"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, May 31

HAPPY BIRTHDAY SAYANG!!!

Ujang Ke KL 1 JUNE 2006 - 5 JUNE 2006. (Jumpa 6 JUNE 2006 Ok?? hehehe... Buhbye!!!



Can't view this greeting? Download Flash Player !



Happy Birthday Sayang!!! Abg Ucapkan Moga Saya Di Panjangkan Umur Dan Di Murahkan Rezeki!! Selamat Ulang Tahun Yang Ke 27!!! Moga Kebahagian Selalu Bersama Sayang.. Mudah-mudahan..Amin!!!!

Posted by Ujang_MD :: 5/31/2006 11:08:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

RAHSIA MENGENALI DIRI MELALUI WAJAH!

Di bawah ni adalah sedikit ramalan mengenai diri anda melalui wajah anda. Tapi..jangan percaya 100%..kalau betul ia mungkin secara kebetulan..

DAHI
Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?
Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.

Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?
Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.

TELINGA
Telinga anda jabing?
Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.

Telinga anda runcing?
Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.


CUPING TELINGA
Kerut tegak di cuping telinga anda?
Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.

Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?
Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.

BULU KENING
Bulu kening anda bertemu di tengah?
Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.

Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?
Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.

MATA
Mata anda berdekatan satu sama lain?
Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.

Mata anda berjauhan satu sama lain?
Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.

Mata anda ke dalam?
Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.

Mata anda tersembul?
Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.


HIDUNG
Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?
Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.

Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?
Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.


MULUT
Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?
Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.

Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?
Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.


GIGI
Berada ruangan di antara gigi depan anda?
Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.

Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?
Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.

DAGU
Dagu anda runcing?
Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.

Dagu anda lemah?
Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.


TAHI LALAT
Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.
Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.
Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat.Boleh ada tanda awal kanser kulit.

Di tepi rambut: Kekayaan.
Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.
Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.
Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.
Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.
Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.
Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.

Posted by Ujang_MD :: 5/31/2006 10:39:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

GURAU MANJA.. AHAKS!!!

Tidur awal semalam... so bangun pun awal... Jam 5.30pagi uajng dah bangun.. mata kalau dah terbelalak susah dah nak pejam balik. Mak pun masih tak bangun.. yer lah time cuit sekolah.. anak sedara semua walaupun tdo kat sini.. tak bangun awal.. sure bangun bila matahari terbujur atas kepala!! Ujang ambil hp.. terus bersms dengan Sal.. hmm ingatkan Sal masih tdo.. tak sampai 5min dah berbalas sms ujang ekekee!! Thnxx sayang!!
Ada gak sal yang sudi teman abg wakakaa!! Tengok jam dak pukul 6.30pagi.. mak bangun!!! Semayang subuh!! ujang?? Adus..Ujang kekadang bila di suruh baru nak semayang.. serius.. uajng nie bukan kuat sangat agama!! Semayang selalu alpa.. bila rajin baru semayang.. kalau malas sure tinggal.. perghh.. kalau insaf cuma sekejap.. nanti buat balik!! Mak buat mee goreng hari nie.. perghh tak makan pun.. yang jadi santapan uajng time pi keje karipap 10bijik.. tu dah cukup ekeke!! Demam ujang dah bernasur ok.. tak macam semalam.. panas..
Yeppie.. boleh lah buat kerja tanpa bersungut nanti!! Tut.. nak reply sms kat Sal dah tak boleh.. uwaa check balance dan kosong sen! Perghh mujur dah sempat say gud morning kalau tak sure merajuk pulak ekeke!! Tapi kalau merajuk pun.. merajuk manja kan sayang? kan sayang?? ekeke!! Terus ke tempat kerja.. perghh ingatkan banyak kerja.. tapi duk berlengang sampai lah k tengah hari.. duk belek muka yang dah makin banyak jerawat tumbuh.. entah lah dah tua bangka masih lagi naik!! Ini lah janji melayu.. bila giliran kita nak siap cepat2.. bila time dia orang.. pergh janji belum tengah hari.. tapi nie dah merangkak nak ke petang belum muncul2 lagi.. lusa ujang dah nak bercuti dah.. lantak korang lah.. janji keje ujang yang uajng buat selesai..
Sambil tuh duk chat ngan Sal dan Jat!! Uh.. nak bergurau manja ngan Sal.. tapi lain pulak jadinya.. sajer uajng merajuk ekeke!! Poyo!! ekeke!! Dekat nak pukul 5ptg baru uajng online balik.. nak say bbye kat Sal.. Alahai dia pulak yang merajuk wakaka.. Ala sayang.. abg gurau2 manja jer tadi ehhee!! Hmm rasa happy bila macam nie.. rasa terhibur sangat diri ini.. rasa dunia ini ujang yang punya ekeke!! Lantak lah Sal nak merajuk pun.. nanti pandai2 lah ujang pujuk ekek!! Terus balik rumah.. Tdo!! Zzzzzzz!! Bangun bila makcik zainung tempik melolong..
Dah tau sangat dah.. Petir.. kilat dan guruh berdentum-dentam.. wahh betul ker ayat BM uajng nie?? ekeke!! Habis punca elektrik makcik zainung offkan.. ehehe!! Mak oo mak.. macam tu lah makcik zainung yang ujang sayangi dan hormati ekeke!! Paling alah ngan kilat ekeke!! Hari dah malam.. hehee.. Dah kata.. sure Sal sendiri ok punya.. Di called nya ujang.. haha.. Sayang??? So?? ekeke!! Tu la pasal jangan merajuk lama2.. kelak awak juga yang merana ekeke!! Tak kan tak kenal abg.. pujuks ekali boleh lah.. main 2 kali sorry la.. no layan ekeke!! Tak kemana coz hujan jer semalam.. cuma keluar sekejap pi beli top up.. tu pun nak sms dengan Sal malam nie.. manalah tahu kut2 dia boring kan??

Hmmm hari nbie bila di piki banyak habiskan masa duk tilik muka yang dah punah nie uwaa... memang hancur.. tangan pulak dah pedih duk main picit2 jer jerawat nie.. perghh tapi puas hati beb!! ekeek!! Sebelum tdo.. sempat ujang bersms dengan Sal.. kroihh.. zzzzzzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/31/2006 09:44:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, May 30

RAHSIA BULAN KELAHIRAN!!

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik


Posted by Ujang_MD :: 5/30/2006 10:20:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

SAKIT LAGI!!

Arghh.. dada ujang sakit betul!! Bisa betul kan uluran nie kan?? Pantangs alah makan sikit.. langsung tak leh minum ais.. pulak tuh makanan berangin semua ujang kene pantang seperti terung, timun ,tembikai.. adus. semualah!! Fuh.. kenapa begitu sekali ujang nie yer?? Tak lama hidup kut!!! Amal jariah yer lah kurang.. semayang jarang2.. perghh.. bila tuhan bagi bala macam nie bukannya nak insaf.. ambil gak iktibar.. tapi.. perghh dah jahil sangat ujang nie kut!! Aduhai..!!! Marah diri sendiri lebih baik..
Poyo!! Pergi kerja berbekalkan panadol.. kalau tak ada ubat tak kan dapat ujang bangun!! Tu pun hasil makan ubat.. kalau tak perghh.. mati hidup semula uajng tak dapat bangun!! Pulok.. time tak sakit tak pi site.. tapi time sakit.. kene pi pulok.. memang celaka tul la!! Pukul 9pagi ujang keluar.. nak ke KUSTEM!! Rumah dah area sana.. so ujang balik rumah.. makan pagi dulu!!! Opss.. Sal called.. tanya macam mana keadaan ujang.. Wah.. rasa macam di hargai sangat.. Teringat kalau bab ujang demam dulu.. pasti Nazeeen datang menjengah.. tapi benda tu kisah lepas.. yang patah akan tumbuh.. yang hilang pasti akan berganti.. so faham2 je lah kan??
Sal pun ujang rasa sama sepertinya.. mungkin jarak yang membataskan ujang dengannya.. kalau tak sure perkara yang sama berlaku!! Terus pi Kustem.. bereskan keje kat sana.. opss Sal.. ada sms uajng cakap nak guna YM ujang.. ahaks.,. Gunalah sayang.. no hal ekekee!! Apa yang abg ada kita kongsi bersama yer..!! Terus balik tempat kerja.. Fuh.. tubuh makin panas.. pesal entah ujang asyik demam jer.. Rumah mak ngan anak sedara pun demam wakaka!! Ujang banyak tdo.. tak larat.. online YM kejap tapi mata pulak pedih nak ngadap lama2 pc!!
Pulak.. kene pi chendering ambil tender.. aduss.. mati2.. ujang isi borang keluar.. ujang memang penat sangat.. lepas balik dari chendering terus ujang pulang kerumah!! tak larat.. keje half day jer hari nie.. Terus ujang lelapkan mata.. Bangun pun dah petang.. tu pun sms dari Sal sampai.. tanya khabar!! Fuh panadol dah 6 bijik hari nie.. perut pulak berkeroncong lapar.. rasa nak makan sup ekor.. pergh. suruh anak sedara punyalah malas!! Toing.. Sal called.. eheh.. hilangs egala masalah.. Berbual2 dengannya.. terasa sakit tuh hilang.. betul.. korang tak caya ker?? serius uajng cakap tau!!! sayang.. cuba hayati lirik kat bawah nie ek.. for u. mwahhh!!!!!


TANPAMU(FARAWAHIDA)
Terasa indah bila cinta telah bertamu
terasa syahdu bila hati telah bersatu
tak dapat ku mungkiri
apa yang ku rasakan

di saat-saat kita bersama
kau damaikan diri ini
sejukkan dasar jiwaku
tenangkan resah hatiku
tanpamu ku rasa
suramnya tanpa cinta

oh..tanpamu kurasa
resah dan gelisah
terasa bosan bila ku harus sendiri
terasa bosan jika ku terus begini
tak dapat ku mungkiri

sepi tanpamu kasih
resahnya tanpa cintamu kasih
kau damaikan diri ini
sejukkan dasar jiwaku
tenangkan resah hatiku

tanpamu ku rasa
suramnya tanpa cinta
oh..tanpamu kurasa
resah dan gelisah


P/S: Kemudahan mendownload dalam Savefile!! Harap maklum!

Hari dah malam.. akhirnya dapat jugak ujang makan sup ekor dan lidah lembu hasil ugutan kat anak sedara.. meraung dia kene terajang.. pergh mintak tolong pun susah!!! Ha.. kene tibai baru nak pi.. mintak tolong elok2.. buat hal.. bukannya tak bagi upah.. kasi rm2 lagi tau.. dulu kalau uajng kalau orang mintak tolong beli n kasi upah.. cepat2 nak pergi.. tak banyak dapat upah.. 20sen.. tu pun melonjak2 kegembiraan.. tapi budak sekarang?? perghh hampes!!! hari dah malam.. ujang memang tak larat.. awal ujang say gud nite kat Sal.. apalagi terus tdo.. waa.. 8.30mlm.. pergh..zzzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/30/2006 08:18:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Monday, May 29

RAHSIA DI SEBALIK WARNA BUNGA ROSE!

Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima.Apakah ia melambangkan rasa kasih,cinta,simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat.Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yg malu...Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.

Bunga Ros Merah
: Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.

Bunga Ros Kuning
: Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu

Bunga Ros Putih: Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

Bunga Ros
Merah Jambu: Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Posted by Ujang_MD :: 5/29/2006 10:12:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

MENGELAMUN!!

Arghhh hari nie ujang keje.. malasnya kalau hari ahad nie.. keje yang paling memboringkan!! Yer lah.. kawan2 semua masih bercuti.. sure YM pun tak ada orang uwaa!!! Tapi keje memang banyak hari ahad..Macam biasalah wat keje.. sambil wat keje adalah ujang duk usha Si Sal Tuh!! Heheehe!! Abg Din pun ada sms ujang.. hmm cakap ada kat JB.. wah.. sibuk memanjang en. Din..ehehe!! keje2 jugak.. jangan sampai tak ingat ujang kan kan? wakkakaa!!! jat ada called ujang jugak semalam.. mengarut budak nie.. cakap yang bukan2.. kekadang uajng tak faham ngan jat nie tau!! pening kalau di layan.. itu lah inilah..fuh.. dahsyat adik uajng sorang nie pergh!!!
Ujang kene panggil ngan Cik Rafidah.. alamak.. ujang kene siapkan tender tuh secepat mungkin.. " Saya dengar awak nak cuti kan?? so saya nak awak siapkan cepat tender tuh sebelum awak cuit.. saya tak suka ada penangguhan.. saya tak suka ada tunggakkan.".. Hmm macamlah besar sangat dia.. perghh.. baik lah young ladies.. perghh young?? dah tua bangka.. tak sedar andartu tak kawin2.. perghh macam mana nak kawin.. kalau muka garang semacam.. nanti laki nak main pun lari terus bila tengok muka dia.. perghh.. yer lah gemuk.. wahh lipstik tebal 4 lapis.. make up kalah anak adar umur belasan.. but.. i like her.. coz dia nie pandai bergaya.. itu satu yang uajng suka padanya!! Banyak duk mengelamun kat tempat kerja.. duk pikir pasal muka jang nie lah.. tak habis2 naik jerawat apa ke hal entah.. kalau naik kecik2 tak per nie ya allah besar nya satu persatu.. malu woo.. kalau orang tengok.. berbenjol situ... berbenjol sini.. uwaa!!
Gatal2 kat leher pun dah ansur kurang tapi kekadang tuh dia buat gatal jugak..!! Balik keje terus ujang mandi.. tak kemana.. duk ngadap pc.. yer lah Sal cakap dia tengah online... so terus ujang on YM.. tapi tengok status dia idle.. uhh kemana pulak.. hantar sms tak balas!! Geram memang geram.. tapi mungkin dia ada keje kut!! Fuh..Tak tahu nak wat per uajng turun k padang.. main bola.. Uwa.. padang bola dah improved.. hehee!! makin cantik.. penambakan pasir di buat.. kemudahan prasarana makin banyak untuk budak2.. padang pun dah tak lecah!! hehe!! best siot main nie!! ehhee!! balik pun dah maghrib.. Opss Sal callled.. hehe merajuk lah kan?? kan? mesti kene merajuk.. kalau tak... ehehhe.. mengada2 kah ujang?? ehehee!! Hmm malam nie sure tak kemana coz nak tgk bola..
My team Lawan malaysia.. eehhe wahh memang malaysia.. happy nya.. 2-1 wakaka!! Ujang tak suka My team.. entah. tak tahu naper!! Terus masuk tdo.. sambil tuh sms ngan Sal lah.. kalau tak tak leh tdo!! Tapi kan? Ujang rasa semacam jer.. rasa macam nak senak dada!! tapi ujang buat dunno.. tdo lagi baik!! Tdo tak lama.. tengok jam hampir 3pagi.. Ya allah sakitnya dada ujang. baru teringat ujang minum air petang tadi.. tu yang senak semacam jer!! Pulak tuh.. chew gum yang ada dalam mulut ujang pun mungkin ujang dah tertelan kut.. sebab time nak tdo tak sempat nak buang uwa!! Langsung tak leh tdo.. blurrrrrrr

Posted by Ujang_MD :: 5/29/2006 09:16:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, May 28

RAHSIA HARI LAHIR DAN TABIAT WANITA MENURUT TAJUL MULUK!

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam,khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu tika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya.Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata2 dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.


ISNIN : Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik,berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri danpergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya.Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran.Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.

SELASA :Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati.Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan.Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal.Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU : Suka berdendam.Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang.Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman.Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang2 tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit.Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta.Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS :Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yg baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga.Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT :Wanita yg lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami.Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri.Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang.Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus.Seksualnya sangat teristimewa,menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU :Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran,teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta,suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin,tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD :Wanita yg lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.

Posted by Ujang_MD :: 5/28/2006 10:26:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

BUAT SEORANG KEKASIH!!

Bangun tado hari nie awal walau tak keje.. coz dah janji ngan member Nazri dan Din nak lepak kat pantai Batu Buruk!! Nak sms tak ada kredit huhuhu!! Sal mesti marah kat ujang coz tak wish gud morning kat dia.. tapi nakw at macam mana bukan sengaja!! Ingat sayang.. walau abg tak sms sayang tak bermakna abg tak ingat tahu.. Hmm dalam hati Tuhan sajer yang tahu betapa rindunya abg.. rasa mahu dakap jer sayang..(bukan nak mengayat tau.. ikhlas nie huhu).
Ujang pi jemput Nazri dan Din.. lantas pi Batu Buruk.. ahaks.. memang best time pagi2 macam nie sambil pekene air A&W RootBeer!! di tambah letak float perghh.. mesti ambil yang big punya lah wakaka!! Din.. bagi tahu kita orang yang dia nak bertunang.. so dia tanya pendapat kita orang.. perghh.. memang dalam banyak kawan.. Din memang patut dah berumah tangga.. umur dah nak masuk 30-an..
Ujang?? ahaks.. tak yah cakap lah.. cukuplah ujang bersama ngan makcik zainung jer.. tu pun dah bersyukur sangat!! Biar kami hidup berdua. jer.. di tambah pulak dengan kehadiran Sal dalam hidup ujang.. bertambah ceria!! Thnx sayang!!! Hmm pendapat demi pendapat kita orang bagi kat Din.. tak tahulah dia terima ke tidak advised kita orang.. tapi harap2 masuk lah dalam otak dia tuh!! Memang nak kata Din nie tak ada duit.. bohong sama sekali.. rumah besar.. kete besar.. adik beradik smua rich.. perghh.. cuma atas kehendak dia sajer nak kawin or not..
Lagipun sekarang.. time cuit sekolah nie kan?? Ramai orang kawin ehehe!! Ujang?? ahaks.. hari2 kawin wakaka!!! Dok gitu Sal? ahaks.. mesti tersengih dia nie!! Opss.. sms sampai.. ahaks.. dari Sal.. dah agak.. mesti akan jadi isu nie.."Abg, sayang tau lah abg tengah seronok dengan kawan2 abg.. tapi tak kan satu sms pun abg tak hantar kat Sal??".. uhuks,.. sayang macam mana nak hantar kalau kredit langsung tak der.. lagipun abg dah bagi tahu sayang kan?? time abg nak kuar rumah... siap called lagi bagi tahu..adus!!
Eh ingatkan nak balik rumah dah.. Din pulak ajak pi Marang.. hmm pi ambil buah katanya.. kat Dusun mak dia.. alahai!! Nak tak hendak kene pi gak lah.. Din nie kita orang kenal sangat dah..cepat kecik ati.. salah gaya sket jer.. pasti tak bertegur sapa!! perhh.. macam2 ragam manusia nie..!! Wah banyak buah.. best .. rambutan ada.. !! Hmmm banyak jugak kita orang buat balik..!! Tengok jam dah hampir 2ptg.. terus ujang pulang kerumah!! Uwa.. dah lambat nak pi kelas.. mandi ala kadar.. terus pecut motor pi kelas!!
Mujur lah tak terlewat.. uhuks!! Best jugak subject hari ini tak lah boring sangat.. perghh bila kiat suka subject nie.. habis awal lah pulok.. 4.30ptg dah bersurai!!! Ujang terus pi top up .. sesudah jer.. terus sms Sal.. alahai.. jawab endah tak endah jer.. merajuk?? alahai.. kene pujuk pulok.. tapi never mind la.. kan sayang? Sayang kalau ngajuk tak lama kan?? ekeke.. macam tu lah ahhaha!!! Hmm ok balik lah lepas tuh kan.. lepas kasi ayat jampi sket!!
Duk kat rumah sampailah ke malam..esok keje so mood nak keluar malam tu terkandas.. Ujang suka pikir untuk hari esok.. kat tempat keje sure ujang mengantuk sebab tak cukup tdo.. kalau uajng keluar jalan malam nie!! So.. baik uajng gosok baju keje.. untuk 1 week selalu.. haaa sambil tuh sms ngan Sal.. Hana?? Jangan di fikirkan sangat masalah u too.. k.. Abg Din??? wah.. mentang2 lah alex young hugged dia.. sampai lupa kita ekk?? uhuks.. jat pun ada called ujang..!! Jam pun dah hampir 12tgh malam.. mata ngantuk.. dah semput dah bijik mata.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/28/2006 09:01:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Saturday, May 27

RAHSIA SIFAT LELAKI BERDASARKAN RAMBUTNYA!

1) RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

2) RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) RAMBUT KERENTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka,banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT
- sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) RAMBUT BERUBAN -kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri.


Posted by Ujang_MD :: 5/27/2006 10:23:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

MALASNYA!!

Bangun lewat betul hari nie.. jam hampir 11pagi.. tuh pun Shakira(anak sedara ujang) datang kejutkan.. sebelum tu pun pukul 8pagi tadi ujang dah terjaga,.. Hmm sebab hp berbunyi ucapan gud morning di terima oleh Sal!! Hehee Thnxx sayang!! Makcik zainung nie pun satu... time ujang nak tdo macam nie lah dia mintak tolong itu lah inilah!! Ujang malas nak kene leteran.. terus uajng pakai baju n pi kat bansgal keropok.. tak perlu nak mandi dulu coz.. nanti lepas bersih mesin keropok.. sure bau ujang dah sedia maklum busuk dah.. so terus pi buat keje lah.. jangan mandi dulu ahak!! Memang panas.. so ujang buang lah baju.. mak datang.. "Mende kat leher mung dik??"..
Mak cepat2 tengok.. ujang pulak termangu.. "Mung nie dik wat pende ah?? tu natang pende kat tekok mung tuh??".. Ujang bingung.. lantas pi tengok kat cermin.. Uhuks.. jerawat naik satu kat leher.. macam baru nak menjadi.. so kaler merah.. mak ingat kan luv bites kut.. Uhuk.. Ujang pi kat Mak... "Mok ingat ada orang cium adik ker?".."Ni nok kabo makcik zainung.. nie bukan luv bites.. nie namanya jerawat natng haram jadah".. Mak nak kepastian kut.. terus tengok sekali lagi.. ehehee// diam dia.. eleh. ingat kita nie jahil sangat lah tuh/./ Ouchh teringat kisah dulu2 time ngan Nazreen.. sebab tu lah mak syak yang bukan2 tuh!! Kat rumah ujang ada orang meninggal hari nie so pi lah ziarah sat.. pulak dah .. sepupu uajng ada buat kenduri kawin hari nie..
Pi ngan mak sekejap!! Uhuks.. dah nak solat jumaat.. ujang sms Sal.. bagi tahu malas betul nak pi kelas petang nanti!! Sal pujuk suruh pi gak.. alahai.. uajng memang malas.. tapi bila di desak uajng pi jugak.. ahaks dengan syarat lah dia kene sms ujang start dari kelas bermula hingga akhir ahak!! So dia setuju.. apalagi lepas semayang terus uajng pi kelas!! Uwaa.. lect garang giler.nak sms ngan Sal pun jadi takut2.. kan silap haribulan kene out kelas kang!! So.. sms ngan Sal sekejap2 je la uwaa!! Pukul 5ptg habis kelas bergegas balik kerumah.. pergh lapor siot.. Mak macam biasalah/.. hari jumaat sekarang pun dah tak berasap dapur!! Nak tak nak.. uajng terpaksa masak sendiri la.. ehehe!!
Nak sms sal kredit dah habis uwaa!!Mak balik.. aik.. tetiba.. mak ajak uajng kuar pi jalan2 keliling kampung.. pelik.. katanya sajer ambik angin.. uajng pun memang tak de keje soo ikut jer lah!! Habis satu kampung kita orang tawaf jalan kaki!! Makcik zainung buang tebiat kut.. tapi sekali sekala jalan macam ni best gak ahaks!! Azan dah berkumandang terus mak ngan ujang balik rumah!! Ehh boleh lagi terlelap!! Pergh.. mak kejutkan ujang pulok.."Dik.. meh temang mok pi tengok dikir barat.. Pok su Mail mung wat dikir barat..(sempena nikah anok dia lah petang tadi).. Dia jeput Kajol(ala.. hok pondan tuh.). Hmm malas sebenarnya nak pi.. tapi kesian pulak mak.. tak ada orang nak hantar dia tengah malam macam nie..
Ujang terpaksa pi jugak..bawak anak sedara sorang. pi 3 beranok ahaks!! Memang best dikir barat.. mak aii.. memang cun giler Kajol nie.. perghh seksi giler.. dia duk bergelek mengalahkan pompuan!! suara dia pun memang best siot.. seakan pompuan.. Dah hampir jam 12tgh malam..ujang ajak mak balik.. tapi mak tak nak lagi.. tak puas lagi.. tau tak.. kita orang dah bermandi hujan.. Ujang kalau huja sure pening kepala.. Ujang tak leh mengalah dah.. "Kalau amk tak nak balik.. balik jalang kaki ahh.. orang nok balik doh.. pening paler doh.."./. Mok.. membebel.. wakaka"Susoh mintok tolong mung nie...meh ahh bali.. marah makcik zainung wakkaa". Balik terus ujang mandi.. Ouchh SAL.. nak ucap gud nite tak leh kredit tak der.. alahai.. esok pasti merajuk.. tak per lah.. cuma ujang nak dia tahu.. dia selalu di ingatan ujang .. zzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/27/2006 09:42:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Friday, May 26

RAHSIA LELAKI DAN RAGAM!

Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai... Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap' mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia.... kita. Kalau derita pun... kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!

Lelaki Bersemangat
Bagaimana mengenali mereka:Personaliti diri mereka boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan ehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka iniseorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen
Bagaimana mengenali mereka:Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan
suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.
Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan
Bagaimana mengenali mereka:Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluargasendiri.

Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy
Bagaimana mengenali mereka:Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni!Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga.Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila
usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi
Bagaimana mengenali mereka:Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segalagala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat
Bagaimana mengenali mereka:Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Lelaki Keparat
Bagaimana mengenali mereka :Lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja dan boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selalu berada.

Maknanya :
Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang semasa orang ramai parking kereta atau motor.Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak.

Posted by Ujang_MD :: 5/26/2006 10:16:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

SALJU!!!

Hmm nak kongsi sesuatu ngan korang lah.. tu pun korang nak dengar atau tak terpulang lah ekek!! Kenapa ekk time tdo pun anu kita leh naik?? ahaks?? Mula2 ujang tak percaya.. tapi bila terjadi kat ujang tadi.. terus terpikir balik. Hmm betul kata si Dia,, ahaks!! Malu siot!! Nak lancap tak leh dah ada peraturan sekarang huhuhu!! Macam biasalah bangun tdo terus mandi!! Perghh.. ujang dah lama tak mencukur.. jambang pun dah panjang.. nampak makin tua bila keadaan macam nie pergh!!! Biar lah.. nanti sebelum pi jumpa Sal ujang trim kan.. Hmm dah sedia maklum udoh.. buat apapun hudoh kan? ahaks!!
Hmm kalau tak caya tanya Sal.. dia pun cakap yang ujang nie hudoh.. adus.. makan hati siot!! wakakaa!! Mak macam malas dah sekarang.. (uwa.. jahat ujang) yer la.. sarapan pagi tak der pun huhu!! Kalau tak ada nasi.. kuih-muih pun pasti ada.. mentang2 lah anak sedara ujang tak der.. hanya kita orang berdua.. terus malas nak buat sarapan pagi katanya!! Aduh.. mak oo mak.. nak tengok anok hang kebulur ker?? Uhuks!! Ujang ke tempat kerja.. singgah kat Pulau Duyung jap.. pi beli karipap.. pergh sambil tunggang motor..sambil kunyah karipap.. wakak.. tak sedar kete member sekerja hon dari belakang wakaka!!
Syok sangat makan karipap ubi..ekekkee!!Hmm yahoo.. har dapat gaji.. perghh ujang mintak keluar sementara.. ahaks.. [i settle semua bayaran hutang alahai!! Lega.. hampir 1ribu habis bayar utang cuma tinggal astro yang belum bayar.. tunggu lah hari sabtu nie uajng pi bayar!! Ya alalh duit balance tinggal rm600 duit nie lah nak hidup sebulan sementara menunggu 24hb depan pulok.. uwa.. tidak!! Memang ujang akui.. sekarang banyak gunakan duit.. duit selalu putus pergh!! Tak apalah.. enjoy dulu.. nanti dah tua tak leh enjoy dah. tapi kaalu nak enjoy pun biarlah berpada2 kan? kene ingat hari tua pulak kan? ehhee!!
Masuk keje pun dah pukul 12tgh hari.. so lunch uajng tak kuar.. sambil wat keej sambil chat dalam YM ngan my hunny lah.. abg din pun ada.. jat tenuk? ahaks.. ehhe!! maintain!! Duk bersembang kosongs ampai tak tersedar dag pukul 5ptg.. Terus ujang pulang.. hajat hati nak pi main bola.. tapi mata ujang pulok mengantuk.. aduh!! Tetido!! Bangun dah nak malam.. Esok cuti.. tapi program langsung tak der.. coz sekarang uajng hari cuti pun tak leh nak merayap.. coz ujang ada kelas uwaa!!! Nak hilangkan boring kat rumah.. ujang called Sal.. rindunya.. tapi kenapa dia macam endah tak endah.. cakap pun macam terpaksa.. so.. uajng dah nampak kelainan.. katanya nak tengok american idol.. dalam hati mungkin ujang ganggu dia kut.. terus ujang letak pone..
Aik.. tiba2 Sal called balik mintak maaf sebab berkasar.. uajng tak cakap banyak.. biarlah."Bila kita dah mula buang amarah kita.. dia pulak yang naik kepala".. Hm betul lah kan? bila kita bagi betis dia nok peha pulok kan?? ekek!! Ujang malas nak besarkan citer.. biar lah sal pikir.. apa yang telah dia buat.. tak ada angin dan ribut.. tiba2 marah kat ujang.. eheh!! ujang masuk tdo.. bila jam dah 12tgh malam. ehhe.. zzzzz...

Posted by Ujang_MD :: 5/26/2006 09:17:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Thursday, May 25

SAAT YANG BAHAGIA...!!!

Malas dah nak citer.. perkara yang sama ujang buat.. perkara yangs ama ujang lakukan hari2.. rasa macam dah di tentukan hidup ini heehee!! Macam biasa bangun seawal jam 7pagi.. wah pada my hunny tak lupa tau.. ucap gud morning.. Hmm abg din?? Terima kasih banyak2 sebab selalu ingat kat ujang.. terharu rasanya.. nanti jumpa belanja ekk ekeke!!! Hana.. pun sama..!! Thnx!! Tau tak ujang dah tak macam dulu dah.. keje datang awal sokmo doh!! Hmm sejak kene tata tertib ari tuh dah jadi fobia terus!! perghh tak nak dah ulang benda yang sama.. Mishu?? hmm lama dok citer pasal dia...
Semakin menawan.. dan dia memang tiada tandingan tau.. ekeke!! Tapi uajng nie kalau mengelamun jauh2.. sure cepat2 ujang berpijak kat bumi.. malas nok berangan di awangan sebab ujang tahu yang mishu nie memang str8 seratu peratus uwaaa!! Tidak!!! Keje macam biasalah.. banyak yang kene siapkan.. banyak berhubung dengan tempat keje kat chendering.. Perghh.. Terengganu pulak ada buat jawatan kosong untuk pelukis pelan.. dan perancang bandar dan wilayah..Banyak jugak kekosongan.. Cubalah korang mintak ekek.. dah nak habis dah tempoh dia eheh.. 31mei nie!!
http://spn.Terengganu.Gov.My .
Ujang tak lunch... hmm hari nie dah masuk gaji.. tapi ujang tak suka ambil hari yang sama.. selalunya hari keesokan uajng pi ambil dan settle semua hutang puitang!! Duk chat ngan buah hati pengarang jantung ujang pergh.. ekek.. Jat tenuk tuh sure ada tak kemana nya dia tuh!! ekke!!Abg Din pun ada kejap time nak balik pergh!! Pukul 5ptg ujang bergegas pulang.. malas nak duk lama depan Pc nie.. buat penat mata jer! Sampai rumah mandi .. tapi sedih betul mak sekarang!! Tak masak pun.. sedih betul.. kalau balik pun sure dia kasi nasi bungkus.,.
Tau mak kata apa?? Aku malas nok masok.. bukan ramai orang pun.. mung sorang jer.. wak lengoh aku jer.. gie beli kedai ahh kalau mung nok makang.. aduh., panah berbisa makcik zainung.. tak ker dia rasa ujang nie kecik ati?? ekke.. Ala.. tak la.. ujang gurau jer.. Mak ada keje tuh.. klau tak sure dah masak untung ujang!! lagipun tak per ujang ada Sal.. dia leh ajar kan sayang kan?? ehehe!! Hari dah malam.. uajng tak kemana..
Din ada datang ajak pi minum2.. tapi malas membungkam hati.. entahlah mak pun lepas isyak terus tdo.. tinggal uajng termangu-mangu seorang diri.. nak keluar tak ada mood coz duit tak ada..!!! Betul alh kata orang tua kan? kalau nak pi jalan2 duit tak ada pasti mood atau suasana tu muram kan?? ekek!! Mujur lah ada Sal.. time boring2 macam nie uajng call dia.. sembang semahunya.. habis credit.. Sal pulak yang sambung ekekee!! Hmm gembiranya.. tak sabar nok tunggu 1june tau.. ehehe!! zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/25/2006 09:42:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Wednesday, May 24

RAHSIA TARIKH LAHIR!

Ketahui pasangan anda melalui TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana
bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia Lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga
dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali
merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.


Posted by Ujang_MD :: 5/24/2006 10:05:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

CERIA SELALU!!

Entah semalam ujang tak dapat tdo.. tengok jam pukul 4.30pagi.. Cuba pejamkan mata tapi tetap tak dapat.. Mata ujang dah besar.. mustahil dapat tutup kembali.. Ujang boring.. tak tahu nak wat per.. duk golek kiri dan kekanan..Ujang ambil pone.. terus sms Sal.. Merajuk sket dengan dia.. coz semalam terhenti macam tu jer.. rasa macam tak di hargai lah pulak... eke!! sajer nak cari masalah lah tuh ehehe!! Ujang memang boring.. perghh nak wat per ekk?? Ouchh dalam kepala duk menerawang nak ke pantai.. arghh pi je la!!
Wah sejuk hembusan bayu time subuh2 nie.. sejuk sampai ke tulang.. Wah.. sunyi sepi.. tapi begitu tenang sekali.. Ujang suka ketenangan yang macam nie.. tiada gangguan.. di selangi pulak bunyi burung2 berkicauan.. cukup indah.. cukup menarik untuk halwa telinga!! Cukup indah di pandang mata.. begitu berkuasanya Kuasa Ilahi.. perjalanan kehidupan yang begitu kompleks.. Terlihat ujang para nelayan turun ke laut mencari rezeki ketika fajar menyinsing!! wah.. ayat puitis beb!! Macam dah di tentukan oleh alam kan hidup kita nie?? Bila kita amati.. susah senang kita mencari rezeki.. ibarat kais pagi makan pagi..!(Sayang ingat tuh.. jgn membazir sangat.. awak tuh memang pantang alpa sket)..
Tersenyum sendiri.. best jugak kalau dapat ikut nelayan pi ke laut kan?? Tak pernah lagi ujang merasai.,.. cuma sekali.. ujang pi candak sotong! Tu pun separuh nyawa.. yer lah ujang nie mabuk laut.. perghh naik bus pun leh muntah hijau wakaka!! apatah lagi laut yang kuat gelombang. perghh.. sejak hari tuh.. ujang tak pi ikut dia orang lagi kelaut.. kalau gian sangat biar lah ujang duk mancing sorang kat tepi pantai ada gak faedah ekeke!! Tak tahan sejuk.. lagipun hujan dah renyai2... kilat pun dah terpacul.. ujang terus pulang kerumah..
Ping.. SOUND!!!!! "Mung gie mana gok??".. uwaa.... malas betul nak layan mak nie.. ujang diam terus masuk bilik.. Jam baru menghampiri 6.15pagi!! Kilat makin kuat.. sesekali terdengar makcik zainung melatah.. dia memang takut sket kilat nie... Aik?? Gelap gelita dah rumah ujang!! Hmm nak citer sket lah perangai cik zainung yang indah ini!! Dia nie pantang dengar guruh..sure elektrik di offkannya.. wayar telefon.. hinggakan.. ibu kepala gas tuh pun dia cabut.. cermin pulak habis dia selimutkan dengan kain batek!! Itulah makcik zainung.. dah berapa kali ujang marah.. tapi degil jugakk.. pernah ujang time guruh macam tuh ujang tengok TV...
Dia nak off eletrik uajng marah... nak tahu dia wat per?? terus dia pi rumah jiran sebelah.. eekek!! Mak memang takut bab2 kilat n guruh nie!! Sal?? Yeah.. ujang sms macam biasa dengannya!!! Tak yah nak besarkan citer nanti porak peranda pulak jadinya... Dapat sm gud morning dari Hana, abg din dan abg shidie!! Hmm My sweet heart?? Sudah lah tentu!! ekeke!! Hmm makan2 terus pi keje.. Ni lah padah .. time kat tenpat kerja ujang betul2 ngantuk.. Mujur lah banyak keej luar yang ujang buat...so leh tahan lah sikit mengantuknya!!
Habis lunch baru uajng masuk keje!! Sal ada sms uajng cakap nak bincang pasal training dia!! Ujang Chat.. Hmm tak dapat kata putus.. (syg up to u.. but Penang n Johor sure abg tak bagi..Syang tau lah kan??) Jat pun ada sekali chat.. abg din?? Hmm menyepi jer keje dia.. ala sibuklah katakan ekke!! Hmm bangga ker polis follow abg din dari Tanjung Malim?? EKKE!!! Jangan marah babes.. gurau senda jer ahaks!! Hmm dah pukul 5ptg.. say bbye pada yang tersayang n Jat tenuk tuh.. pastu terus blah.. Ujang hanya duk teringat bantal jer.. ngantuk sangat!! Lepas mandi.. terus jer ujang bedeboom!!!
Tdo.. zzz.. Bangun pun dah hampir jam 8mlm.. tu pun makcik zainung yang bising2!! SAL sms ujang.. kata nak demam.. mengarut sekali dia cakap.. rindunya pada ujang.. Pergh.. melalut Sal.. Uajng pulak dalam tandas.. tengah meneran.. terus terbantut ujang nak berak tau.. Sal punya pasal!! Terus uajng called!! Hmm rindu katanya..lantas ujang on YM.. Cam 2 Cam dengan Sal.. perghh baru puas hatinya ekek!! Really missed u hunny!! Jam dah 10mlm.. uajng tengok TV.. ala MY Team... ekeke. habis jer terus masuk tdo.. zzzzzzzzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/24/2006 09:17:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, May 23

RAHSIA WARNA KEGEMARAN LELAKI

Putih : Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah:
Melambangkan tenaga fizikal .Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.

Jingga:
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren:
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning :
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau:
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu:
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .

Hitam:
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat : Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan . Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

Posted by Ujang_MD :: 5/23/2006 09:59:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

BANGGANYA!!!

Mak datuk.. malas nak pi keje sekarang.. liat betul!! MUngkin asyik hujan jer kut tu yang buat jadi bertambah malas nak pi keje!!! Malas-malas pun kene pi keje gak kan?? ehe.. Satu lagi ujang nak tanya korang lah.. kalau korang tak de duit.. rasa macam mana?? hehee!! Kalau ujang kan.. sure tak der mood.. mana tak nya.. hidup sekarang semua nak duit.. perghh hancur luluh!!! Mintak ngan makcik zainung supuh ringgit sure kene tahan telinga dulu nanti.. tapi tak per lah.. kene basuh pun basuh lah.. janji dapat pulus rm10 nak wat pi keje..Lepas siap lengkap berpakaian n makan terus ujang panggil mak..
Perghh macam dah tahu makcik zainung.. "Nok pitih aku lah tuh.. mung hok.. pitih dok penoh lekak.. mung wak pende gok pitih mung tuh??".. Hm bla bla bla. tahan ujang.. kuatkan semangat demi rm10 hehe.. lepas puas makcik zainung bercerita.. maka di keluarkan lah duit rm10 ringgit untuk ujang.. fuh.. berjaya.. wakaka!! pelikkan.. y orang2 tua nie kan suka sangat simpan duit dalam dia punya sarung kopek?? wakaka(coly) huh?? Tanya pendapat kaum2 hawa ehhee!!! Terus ke tempat kerja.. perghh.. boring siot.. Ujang sebenarnya takut.. takut sebab ujang salah buat kerja uwaa!!
So.. pasti kene marah lah.. sere terang-terangan ujang salah.. tak kan nak menafikan pulak.. berdebar siot.. perghh.. tapi bila pikir benda dah terjadi.. so buat apa nak kisah.. yang patut kita buat hanya teladani jer lah apa yang telah kita lalui kan? ehehe!! Akhirnya.. terjawab jugak... ujang kene marah lah coz memang salah ujang.. kene trime.. walau sakit hati ini walau pedih hati ini.. ujang telan jer lah bulat2.. kata2 cik rafidah hanjeng itu.. ekeke!!! Hmm bila chat ngan tersayang rasa kurang sket gundah tuh.. ekek sayang kat sal!! Jat pun ada YM ngan ujang.. abg din pun tapi macam chips more lah dia. ehe bz memanjang!!
Opss.. abg shidie.. ujang mintak maaf coz tak bagi tahu yang ujang masuk hospital tempoh hari.. bukan ujang lupa abg shidie.. tapi manusia.. kekadang terlupa.. kan? mintak maaf yer!! Still frenn kan?? Jam dah pukul 6ptg ehhe.. rancak sangat berbual dengan Sal sampai lupa nak balik kerja!!! Lagipun hujan.. aduh terpaksalah ujang redah!hMM duk sembang ngan Sal uajng kasi lirik exist nie kat dia.. Hm apa yang dia kata?? Lirik dia macam kita lah bang.. eheh tau tak per ekke!!

