"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Friday, January 27

Betapa Sengsaranya menanggung Rindu!!

Jatuh cinta memang mudah!! Tapi nak lupakan kekasih begitu susah!! Yup.. betul kan? Dalam kehidupan ini, adakala bila kita terpandang wajah seseorang yang memikat hati kita.. entah macam mana tiba-tiba hati kita dengan mudah boleh jatuh cinta. Betul tak?? Bukan sahaja bila bertentang mata dengannya, bahkan dengan melihat gambar seseorang yang kita terpesona pun boleh tercuit dilubuk hati untuk jatuh cinta pandang pertama. begitulah mudahnya hati untuk jatuh cinta..(bagi diri ujang perasaan tak dapat menipu diri kita sendiri).Ujang rasa, tentu ramai yang pernah mengalami begini kan?? bukan ujang seorang?? bahkan ada orang yang sudah ada kekasih setia atau sudah berkahwin pun tiba-tiba hati mereka boleh terkuis terpikat pada orang lain dan terasa jatuh cinta pada si dia. Adakah ini perasaan semulajadi atau di sengajakan?? terlalu kompleks dan pelik untuk kita memahami kenapa perjalanan naluri hati dan perasaan kita macam tuh?? Yang menghairankan, walaupun kita begitu setia, cinta dan ayangkan kekasih atau isteri dan suami kita, tetapi kenapa naluri di celah hati kita masih terpikat dan boleh jatuh cinta pada orang lain?? Hairan kan?? Ini semua adalah dugaan. jika kita lemah maka akan retaklah hubungan kita dengan pasangan yang sedang setia bersama kita. Okey laa.. bila dah jatuh cinta dengan sesseorang pula.. hidup kita akan rasa ceria dan jiwa terisi indah berseri kerana cinta berbalas. Kalau cinta tak berbalas, rasa germ dan tension. Dalam bercinta, kita sentiasa mahukan kekasih kita setia. Bila kekasih kita layan orang lain kita rasa cemburu dan marah. Tapi kenapa ada kekasih, bila dia layan orang lain atau berlaku curang tak mahu marahkan dirinya sendiri?? Begitulah yang banyak dah terjadi. Kekasih kita kuat dan melarang kita buat itu dan ini, tapi akhirnya dia sendiri yang buat khianat dibelakang kita berlaku curang. Bila akhirnya kecurangan terbongkar, maka terjadilah pergaduhan hingga menyebabkan perpisahan. Ataupun bila kekasih kita dah jatuh cinta dengan orang lain(atau dirampas orang) maka bercerai-berailah dan terputuslah ikatan cinta. Masa mula-mula tengah asyik bercinta dan bahagia kalau boleh kita sama-sama berniat nak setia sampai keakhir hayat. Tapi bila hati dah berubah untuk bertukar selera baru, terus kansel niat untuk bersama hingga ke akhir hayat. Bila dah berpisah pula, kekasih yang tinggalkan kita pun memulakan percintaan barunya bersama si dia dalam suasana bahagia yang sementara di dunia ini... Sementara kita yang di tinggalkan dalam keadaan terkontang-kanting, jiwa terseksa kerana sudah nak lupakan dia. Adakalanya kita rasa nyawa bagai nak tercabut menahan perit dan pedihnya kelukaan dengan linangan air mata. Punca utama yang menyebabkan kita tak boleh lupakan kerana hati kita dah terlalu cinta, sayang dan setia padanya. Hingga kita rasakan dia tidak sama dengan orang lain. Dia lebih istimewa lagi(walaupun dia tak secantik mana). Yang paling kuat menambahkan derita jiwa kita ialah betapa sengsaranya menanggung rindu padanya. Penyakit rindu ini akan lebh memuncak kuat bila masuk hari ketiga perpisahan kita dengan dia dan ianya berlarutan untuk sekian lama. Hanya Allah sajer yang Maha Mengetahui segalanya. Bila tak tahan sangat menanggung rindu kerana tidak dapat menatap wajahnya di depan mata dan tak dapat dengar suaranya, lalu air mata kita pun akan berderai hingga sesak nafas. Nak makan pun tak lalu. Nak buat kerja pun tak ada mood dan nak tidur resah gelisah teringatkan dia. Betul tak apa yang ujang cakap nie?? dari amatan ujang sendiri lah!! Sebab itulah ujang teramat kasihan dan boleh sama-sama merasai perasaan insan yang sengsara dalam bercinta. Bagi siapa yang mengalami peristiwa ini, segara pergi berubat... minta orang alim jampikan ayat2 suci pada air dan terus minum serta mandi air penawar itu. Insya allah dengan izin Allah, beberapa hari kemudian perasaan semakin reda dan tenang. Tapi yang paling penting, hendaklah kutakan iman mengingati Allah, bertawakal dan bersolat selalu serta berdoa kepada-NYa!! Untuk mencari pasangan yang baru memang mudah. Tapi untuk mendapatkan orang yang berkenan di hati kita susah sikit. Yang kita tak berkenan tuh ramai pula menempel merayu kita. Lagi bertambah tension. Tapi kalau dapat yang berkenan dihati, barulah perasaan bahagia itu berputik kembali dan bila dah terlalu happy barulah boleh lupa kekasih lama. Caya la ujang wakaka!! apapun itu dari isi hati ujang.. dapatlah kita kongssi bersama!!
Tersentuh ujang dengan nasihat membina Ikmal Malik pada ujang.. Thnx ikmal.. Dorongan darimu banyak membawa ujang ke arah lelaki yang lebih matang.. terima kasih daun keladi.. !!!
Aduh.. RINDU ITU TIDAK AKAN TERHAPUS SELAGI HATI KITA MASIH MENYAYANGI!! Heheehe pantun buat korang ekekee!!
SEMUT BERPERANG, GAJAH PENGSAN,
BERUK BUTA LAWAN PEDANG,
KEKASIH CURANG BOLEH JALAN,
KEKASIH SETIA SILAKAN DATANG.
P/s... wakaka!!
!!@#$$$%%^^^

Posted by Ujang_MD :: 1/27/2006 03:06:00 PM :: 3 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.