning ialah lambang amaran. Pegawai-pegawai polis, bomba dan doktor adalah orang-orang yang sentiasa berhadapan dengan keadaan-keadaan cemas. Kita juga mesti mengenal pasti perkara-perkara yang boleh memburukkan keadaan.

KASUT MERAH JAMBU

Kasut ini ialah lambang kasih sayang, belas kasihan dan kelembutan. Kita gunakan dalam keadaan-keadaan yang melibatkan perasaan kemanusiaan. Para doktor , peguam, guru, pegawai kebajikan dan banyak lagi pro-profesional yang bekerja dengan perasaan kemanusiaan.

KASUT UNGU

Kasut ini melambangkan kuasa rasmi. Apabila kita membuat sesuatu tindakan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab rasmi. Kita mempunyai peranan rasmi. Para doktor, guru, peguam, pegawai polis mempunyai peranan rasmi. Mereka mempunyai kuasa dan mereka melakukan tindakan berdasarkan peranan rasmi mereka apabila perlu. Tetiba aku teringat pada warna ungu ni... lawa warna nya kan. Dia hantar semula msg yang pernah aku hantar pada dia. Bertahun dia simpan. dan kini dia pulangkan semula. Mungkin dia dah tak nak simpan lagi dah. Takperlah... aku terima ketentuan. Perancangan kita sebagai manusia sudah baik tapi perancangan Allah lebih sempurna.... Teruskan lah senyuman! Pernah ku katakan dulu, hidup ini indah walau tanpa cinta, namun aku masih mampu bahagia. Kini aku mengerti, dirimu adalah pelita yang menyinari hidup buat hari mendatang.

Posted by Ujang_MD :: 5/17/2006 11:08:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.