"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, September 17

ADUH PERASAAN

Ujang pun bingung kenapa Ujang menjadi pemendam rasa..

Sebulan menjadi pemendam amat memedihkan naluri dan emosi. Namun desakan dan keadaan membuatkan Ujang terpaksa menanggung bebanan ini. Ujang bukanlah jenis manusia yang kuat dan tabah menyimpan rasa. Bila hati berbicara pasti lidah mengungkap kata.

Sebulan ini kurang lebih Ujang telah bertukar rupa. Terpaksa menjadi manusia jadian lain peranan. Kalau ikutkan hati ini, mahu saja dibiar barah memakan rasa. Tapi akal menjanjikan suatu logikal bahawa selagi dipendam semakin diperkasam.. keadaan yang harum mendikit menjadi masam. bicara akal, luahkan saja..biar pedih sekarang,namun menjamin kemanisan berpanjangan.

Namun terfikir sekarang, bila keadaan sudah agak lewat, bila bebanan rasa telah diungkap kata, kadang kadang menjadi pemendam rasa adalah lebih baik dari suka melafaz kata. Biar terpaksa berpura. Kerana diri ini lemah amat menanggung derita ini. Mata yang berat pun tak mahu lagi berehat. Perut yang lapar juga tak dipeduli lagi. Kaki melangkah ke merata tanpa ada tujuan. Diri berasa keseorangan. Semangat melayang tak pulang -pulang.

Ujang menanggung duka derita bila hati terlalu berat menanggung pelbagai persoalan tanpa penjelasan. Sekarang menanggung pula derita bila kesal meminta penjelasan.

Posted by Ujang_MD :: 9/17/2007 09:20:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.