"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, August 1

BERCAKAP SENDIRI!!!

::DOWNLOAD::Fazli_Zainal_-_Harapan.mp3 Lyrics
UntukMu YUKTA..!! Selamat Mendengar!!
Bila Ujang pikirkan tentang kehidupan... Oh.. mengeluh panjang!!!Ujang takut memberi harapan. Terutama harapan utk diri Ujang sendiri. Ujang sentiasa meletakkan harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara. Dan sudah pasti Ujang akan berusaha untuk itu. Ujang juga takut orang yang mengharapkan Ujang, gagal dalam harapannya. Harapan umpama destinasi dan untuk sampai ke sana haruslah memandu. Jika mengalami kemalangan, mungkin cedera atau terkorban. Hidup memang penuh dengan tanda soal dan kemungkinan. Jika Ujang usaha untuk satu benda, Ujang dapat benda lain. Bila Ujang harap bersama dia, tapi dia bersama orang lain. Orang lain berharap untuk bersama Ujang, tapi Ujang pula bersama orang lain. Ujang harap kesetiaan dari seorang kawan tapi dia mengkhianati. Sama ada Ujang berkorban atau tidak, Ujang tetap boleh terkorban atau dikorbankan.BERFIKIR UJANG SEJENAK!! Ini kah kehidupan???
Cuba korang lihat langit... Ujang lebih suka memandang bintang-bintang di langit tatkala diri Ujang berasa resah!!Bintang di langit adalah penyeri malam. Ujang cemuh,Ujang caci, Ujang maki pun, hukum Allah tetapkan bintang itu tetap di langit malam. Jika tak mampu menggapai bintang, maka biarlah bintang itu dan tak harus berangan-angan lagi. Berpijaklah di bumi nyata dan hiduplah dengan penuh ketenangan. (Yup Ujang... bercakaplah dengan diri sendiri).Jika rindukan ia maka ia tetap bersinar setiap malam. Bintang yang sepatutnya Ujang sayang bukan berada di langit, tetapi dekat sangat dalam diri Ujang. Dan jika bintang yg dekat itu jatuh dalam hati Ujang maka Ujang harus memberi peluang kepada hati Ujang untuk menerimanya. Janganlah berlari kerana apabila dia menjadi tahi bintang, dia akan terus meluncur melintasi mana-mana hati lain dan kelak akan teringat kembali padanya. Jika ia menjadi bintang di langit malam maka tidak mungkin mampu menggapainya lagi.(Yup.. hargailah apa yang ada Ujang.. yes i will).

Bila Ujang pikir Ujang boleh mengucap selamat tinggal. Ke mana jua Ujang pergi, Ujang pasti menempuhi malam. Dan bila malam menjelma maka Ujang akan bertemu juga bintang2 itu di langit. Terpulanglah sama ada Ujang nak lihat ke atas atau tidak. Manusia punya hati dan perasaan. Benar. Dan Ujang jangan hanya fikirkan hati dan perasaan kau seorang sahaja kerana kau bukanlah satu2nya manusia kat bumi nie. Hati adalah jasad dan perasaan adalah nyawanya. Jika ada orang lain memberikan nyawanya kepada hati Ujang maka Ujang mestilah bijak. Ujang boleh terima supaya hatinya juga mendapat nyawa dari Ujang. Jika Ujang menolak, berhati-hatilah. Ujang mungkin mengambil nyawa itu dan menyebabkan hatinya mati. Pulangkanlah nyawa dia kembali ke hatinya. Hati manusia ini kecil. Jika Ujang melatah dan berlari dari dia, sebenarnya Ujang membawa nyawa itu pergi dan membiarkan hatinya mati. (hmmm pikirkan lah ujang.. hargai dirinya)
Bercakap sendiri lagi.....(gilakah ujang??)
Memang cinta adalah anugerah yang sukar untuk dibicarakan. Hargailah sesiapa jua yang menghulurkan cintanya dan gunalah kebijaksanaan untuk mengelakkan diri dari dipermainkan atau dikecewakan. Gunalah akal untuk menjayakan apa yang di impikan. Jagalah hati dan perasaan setiap orang agar semua orang akan hidup dengan aman damai, tak perlu gaduh. Cinta bukan perlumbaan dan siapa yang sampai dahulu adalah pemenang, tetapi bukan semestinya dia yang paling hebat. Siapa yang paling lambat memang kalah, tetapi bukan semestinya dia yang paling lemah. Jika hati sudah berbicara maka perjalanan mencari cinta akan bermula dengan sendirinya. Jawapan sebenar ada dalam hati sendiri Ujang. Perjalanan mencari cinta selalunya indah tetapi perjalanan keluar dari cinta adalah sengsara. Cinta yang masih tidak pasti arah tuju adalah umpama barah. Semakin lama kau tanggung semakin parah.(yup huhu.. )
Jika cinta mempertemukan dua hati dua jiwa, mengapakah perlu ada perpisahan? Tepuk dada, tanyalah hati sendiri kau Ujang.. (Termangu sendirian sebelah Makcik Zainung)

Posted by Ujang_MD :: 8/01/2006 10:12:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.