"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, January 18

PENYESALAN..

Tadi, sudah berlaku suatu perkara yang sejelas-jelasnya tak patut dibuat. Tapi, nampaknya diri ini masih belum kuat untuk menolak. Masih sanggup menggadaikan prinsip semata untuk sedapkan hati orang, sedapkan cara hidup mereka. Kenapa payah sangat untuk menerangkan perkara yang sebenar? Kan bagus kalau Ujang dapat larikan diri dari tempat ni, sekarang. Lari ke tempat lain. Cari tempat tinggal lain. Lari. Bosan. Penat.

Makanan tak terjaga. Pergaulan tak terjaga. Percakapan tak terjaga. Tak terdaya. Cuma, jalan penyelesaian ialah mengasingkan diri di dalam bilik. Untuk berbaik dengan mereka. Namun, sejauh mana? Kesilapan besar untuk buat keputusan tinggal bersama mereka? Silap.
Risaukan sangat dengan soal bayaran sampai sanggup tinggal di sini.

Sekarang, rasa tersepit.... Tapi, perkara sudah berlaku. Cuma sekarang, walau apapun, kebenaran perlu dijelaskan. Perlu berterus-terang. Diri yang tersepit, bukannya mulut. Jangan biar hawa biarkan mulut menghalang luahan hati, luahan kebenaran.

Ya Allah, kurniakanlah Ujang kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Yang dikelilingi dengan pelbagai bentuk dugaan. Tentu ada hikmahnya semua ini. Moga Ujang ada keteguhan iman. Moga penyesalan ini tidak Ujang sisihkan tapi Ujang jadikan pedoman, penggerak.

Bagaimana ingin Ujang majukan orang lain bila Ujang mundur? Astaghfirullah

Posted by Ujang_MD :: 1/18/2008 09:28:00 PM :: 2 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.