"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, January 28

MANA SATU??

Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan kawan kerana kekasih ... Ujang tergolong dari yang mana yer?? Hadirnya seorang kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati. Hadirnya kawan sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara kawan dan kekasih yang mana harus Ujang pilih? Kawan pengubat kesunyian, Kekasih penyembuh kelukaan... yer ker penyembuh kelukaan?? lagi terluka adalah. Antara kawan dan kekasih yang mana harus didahulukan. Kawan tempat mengadu, kekasih tempat bermadu.

Antara kawan dan kekasih keduanya tak boleh Ujang sisih. Kawan menghulurkan bantuan, kekasih menghulurkan sokongan. Antara kawan dan kekasih keduanya Ujang harapkan. Kawan sekuntum senyuman, kekasih sepenuh perhatian

Antara kawan dan kekasih, bilakah akan Ujang temui. Kawan sejujur kata, kekasih setulus setia. Andai kawan itu kekasih Ujang. Andai kekasih itu kawan Ujang, akan Ujang hadiahkan sedalam lautan, setinggi kayangan kasih sayang yang tiada sempadan...

Posted by Ujang_MD :: 1/28/2008 08:52:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.