"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, August 7

PERLUKAH???

LAGU-LAGU HINDI DAH UPDATED!!

FILEM DIL TO PAGAL HAI
FILEM KUCH KUCH HOTA HAI
FILEM DUPLICATE
FILEM DILWALE DULHANIA LE JAYENGE
FILEM KAHO NAA PYAAR HAI
FILEM DULHAN HUM LE JAYENGE
FILEM KHAUFF

SELAMAT MENDOWNLOAD!!

Ujang lihat agak ramai yang suka memendam perasaan.Tidak suka berterus terang. Yang kadang-kadang menyebabkan kita bertambah sakit hati. Susahkah untuk berterus terang?? Sejak 2 menjak nie.. menatang nie lah yang selalu menjengah fikiran.. Rasa macam nak humban jer masalah nie jauh2..sah hendak merasainya.. malah tak mahu pandang langsung..Hmm bila melibat jiwa nie kan?? Mana nak jaga hati seseorang.. mana nak pujuk hati sendiri.. fuhh bingung.. silap2 haribulan jadi giler ujang.. duk senyum sorang huhuhu!!

Nabikan pernah bersabda. Berkatalah benar walaupun pahit. Itu yang Ujang ingat semasa belajar Pendidikan Agama Islam semasa ditingkatan tiga dulu. Hampir 12 tahun yang lepas. Ujang pernah berdiskusi dengan kawan2 , ade yang berpendapat, kite orang Melayu khususnya tidak suka berterus terang kerana ingin menjaga hati orang lain. Perlukah?? I got that point. Ujang kadang-kadang bersetuju dengan pendapat ini. Tetapi cuba kita lihat rancangan Malaysian Idol. Mat Saleh tu selambe je kutuk depan-depan. Dan bagi Ujang itu agak kurang menyenangkan. Kalu nak kutuk pon, kutuk hanya dengan die sahaja. Jangan dikhalayak awam. Malu beb!! Dan bagi Ujang, cara tersebut bagus, cuma cara teguran itu tidak sesuai. Maksud ujang disini, kita tak perlu memendam ape yang kita tak puas hati. Ujang pernah terbaca yang ayatnya lebih kurang berbunyi " Teguran selalunya membuat seseorang tersedar dari kesilapannya. Tetapi pujian selalunya menghanyutkan orang"Bila kite rase diri kite asyik betul, maka kite kekadang lupa dengan tindakan kite. Dah tiada orang yang mahu menegur. Maka kita akan anggap semua tingkah laku kita adalah betul. Kadang-kadang kite menganggap orang yang menegur kita merupakan orang yang tidak sehaluan dengan kita. Dan ade ke tahap yang bahaya, ada yang menganggapnya sebagai musuh. Disini Ujang melihat dari konsep kawan itu sendiri. Kekasih adalah seorang yang selalu menegur kita bila kita tersilap, yang memberi perangsang dikala kita kecewa, tempat kite meluahkan segala kegundahan di dalam jiwa dan sebagainya. Bila sesorang yang menegur kita sudah dianggap musuh, maka ............Arghh… naik gila bila di piker… perlukah menjaga perasaannya??? Berpada-pada lah kan??Hmm Naik giler gak Ujang nanti gamaknya uwaa!!!

Posted by Ujang_MD :: 8/07/2006 10:18:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.