"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, April 14

PEMBUKA TIRAI...

Adus.. maaf ler kawan2 sebab tutup sekejap blog 2 hari nih.. Ujang cuba link kan 18sx ke blog ini.. phew memakan masa yang agak lama.. Sekarang dah ok.. alhamdulillah.. moga2 kali ini korang jangan salah gunakan lagi yer.. Kalau tak pasti Ujang tutup dah kali ni.. tak payah nak share2 dengan korang lagi kan?? Tak nak melalot lebih panjang... Makcik Zainung dengan Ujang sekarang rasanya lebih rapat ler.. heeh korang tak caya ker? Tak caya sudah.. Shakira kan balik rumah dia.. dengan JOHN dan ISABEL sekali jadi tenteram lah sikit jiwa dan raga Ujang kan?? Maka secara tidak langsung makcik zainung pun tak kan marah2 Ujang. Semalam Ujang nak bagi tahu korang yang Ujang pi dating dengan makcik Zainung.
Entah kenapa dalam area pukul 4ptg Ujang bersuara pada makcik Zainung.. "Mok jom gie jalang2.. puas sunggoh duk rumoh".. Makcik Zainung pulak terus mengiyakannya.. "Jom.. mok pong puah cemuh gok ning".. Terus Ujang pi round2 kampung dengan makcik Zainung.. Mula2 Ujang dengan mak pergi hujung Tanjung.. projek INAI KIARA yang masih belum siap lagi.. cantik.. penambakan benteng di tepi pantai.. memang canggih.. Terus Ujang membelok pergi masuk area Kampung Batin.. melalui jambatan Sungai Buaya dan pergi Bukit Tumboh.. Ehh pusing balik...
Terus Ujang pergi ke airport makan ikan celup tepung dengan Makcik Zainung. Terus terang Ujang bagi tahu korang yang ujang betul2 bangga mempunyai mak seperti makcik Zainung.. Ujang betul2 gembira dan puas sebab sekali sekala dapat riangkan hati makcik Zainung.. walaupun acapkali Ujang bertindak kejam padanya. Ujang tahu.. ujang selalu menyakiti hati mak.. di kesempatan inilah Ujang mahu bersamanya.. mencipta sebuah kemanisan untuk hubungan antara ibu dengan anak.. Ujang betul2 rasa bahagia.. Puas yang ujang rasakan begitu mendalam sehingga Ujang tidak tergambarkan dengan kata2.
Paling ujang gembira bila Ujang dengan mak duduk bertenggek di tepi tunggul berhampiran dengan pantai airport.. di situ banyak Ujang berbual dengan mak.. ke satu topik.. ke satu topik yang lain.. Namun masa tetap mencemburui Ujang.. petang beransur malam.. Ujang dengan mak cepat2 beredar.. Mak kalau boleh tak suka kalau azan berkumandang dia masih berada di luar rumah.. katanya tak elok.. Entah ler... Apapun hari ni tercatat sesuatu peristiwa yang amat menggembirakan hati Ujang.

Posted by Ujang_MD :: 4/14/2007 11:50:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.