Entah mengapa semenjak tak berjumpa dengan Sal dalam masa 2 minggu ini.. terasa kerinduan membuak2!! Mungkin perasaan ujang cuma yang terlalu mengikut perasaan.. Tapi perasaan mana boleh di bohongi apatah lagi di sakiti kan? Hmm apapun i missed u sayang!! Dah blurr otak.. hmm "bagai pungguk rindukan bulan huhu"
Bingkisan rindu dan perasaan sedih menghiasi diriku. Hari demi hari, memikirkan apakah salah ku. Ketibaan Rejab yang mulia menjadi renunganku. Soalan dihati masih dibiarkan begitu. Seperti musafir yang berjalan menuju ke arah yang sebenarnya tiada, ku menyingkap masa-masa lalu yang bahagia.
Dikala itu ruang hidupku diisi dengan penuh kegembiraan. Ucapan mesra dan sentuhan kasihmu selalu membuat ku girang. Tawa dan juga manjamu menjadi satu pegangan untuk diriku selalu. Kasih sayang dan cinta dari ku masih untukmu sayang... Percayalah, aku sentiasa menyintaimu. Tidak sedikit pun cinta yang luhur ini hilang kerana ia amat perit untuk ku melepaskan dirimu yang selalu mempersembahkan perasaan sebegitu padaku....
Ku harap kau mengerti sayang. Bahawasanya aku insan yang lemah, Mempunyai perasaan juga. Disini aku meminta maaf ikhlas dari lubuk hatiku yang punah. Janganlah dikau tinggalkan diriku ini. Kerana dikaulah sahaja peganggan hati ku. I love u Sayang!!!
Posted by Ujang_MD ::
7/31/2006 10:07:00 AM ::
0 Comments: