"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, January 20

DIRI SENDIRI...

Semalam perasaan Ujang melayang jauh....dan semua kenangan lama bertaut kembali. Semua kenangan manis dan pahit datang kembali. Setelah lama merenung jauh, banyak yang Ujang fikirkan kembali. Kesilapan yang pernah Ujang buat, kejayaan yang pernah Ujang dapat, kekecewaan yang pernah Ujang rasai, kesedihan, kekalutan dan bermacam-macam kenangan datang menyerbu serentak.

Ujang sedar dalam pada Ujang membesar selama ini, Ujang rasa Ujang dah banyak berubah. Walaupun hati Ujang mengatakan Ujang tak pernah berubah tapi sebenarnya banyak yang Ujang dah ubah. Penampilan, gaya percakapan, pemikiran dan juga Ujang punya perangai.

Ujang mengakui Ujang ni menjadi lebih leka dan malas, lebih baik dari dulu dalam sesetengah hal, lebih jahat dari dulu dalam sesetengah hal juga, cuba untuk menjadi seorang yang baik walaupun Ujang pernah cakap orang baik selalu kalah. Berat badan merosot, rasa hasad dengki makin banyak, rasa timbang rasa makin kurang......ah, teruknya Ujang ni. I'm such a bad man.

Ujang akui dalam dua tiga tahun ni Ujang makin kurang bertimbang rasa terhadap orang lain, mungkin kerana Ujang banyak kali dikhianati. Ujang menjadi lebih rendah diri, Ujang kurang semangat, emosi yang kelam kabut....dan segala macam kekalutan hidup. Dan sekarang Ujang mengerti, bukan mudah nak melalui jalan hidup ni, macam-macam perkara yang berlaku telah mengubah Ujang.

Sikap yang tak pernah berubah yang sangat Ujang kesali adalah.....Ujang ni sangat memikirkan ke hadapan.. yang tak pernah terlintas di fikiran.. berimaginasi tentang perkara negatif... ah....bila la Ujang boleh buang sikap ni dari dalam diri Ujang. Sukar mulanya untuk Ujang tulis semua ini tapi setelah berfikir panjang, Ujang rasa orang yang kenal Ujang patut tahu siapa Ujang yang sebenarnya.


Apapun yang Ujang cari, bayangan sendiri yang Ujang temui. Ketika Ujang mencari diri sendiri, bukan diri Ujang yang Ujang dapati... oH........

Posted by Ujang_MD :: 1/20/2008 08:20:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.