"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, October 6

KENANGAN RINDU

Satu persatu kenangan bertamu.. sewaktu kecil dahulu seringkali Ujang bertanya apa yang ada diakhir sebuah perjalanan.. adakah seseorang atau sesuatu yang menanti, adakah disitu nanti perjalanan Ujang berakhir...

Namun semenjak beberapa bulan ini Ujang menyedari sesuatu perkara... seringkali jua Ujang memburu sesuatu yang tiada pernah Ujang lihat hanya untuk SATU SEBAB iaitu kerana UJANG BELUM MEMILIKINYA. Dan bila mana ini berlaku Ujang akan terus memburu dan memburu sehinggalah akhirnya Ujang sedari apa yang Ujang mahu senantiasa disisi Ujang! Dekat namun tak terlihat hanya kerana Ujang memandang terlalu jauh... dan akhirnya Ujang akan sedari kehilangan ia bila mana ia semakin MENJAUH!

Ujang teringat sebuah petikan dalam risalah "Aku tidak mementingkan kesudahan mahupun jawapan sebuah pertanyaan namun apa yang aku pentingkan adalah keseronokan dalam mencari jawapan itu dalam erti kata yang mudah proses lebih bermakna dari sebuah jawapan". Benar atau tidak Ujang bukanlah seorang hakim untuk menjatuhkan hukuman namun ikhlas dari hati Ujang lebih mementingkan sesuatu yang Ujang perolehi dalam rentak kehidupan ini berbanding apa yang akanUjang temui pada keesokan harinya... Bukankah kitab pernah mencatatkan "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran" Ah terkadang Ujang seringkali terlupa ....

Baru- baru ini Ujang seringkali keletihan, entah kenapa sayu tiba- tiba menguasai diri entah mengapa teringat uban dirambut bonda menyebabkan Ujang seringkali menyalahkan diri entah bila Ujang mampu memberi bahagia buatnya!

Seringkali jua Ujang tertanya- tanya adakah ini jalanan kehidupan seorang perindu? Rentak kehidupan dimainkan, bersendirian diatas pentas tanpa teman menemani yang ada hanyalah pengkritik mahupun penonton yang bersedia untuk mentertawakan diri atau memberi kata kata sinis.... sungguh bagi mereka kegagalan Ujang adalah satu perkara yang mereka nantikan dan sungguh mereka hanya sekadar mentertawakan dan menghina kerana bagi mereka kewujudan Ujang adalah sesuatu yang tiada pernah memberi sebarang makna..

Ah ada waktunya apa yang Ujang inginkan hanya berehat ditepian pentas kehidupan ini namun terkadang cerca mereka kedengaran sungguh bicara terkadang menghiris jiwa ah walaupun arah Ujang serupa namun Ujang memilih jalanan yang berbeda, Ujang mendaki puncak yang berbeda dan kerana perbedaan pendapat seringkali Ujang diperlekehkan .... ah saat ini alangkah indah andai ada bahu untuk bersandar, andai ada telinga sudi mendengar, andai ada tangan yang mampu menghangatkan pipi yang kedinginan.. andai ada hati yang mampu mencairkan kedinginan dijiwa ini.....


Ah itu hanyalah angan kosong sekadar kata- kata seorang insan jalanan yang mencari erti kehidupan sendirian yang menari bertemankan titis hujan....

Posted by Ujang_MD :: 10/06/2007 05:35:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.