"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, November 26

KEMATIAN

Teringat Ujang pada kematian. Ujang sering tertanya. Apakah ada kehidupan selepas kematian?? Apakah erti kematian?? Apakah ianya sekadar berhentinya degupan jantung dan terhentinya otak dari beroperasi atau sekadar terputusnya sedutan nafas?? Atau adakah kematian itu bererti tamatnya satu riwayat panjang kehidupan lalu di kambus kedalam bumi, kedalam tanah tanpa ada rentetan yang lain?? Apakah kehidupan itu persembahan teater yang sementara sifatnya. Ya, sekali lagi, adakah kehidupan setelah kematian?? Syurga?? Neraka??

Kehidupan semula. Apakah Ujang akan bangkit semula sebagai satu bentuk kehidupan yang baru yang berbeza? Sebagai haiwan misalnya, atau kembali menyerap kedalam roh insan yang bakal lahir lalu bernafas semula sebagai manusia yang baru. Kalau begitu Ujang pohon sungguh-sungguh, jangan jadikan Ujang seperti sekarang... jangan jadikan Ujang seperti ini. Ia satu keterasingan yang.. arghhh, Ujang sungguh-sungguh takut, Ujang sungguh-sungguh bimbang.

Siapa yang dapat menjawab persoalan ini?? Adakah kematian lagi selepas kematian? Atau apakah ada ada satu lagi bentuk kehidupan yang berbeza dari kehidupan di bumi. Tetapi tetap di namakan hidup. Kalau begitu Ujang akan di humbankan kemana?? Neraka?? Kerana Ujang macam ni?? Di mana Ujang boleh dapatkan jawapan??

Lihat bagaimana seekor tikus yang terapung di permukaan air, terkapai-kapai dan terkial-kial minta di selamatkan. Ia akan lemas. Ia sedar akan kematian. Arghh tragisnya, tikus yang tidak kenal konsep bunuh diri masih berusaha pada saat-saat akhirnya untuk terus hidup. Matikah yang akan menyerkupnya?? Dan lihat, tikus itu berputus asa. Ia lemah. Ia longlai. Ia sekadar menyerah. Ia sudah berhempas-pulas. Ia sudah tidak berdaya. Ia tenggelam sedikit demi sedikit. Separuh badannya, kepalanya, muncungnya sahaja kelihatan. Lihat pula misainya, dan pangkal kepalanya, dan ia terus tenggelam, terus ke dasar kolam. Lemas dan kematian. Ah.. ngerinya. Apa yang ada setelah itu? Kematian?? Apa itu kematian?

Opsss... nanti dulu. Sesungguhnya Ujang tidak bersedia sepenuhnya. Ujang tak tahu apa ada selepas kematian. Apa bekal yang harus Ujang sediakan?? Sejahat mana kekejaman makhluk yang bernama kematian itu. Terlalu zalimkah?? Bagaimana mereka yang menempuh mati dalam kedamaian, dengan ketenangan itu?? Jasa apa mereka di kurniakan kondisi sedemikian?? Bingung.. Tuhan.. berikanlah Ujang hidayah dan keberkatan.....

Posted by Ujang_MD :: 11/26/2007 10:44:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.