Sayang, Pada saat dan ketika abg catatkan bicara hati ini, ketahuilah olehmu bahawa abg dalam keadaan nazak rindu padamu. Sejak abg bersamamu, abg sentiasa diselubungi bahagia walaupun kerinduannya datang menerjah tembok kesabaran hati. Sungguh abg katakan bahawa cintamu sayang buat abg rasa disayangi. Walau abg tidak pasti bagaimana kesudahan kisah cinta kita, namun abg sentiasa berdoa agar kesudahannya dapat membahagiakan kita dunia dan akhirat. Kita telah bina dasar cinta kita atas perjuangan yang kukuh. Pertemuan yang ditakdirkan tuhan telah membuahkan rasa cinta dan kasih yang kukuh di hati.
Sayang, Terlalu berat untuk abg lepaskan dirimu untuk berjauhan dariku. Bagaimanakah akan abg hadapinya sedangkan rindu ini tidak pernah kurang apatah lagi padam walaupun dirimu berada di hadapan mataku, di sisiku.
Sayang, Setiap detik waktu yang bersisa, wajahmu sentiasa hadir dan berbicara denganku. Walaupun hanya sanubari dan jiwa abg yang dapat melihat wajahmu, namun abg tetap rasakan kemanisan pertemuan rahsia itu.
Sayang, Tiada satu pun perumpamaan yang dapat abg ungkapkan bagi menggambarkan bagaimana perasaan abg pada saat ini. Hanya orang yang merindui sahaja yang dapat mengerti betapa merananya abg apabila bunga rindu berputik di tangkai kasih ini.
Sayang, Abg sentiasa berharap, tembok kesabaran abg tetap kukuh sementara menanti kepulanganmu kepangkuanku. Abg berdoa agar ia tidak akan goyah dilanda ombak rindu. Pada pertemuan yang akan kita ciptakan nanti, ingin sekali abg menatap wajah mu, mendengar bicaramu yang bisa menenangkan jiwaku yang kelemasan ini. Semoga tuhan akan memberkati harapan kita ini.
Sayang..........abg merinduimu.............
Posted by Ujang_MD ::
7/30/2006 09:57:00 AM ::
0 Comments: