Ujang kira perjalanan hari-hari sebelum ini memang begitu menyedihkan. Berbagai cerita disebaliknya Ujang lalui diluar kesedaran hati. Di sebalik resah dan duka, berbagai semangat dan dorongan Ujang perolehi. Melalui kawan, teman, sahabat, seseorang yang sudi menyanjung masa menemani Ujang biarpun seketika semuanya Ujang hargai dengan seikhlas hati. Bermula disini, Ujang belajar sesuatu yang semakin jauh dari hati..mungkin. Kekuatan yang ada, semakin menjejaskan keyakinan. Namun "seseorang" yang tak pernah jemu mengubati dengan semangat 'kekuatan' melahirkan semangat rasa dijiwa, kekuatan yang terbatas Ujang cuba selitkan dengan keyakinan..kerana disebalik gambaran yang tertulis, telah terlumrah dengan hikmahNya..kenapa mesti menolak dengan kesedihan.. Bukan diantara Ujang dengannya ada talian..cuma sekadar bersua di maya..namun tak pernah meninggalkan sedetik waktu Ujang bersendirian...berbagai maklumat dikumpul..berbagai cara dan cadangan diberi. Jika tiada had yang ada, mungkin sanggup menemani di sisi..berbual dan memberikan kekuatan itu..mengutip setiap duka dan dilepaskan untuk mengembirakan hati ini..siapakah sebenarnya teman ini..??? Tentu Kak Mayang yang Ujang kasihi.... Terima kasih yer kak!! Terima kasih Kak Mayang, yang sudi hantarkan apa jua pertolongan pada Ujang ketika Ujang berada jauh ditabir awan..dan untuk Kak Mayang yang sentiasa ingin berkongsi masalah biarpun Ujang jarang bertamu..dan Untuk Kak Mayang yang banyak membantu ketika Ujang disituasi begitu... Rasa terlalu banyak masa, bila disedari..banyak pula yang belum dilaksanakan...seolah-olah detik itu tak mencukupi..Mengingati semula detik perbualan itu....apakah selama ini masa itu tidak begitu penting hinggakan tanpa disedari terlalu lama semua itu ditinggalkan..Masa tak pernah kejam meninggalkan setiap saatnya. Malah Ujang jarang sekali untuk melihat perjalanan masa itu ..hingga bila tersedar..seoalah-olah masa tidak cukup untuk menanti... Perjalanan masa semakin terbatas..atau Ujang perlukan sedikit lagi masa untuk saling mengenali kehidupan ini????
Ujang ingin mengejar masa..supaya detik itu dapat seiring menyinari insan yang disayangi..
Posted by Ujang_MD ::
9/08/2007 05:24:00 PM ::
0 Comments: