"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, July 2

TERENGGANU LENING!!!

Sejak pemerintahan UMNO yang mengambil alih pemerintahan PAS 2Tahun lalu.. banyak kemajuan yang telah di capai.. Yup sebagai rakyat terengganu ujang juga turut merasai permodenan dan kemajuan yang telah di capai hasil kepimpinan Dato' Seri Idris Jusoh!! Baru-baru ini diadakan perkampungan Hadhari di Muzium Negeri Terengganu!! Hmm yup.. ada benarnya.. dalam risalah yang bertajuk "Terengganu Lening"banyak sudah impian yang kini telah menjadi realiti bagi rakyat2 terengganu khususnya!! Tertarik Ujang dengan kata-kata Dato' Seri Idris Jusoh!! Sama2 kita kongsi!!


Tidak pernah sebelum ini
Impian menjadi realiti
Yang dulunya hanya mimpi
Berubah menjadi berita terkini

Tidak pernah sebelum ini
10 ribu pelajar tadika
Mahir menggunakan komputer
Fasih Inggeris, cekap mengira
Pandai sains selain bahasa

Tidak pernah sebelum ini
Terengganu kekal juara carta
5 Tahun UPSR terbaik
Terengganu jadi contoh semua

Apakah pernah sebelum ini?
Betapa seronoknya anak-anak belajar
Sekolah Imtiaz dan Premier
Terengganu Kreatif Pendidikan
Ternyata berbeza dari biasa

Tidak pernah sebelum ini
Pelajar IPT tidak perlu keluar negeri
Terengganu sudah ada universitinya sendiri
Universiti Darul Iman Malaysia
Pertama seumpamanya dalam negara

Tidak pernah sebelum ini
62 masjid didirikan,
5 Pajak Gadai islam dibina
2000 Rumah untuk PPRT
140juta untuk nelayan dan petani
32 Bestari.com pusat ICT
Lebuhraya, Lapangan Terbang,
Kompleks Sukan Negeri,
Semuanya baru
Semuanya hadiah buatmu
Rakyat Terengganu Bestari

Siapa sangka si Pulau Duyong
Jadi perhatian jutaan penonton
Menganjur pertandingan antarabangsa
Monsoon Cup, Rainforest Challenge,
Sukan Berkuda
Membawa dunia ke Terengganu
Membawa Terengganu kepentas dunia
Mengantarabangsakan Terengganu!!

Tidak pernah sebelum ini
Tidak pernah terlintas di fikiran ini
Tidak tergambar kecuali mimpi
Kini semuanya terhampar luas
Menjadi realiti
Yang Pasti!!

Ayuhlah bangsaku
Marilah bersamaku
Ayuh!!
Kita lakar kejayaan!!
Kita bangunkan ummah!!
Kita pahatkan sejarah!!
Kita ciptakan tamadun!!
TAMADUN TERENGGANU BARU!!

Posted by Ujang_MD :: 7/02/2006 03:35:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.