Hidup menjanjikan satu perjalanan yang panjang. Selagi Ujang hidup, Ujang akan merasai apa yang perlu Ujang lalui untuk terus hidup. Hidup tanpa pengorbanan bukanlah hidup namanya. Semakin Ujang dewasa, semakin Ujang menyedari bahawa pengorbanan memang aset terpenting untuk menjalani suatu kehidupan. Apalah erti hidup tanpa pengorbanan. Berkorban diri untuk kepentingan orang lain, berkorban harta untuk kesenangan orang lain dan berkorban jiwa dan raga untuk kebahagiaan orang lain.
Kenapa perlu buat untuk orang lain? Tanpa sedar, sebenarnya pengorbanan itu bukanlah untuk orang lain tetapi untuk diri Ujang sendiri. Tanpa pengorbanan Ujang tidak akan tahu apa makna kepuasan bila dapat menolong orang yang berada dalam kesusahan, Ujang tidak akan sesekali tahu makna penghargaan bila pengorbanan itu menghasilkan kejayaan dan tanpanya juga Ujang tidak akan tahu makna kekecewaan bila pengorbanan yang Ujang curahkan sepenuh jiwa raga tidak dihargai sama sekali oleh orang yang menerima pengorbanan itu.
Bukan besarkah maknanya sesebuah pengorbanan itu? Memang besar kecuali kepada orang-orang yang tidak pernah tahu sama sekali apa itu erti sebuah pengorbanan. Tetapi dalam berkorban biarlah Ujang lakukannya dengan berpada-pada kerana pengorbanan yang tidak kena pada tempatnya akan menghancurkan diri sendiri. Jadi, berkorbanlah sebaik mungkin, biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya. Semoga Ujang tergolong dalam hamba Allah yang akan berkorban demi agama yang tercinta, negara yang ternama, masyarakat yang tercipta, keluarga yang tersayang dan diri sendiri yang merasa. Selamat maju jaya untuk semua...
Posted by Ujang_MD ::
4/26/2008 12:01:00 PM ::
0 Comments: