Assalamualaikum wbt... semua!!! Entahlah tak tahu dah ujang apa yang nok di tulis!! Dah blank doh kepale otak!! K lah ujang nak merapu sket!! Ok lah Tuan/Puan.. dalam ruangan pembuka bicara ujang pada kali ini ujang nak membicarakan tentang satu perkara.. Haa... teringatkan pun satu topik!! Ujang nak tanya nie, adakah korang seorang yang suka terburu-buru atau tergesa-gesa ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan?? Baguslah andaikata jawapan korang tidak dan tak baguslah kalau jawapannya Ya!! Terburu-buru nie kalau cakap orang putih la disebut "rushing". Bunyinya dekat-dekat pulak dengan satu lagi perkataan Inggeris iaitu "dashing". Walaupun maksudnya seakan-akan macam nak sama (meluru atau menerpa) hakikatnya ia memang tak sama, lagipun "dashing" itu macam nama bedak lah pulok. Ahh.. merapu.. berbalik pada tajuk asal kita tadi, "rushing" atau terburu-buru ini mungkin boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama, dalam keadaan yang tidak di undang (macam lagu gerimis mengundang tuh wakaka) dan yang kedua, yang sengaja kita undang. Maksud yang pertama itu, kita terburu-buru secara tidak sengaja dan bukan kita penyebabnya sebaliknya ia di sebabkan oleh sesuatu keadaan. Yang kedua pulak, terburu-buru yang memang di sebabkan oleh skipa atau kebiasaan kita sendiri. Nak lebih jelas lagi macam nie lah ye! Yang pertama tu contohnya..(Oppss maaf sayang.. gunakan sayang sebagai contoh wakakaa). Oklah contohnya, Sal memang sentiasa bangun pagi awal untuk ke tempat kerja tetapi di sebabkan suatu hari tu kenderaan Sal meragam, Sal jadi terburu-buru untuk sampai ke pejabat supaya tidak terlambat. Kes kedua pulak, Sal memang seorang yang gemar bertangguh-tangguh dan sentiasa lambat dalam sebarang pekerjaan. Jadi tidak hairanlah Sal sentiasa terburu-buru untuk ketempat kerja kerana selalu bangun lewat, bukan sekali-sekala tetapi hampir setiap hari kerana habit atau habitatnya itu.. Opsss dah terlebih pulok.. maaf ekk sayang eheehe!! So di sini dapat ujang buat kesimpulan, biar apapun penyebabnya (seperti dalam kes 1) kita tidaklah harus menjadikan sifat atau sikap terburu-buru ini menguasai diri biarpun sekali-sekala atau dua kali dua kala ehehe! Orang putih pun ada berpesan agar kita sentiasa slow and steady. Tapi bukan slow tapi tak pernah nak ready ehehe!!! Dalam agama juga (huwaa dah babitkan agama pulok uwaaa) ada menerangkan tentang peri keburukan sikap terburu-buru ini. Yelah, kalau dah terburu-buru di jalan tu (sebagai contoh) silap-silap bukan lampu kuning jer yang boleh kita langgar malah lampu merah juga boleh kita langgar jugak dan seterusnya mungkin boleh mengakibatkan kenderaan atau orang awam pulak kita sondol sama ehhee! Dari segi kesihatan pulak(uwaa ujang bukan doktor ehhee) terburu-buru boleh mengakibatkan kita menjadi tertekan dan efeknya pula boleh mempengaruhi jantung kita yang mungkin berpam kencang pulok jadinya!! Senang citer, terburu-buru sebenarnya bolehlah ujang kaitkan dengan pengurusan masa biarpun puncanya bukan seratus -peratus dari faktor tersebut. Tentu terburu-buru boleh di kaitkan jugak dengan ungkapan "mengejar masa" kan kan betul tak??. Sebenarnya masa tak perlulah kita kejar kerana ia tetap akan berjalan biarpun kita kejar. yang perlu kita lakukan ialah mengisi perjalanan masa itu dengan sebaik-baiknya supaya kita tak perlu terkejar-kejar lagi. Yang baik jadilah macam ujang, tetap tenang dan relaks biarpun datang kedaaan menekan wakkaa.. poyolah ayat!! Sebenarnya ujang pun macam nak terburu-buru jugak menyiapkan sesuatu kerja tapi mujurlah ujang tarik nafas tujuh kali dan tujuh kali lagi sambil menaip tenang sambil cuba mengusir unsur terburu-buru yang cuba memburu nafsu ujang (itu yang orang gelar terburu nafsu ehhee). Mujur ujang berjaya mengawal keadaan seterusnya memburu semula ketapatan masa ujang ehehe.. chewahh berlagak!! Buat korang semua lah, tak usah terburu-buru dalam apa jua perkara yer!! Sehingga itu sekian dan wasaalam ehehe!!
P/s:: Sayang sebab tuh abg tanya sayang semalam pasal date tuh.. sebab tak nak terburu-buru lah!! ehehee.. so faham kan?? Sebelum kene buru lebih kita yang memburu.. tapi ingat jangan terburu-buru eheheheh!! choww!!
Posted by Ujang_MD ::
7/25/2006 10:29:00 AM ::
0 Comments: