Agak lama Ujang tidak menulis blog ini. Maaf teman bukan Ujang sengaja biarkan blog ini kekosongan tanpa sebarang penulisan tapi Ujang teramat sibuk dengan final exam yang baru habis petang tadi ni. Pheww.. akhirnya baru Ujang tahu perit bila dah sambung belajar masa tua-tua bangka ni. Apa yang Ujang baca semua tak lekat di kepala .. rasa stress sangat. Entahlah Ujang tak tahu macam mana result Ujang .. adakah Ujang lepas ke sem berikutnya..Serah pada takdir jer lah sekarang.
Rindu pada kampung halaman.. itu yang dapat Ujang katakan. Alhamdulillah lepas habis exam petang tadi.. Ujang dah dapat melepas rasa lega. Tiada tekanan. Cuma sekarang Ujang perlu menjalani kursus induksi selama seminggu di Sungai Buloh. Selepas tu akhirnya dapatlah Ujang pulang ke Terengganu jumpa Makcik Zainung yang tercinta. Tapi cuma seminggu. Ujang akan bergegas ke Kuching kerana ada kursus selama seminggu di sana. Selepas tu Ujang akan singgah ke Taiping sebelum pulang ke Terengganu kembali. Begitu padat masa Ujang.. tidak macam dulu.. Banyak masa terluang. Boleh ke pantai melihat ombak.. melihat alam ciptaan Tuhan.. melihat bintang berkelipan.. tetepai sekarang semua tuh dah jauh dari Ujang. Masa yang tidak mengizinkan.. itu yang dapat Ujang tafsirkan.
Rindu lagi.. itu perasaan Ujang ketika ini. Ujang sering menyatakan hati merindui seseorang, namun Ujang tak pernah terfikir, Ujang telah mengabaikan perasaan itu kepadanya...Ujang selalu ingin dirindui, adakah Ujang pernah menjadi perindu pada dirinya..Ujang ingin selalu disayangi, namun pernah kah Ujang pamirkan sayang itu dihatinya..
Mungkin Ujang tersilap memberi andaian. Jika ingin dirindu, hanya perlu menjadi penunggu rindu..Jika ingin disayangi, hanya perlu menanti sayangnya. Kerana andaian itu, mungkin Ujang akan kehilangan insan yang pernah berada dihati..kerana itu hati terlalu rindu padanya. Kerana itu, rindu tak pernah sampai untuknya..dan kerana rindu juga, kenangan itu hampir lenyap dari kamus hidupnya.
Andai hari ini, masih ada rindu itu, sampaikan tinta rindu untuknya..Biarpun ucapan itu semakin lemah, biarpun bicara itu semakin perlahan..katakan rindu itu miliknya. Rindu ini tak pernah padam, rindu ini tertanam di hati, terkubur di jiwa..
Posted by Ujang_MD ::
11/15/2007 09:35:00 PM ::
0 Comments: