"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, April 15

AIR MATA KASIH..

Kadang2 bila Shakira tak ada kat rumah.. Ujang rasa lapang sangat.. Bukan Ujang tak menyukainya ataupun membencinya.. sama sekali tidak pernah terniat di hati Ujang ini.. Ujang tahu hanya dia nanti yang dapat menemani Makcik Zainung bila ketidaan Ujang bulan Julai nanti. Cuma kekadang rasa geram datang bila Shakira buat perangai.. di sebabkan perkara itu dengan makcik Zainung sekali terima sekali.. Mungkin sebab itu jugalah Ujang selalu bertengkar dengan makcik Zainung. Tapi bila Shakira tiada di rumah semalam.. juga dengan JOHN dan ISABEL.. Ujang betul girang.
Dapat bersama dengan makcik Zainung tanpa mendengar JOHN dan ISABEL merengek.. tanpa Shakira yang kekadang berbuku mata Ujang melihatnya.. Bila perkara yang terjadi semalam dapat Ujang ulangkan.. begitu indahnya.. Ujang ingin sekali lagi bersama makcik Zainung bersama-sama berkongsi kesedihan. kegembiraan serta kepiluan.. Bila perasaan itu datang mulalah perkara lama datang.. Persoalan Ujang kenapa Ujang lakukannya pada makcik Zainung sedagkan Ujang amat menyayangi dia setulusnya. Bila teringat kisah dulu inigin sekali Ujang lafazkan kata MAAF....

Makcik Zainung........
Maaf Ujang waktu dulu Ujang selalu tidak pulang ke rumah...
Maafkan Ujang kerana selalu menyakiti dirimu....
Maafkan Ujang tidak bisa menemanimu makan siang, makan malam atau sekedar berbincang ringan...

Makcik Zainung.....
Maafkan Ujang kerana jarang menghiburmu di saat sakit dan gundah menyerangmu...
Maafkan Ujang kerana selalu merepotkanmu, membuatmu merasa sedih dan sakit...
Maafkan Ujang sering bertentangan denganmu dan tidak menuruti semua ucapanmu...

Makcik Zainung.....
Terima kasih kerana dulu semasa kecil selalu mendukung dan membela Ujang.....
Terima kasih kerana telah menjadi sahabat Ujang, tempat Ujang lari dan berlindung...
Terima kasih kerana telah ikhlas melakukan banyak hal untuk Ujang,
mulai dari hal-hal kecil hingga yang paling besar...
(Anakmu yang kadangkala kurang betul ini tak boleh menyebutnya satu persatu...Ruang ini tak cukup untuk memuatkan semua yang pernah makcik Zainung lakukan)

Makcik Zainung....
Dan hari ini, Ujang cuma boleh bilang...
Dengan cara Ujang sendiri Ujang menghargaimu...
Dengan cara Ujang sendiri Ujang merindukanmu...
Dengan cara Ujang sendiri Ujang mencintaimu...
Mencintaimu dan mencintaimu, hingga tak ada lagi yang tersisa...

* I love u so much, mom... Kerana Makcik Zainung dan untuk Makcik Zainung...Ujang boleh menghadapi semuanya! Udah.. air mata nak jatuh dah..zzzzzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 4/15/2007 08:40:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.