"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, February 1

KESEPIAN MALAM

Dikala waktu begini pasti korang semua sedang mengalami mimpi yang indah. Mesti seronok kan bila dapat tidur dengan nyenyak dan mendapat mimpi yang indah seperti berjumpa dengan sang puteri ke menjadi jutawan ke dan ape-ape lah yang best. Dikala waktu begini juga andai dapat merehatkan badan dengan secukupnya untuk melakukan aktiviti pada hari esok. Rehat yang secukupnye pasti akan memberi tenaga yang diperlukan dan idea fikiran yang bernas. Kan??

Dikala waktu begini juga kalau dapat melakukan ibadah kepada tuhan yang maha kuasa dengan memohon kepadaNya agar memberi petunjuk dan hidayah supaya mudah bagi menjalankan tugas-tugas yang telah diwajibkan.Dikala waktu begini juga Ujang masih lagi menghadap komputer kerana tidak dapat melelapkan mata walau seketika pun. Ujang memohon agar diberi peluang supaya Ujang dapat merasai ketiga-tiga perkara di atas pada setiap malam dengan normal dan teratur.

Dikala waktu begini juga Ujang mendapat perancangan apa yang sepatutnya dilakukan pada hari esok supaya Ujang dapat mengatur masa agar tidak dibazirkan dengan begitu sahaja. Setiap kerja perlu diselesaikan mengikut perancangan agar tidak mengganggu perkara lain. Dikala waktu begini juga Ujang berharap agar dapat tidur dengan nyenyak dan Ujang juga berharap apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.

Posted by Ujang_MD :: 2/01/2008 08:56:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.