Maafkan Sal sekiranya luahan ini akan membuatkan sayang rasa sebak, kecik hati atau benci pada Sal. Maafkan Sal sekiranya luahan ini akan membuatkan sayang rasa terbeban dengan tanggungjawab. Dan maafkan Sal juga sekiranya luahan ini akan membuatkan sayang berdendam pada Sal kerana mencabar maruah sayang.....
Sayang, Bukan niat Sal untuk menjadi api dalam sekam. Bukan niat Sal untuk mengungkit. Bukan niat Sal untuk membuatkan sayang rasa malu dan tercabar maruah. Itu semua bukan niat Sal. Dan seperti yang Sal katakan. Semuanya kerana janji. Ya. "Janji" itu merupakan kayu pengukur kepada tahap pengorbanan seseorang untuk setia kepada kita. Sejauh mane dia mampu menunaikan janji dia pada kita, sekukuh itulah kesetiaan dia kepada kita.
Sayang, Sal tahu sayang berpegang pada janji dan Sal tahu sayang sgt setia pada Sal. Cuma mungkin kerana Sal takutkan polis setelah "terkena" satu kali. Atau mungkin jugak kerana Sal nak sambut ketibaan sayang dan layan sayang tanpa perlu ade rasa takut pada polis menyebabkan Sal terpaksa jugak buat benda yang sayang tak suka tu. Sal tahu sayang masih ada masa untuk tunaikan tanggungjawab sayang tu. Dan Sal percaya sangat2 sayang akan menunaikannya. Cuma rasa takut Sal pada polis dan mungkin jugak sebab Sal nak prepare sesuatu yang terbaik sebelum sayang tiba di KL menyebabkan Sal terpaksa jugak ambik langkah awal dengan membuat bende yang mencabar maruah sayang tu. Sal mintak maaf ye sayang. Dan Sal taknak sentuh dah pasal perkara ni. Banyak sangat nanti hubung-kaitnya. Perkara lepas biarkanlah ia berlalu.......
Sayang, Sal nak sayang tau. Sal amat sayangkan sayang. Takde duanya sayang dalam dunia ni. Dalam hidup Sal, hanya sayang dan ibu tempat Sal mencurahkan segala kasih sayang Sal. Biarlah di marah. Biarlah dipukul. Sal tetap takkan melawan kedua2nya kerana Sal amat sayangkan kedua2nya. Sal dah bersedia segalanya untuk memastikan kasih sayang Sal takkan hilang walaupun Sal dah takde nanti.
Sayang, Sal nak mintak tolong satu bende, bole tak?.... Satu bende je. Sayang, bila Sal dah takde nanti, sayang tolong jelaskan hutang-piutang Sal pada orang2 di bawah ni ye. Sal takut nanti roh Sal tersangkut kat langit kerana dosa tak bayar hutang. Sayang tolong ye...
1. Akak nombo 4 - rm50.00 2. Abg number 5 - rm1500.00 3. Abg number 3 - rm2000.00 4. Ibu - rm2700.oo (cakap pada ibu....duit ni ialah duit insurance motor yang arwah abah belikan untuk boy dulu. Boy dah pakai abis. Maaf byk2.) 5. Kredit kad - rm7000.00 (sehingga kini)
Tu je permintaan Sal. Harap sayang dapat tolong Sal. Dan sayang jangan risau. Sal dah sediakan segala2nya untuk sayang & ibu Sal. Sal dah pastikan tanggungjawab Sal tertunai. Sayang boleh gunakan duit KWSP Sal tau. Sal dan letakkan nama sayang sebagai pewaris akaun KWSP tu. Sal rasa duit dalam akaun tu lebih dari cukup. Kalau ade balance, sayang ambik. Ok? Ada 1-2 benda lagi yang Sal dah wariskan pada sayang. Sal harap sayang happy dan hidup senang walaupun Sal dah takde nanti. Untuk ibu pun Sal dah wariskan sebahagian duit KWSP dan beberapa benda lain lagi. Sal betul2 berharap sayang dan ibu akan gembira dan hidup senang selepas ketiadaan Sal nanti. Sal dah prepare segala2nya dah.
Sayang, Maafkan Sal ye. Maafkan Sal kalau Sal ada buat salah silap. Sayang jaga diri baik2 tau. Sal taknak "mengongkong" sayang dah. Ni last entry tau. Sal taknak menulis dah. Sal sayang sgt kat sayang & ibu sampai mati.
Love u.
Posted by Ujang_MD ::
7/05/2006 10:15:00 PM ::
0 Comments: