"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, March 27

MUNGKIN INI CARA HIDUPKU...

Ujang sebenarnya, keliru dengan percaturan hidup ini.Yang zahir seakan mewah dengan kehidupan, seakan berjaya dengan masa depan seakan unggul dengan rasa2 cinta. Sebenarnya, Ujang juga pernah tewas dalam mengejar cita-cita, Ujang sebenarnya kerdil dalam mengecapi rasa cinta. Keinginan Ujang ingin menjalani hidup ini seakan nada dan irama & ada rentak tari yang berbeza..walau nyata tak sempurna tapi itulah "keinginan Ujang"..!! Hakikatnya, hidup Ujang seakan berpaut dengan cara hidup, dengan masa depan dan juga cinta..Cinta?? (Cinta pada makcik zainung jer).
Seakan bingung, dengan percaturan yang Ujang lalui.. dimana tahap kesabaran yang mampu Ujang binakan..?? Jiwa Ujang ialah yang suka memerhati dari gerak geri, lirikan mata, gerak bibir dan tingkah-laku. Ujang tetap dengan cara Ujang walau ada yang membantah. Kerana itu adalah "jiwa Ujang"..!! Ujang mudah memberi kepercayan pada mereka yang baru Ujang kenali & bukan kerana Ujang menilai dari segi taraf, rupa mahupan bangsa.Tetapi kerana Ujang manusia biasa & yang tidak mementingkan taraf, rupa dan bangsa . Pada ujang semuanya sama.(hmm memanglah sama.. sebab ujang rupa pun tak der.. malah papa kedana hehee)
Ujang tidak suka akan penindasan pada mereka yang lemah, mempunyai lagak yang tidak bertempat. Iman?? Sukar untuk Ujang nyatakan iman Ujang dulu dengan iman Ujang kini. Sesuatu yang terlalu sukar untuk Ujang menilai dan mencungkilnya dari diri Ujang sendiri. Namun Ujang cuba baikinya dan berusaha untuk terus berada disisiNya.Kepentingan Ujang amat mementingkan kejujuran, ketepatan dan kesungguhan dalam memberikan komitmen dan jelas dalam memberikan penyataan pada seseorang..Kekadang sikap begini sering dipandang sinis oleh teman2. Ujang mementingkan kasih dan sayang dari segalanya. Biar dunia telah meletakkan syarat untuk mengecapi bahagia dan keselesaan adalah harta.
Namun Ujang tetap dengan cara Ujang walau apa sekalipun. Itu tidak bermakna Ujang melupakan dimana Ujang berpijak dimana Ujang tertatih. Ini adalah cara Ujang, Kerana Ujang percaya semua insan dianugerahkan sesuatu yang amat berharga yang kita miliki iaitu “perasaan” .Bila sebut pasal kepuasan....Ujang akan berasa puas apabila Ujang membuat mereka yang memandang Ujang tinggi akan menganggap Ujang adalah sama seperti mereka. Dimana Ujang sempat bergurau senda , bertanyakan khabar, suka dan duka Ujang rasa bahagia melihat mereka melemparkan senyum sambil menyapa.. dan Ujang tidak pernah teragak-agak untuk menerima pelawaan mereka makan bersama dan mendengar celoteh mereka. Ujang akan berasa puas apabila mereka yang memandang Ujang dengan penuh kekurangan, akan terpaku sedar bahawa sesuatu yang mereka miliki mungkin tidak ada pada Ujang.. namun sesuatu yang Ujang miliki pula tidak mungkin mereka mampu memiliki sedangkan telah ditetapkan oleh-NYA bahawa setiap kejadian telah pun ditetapkan anugerah tersendiri & dan Ujang teramat bersyukur memiliki anugerah itu.
Ujang amat gemar bersendirian. Ujang hidup pada hari ini adalah untuk keluarga dan Ujang berpijak dibumi ini adalah atas urusan Ujang dengan-NYA, dan rukuq Ujang kepadaNya sebagai seorang hamba yang telah dikurniakan akal.. dan sujud Ujang sebagai seorang hamba yang lemah dari zahir dan batin.. Ujang menadah kerana Ujang jauh lebih lemah dari kekuasaan-NYA.Dan Ujang akan menyerah dan menerima dengan redha' walau apa pun ketentuan dariNYA.. Maaf andainya Ujang tersilap tafsir tentang diri Ujang....."

Posted by Ujang_MD :: 3/27/2007 07:55:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.