BUAT KITA (EXIST)


bagiku dalam medan cinta
tak siapa menang atau kalah
yang ada hanya rindu dan lara
andainya tak siapa yg beralah

berbalah bukanlah sengketa
hanya rahmat tuhan buat kita
supaya jadi lebih mesra
antara kita nanti tiada lagi jurang yg memisah

demi satu jiwa satu alunan irama
melamar kasih seharum mawar
demi satu jiwa satu impian yg indah
mencipta hari yg paling sempurna

bagiku dalam medan cinta
tak siapa gagal atau lemah
yg ada hanya kelu dan resah
andainya tak siapa yg percaya

segala punyai natijah
dan rindu yg tinggal gerak langkah
cemburu juga buruk sangka
sekelip mata kita terleka lalu dirundung kecewa

jangan sesekali kau anggap oh wahai kasih
kata-kata rayuanku
hanya mainan alasanku
menjeratmu oooo

supaya jadi lebih mesra
antara kita nanti tiada lagi jurang yg memisah
demi satu jiwa satu alunan irama
melamar kasih seharum mawar
demi satu jiwa satu impian yg indah
mencipta hari yg paling sempurna

demi satu jiwa satu alunan irama
melamar kasih seharum mawar
demi satu jiwa satu impian yg indah
mencipta hari yg paling sempurna


P/S: Kemudahan mendownload dalam Savefile!! Harap maklum!

Brooommm......laju giler.. ujang bawak.. harapan semoga cepat sampai.. tapi tak leh lawan lah Joki.. lumba kita si jaT TENUK tuh eheh!! wakaka!! kan jat kan?? ehheh Bersopan-santun ketika menunggang adalah etika Jat sekarang kan?? ehhe.. lari prinsip dah abg ujang wakaka!! Sampai rumah terus ujang mandi.. ujang tak nak pening kepala nanti.. coz ujang kalau kene jer air hujan sure automatik berdenyut lah kepala nie.. Yang menanggung ujang jugak ehhe!! Opss.. mak tak der!!
Adus.. laparnya.. ingatkan masak lah untuk ujang.. tapi haram jadah tak der!! Berlaparlah ujang.. hari pun dah malam.. terengganu sekarang hujan jer.. Best kan hujan2 macam nie makan ubi rebus sambil minum air kopi kan?? ehhe!! sal ada sms tanya ujang makan atau belum.. cakap sejujurnya lah tak makan.. wahh baik woo.. seorang aweks yang baik.. perghh siap ajar ujang masak!! perghh uajng pun memang lapar.. menurut jer lah.. apa yang Sal ajar ujang turutkan.. time nak masak nasi sampai lah goreng ayam ehhee!! Hmm akhirnya kenyang jugak ujang wakkaa!! pergh.. ehehe..
Ada sms pulak time tgh2 malam nie.. Opss Abg Fauzi dari Putrajaya sms uajng ajak jumpa kat Hotel Grand. Perghh jam pukul berapa beb.. lagipun rumah tak der orang.. ehehe!! Ujang cancelkan.. lagipun malas la!! Akhirnya tertidur jua.. dengan bait2 sms dari Sal.. pergh.. wakaka!! zzzzzzzzzzzz

Posted by Ujang_MD :: 5/23/2006 09:10:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Monday, May 22

RAHSIA FIRASAT ALAT KELAMIN LELAKI

Alat kelamin anda panjang atau pendek? Anda mesti ikhlas. Gunakan kayu pembaris jika perlu. Jika kurang daripada 3 inci beerti pendek, kalau lebih 3 inci beerti panjang. Di bawah ini terdapat beberapa firasat tentang alat kelamin anda.

Kalau Panjang
: bererti anda memang suka menunjuk nunjuk. anda mudah belajar cara baru dan seronok mencuba sesuatu yg baru. ini beerti anda suka mencipta cara baru.

Kalau Pendek
: bererti anda kurang yakin pada diri anda sendiri pada mulanya, tetapi sekali anda memulakannya, anda berupaya melakukannya. anda seorang yg mempunyai impian yg tinggi dan romantik. anda boleh mengejutkan semua orang apabila anda hilang sabar. anda suka mengikut adat.

Tebal
: anda mempunyai daya khayalan yg tinggidan mempunyai keazaman dan kekuatan yg mengkagumkan. jika lagi tebal di dasar kelamin bererti anda mengutamakan kebebasan.

Nipis
: Anda seorang yg sensitif dan boleh mengeluarkan perasaan anda dengan senang. kehalusan dan mutu sesuatu yg penting bagi anda.

Bersimpul
: anda suka membuat sesuatu dengan cara berfikir terlebih dahulu dan sering berwaspada. anda memikirkan sesuatu dengan lojik akal. satu atau dua simpul besar menyatakan bahawa anda seorang kekasih yg sering membuat pasangan anda berada dalam kepayahan.

Hujung Runcing
: anda seorang yg idealistik dan artistik didalam perhubungan. agak sukar utk anda bersenang lenang dan melepaskan kebebasan anda. jika panjang dan kurus, anda suka mementingkan diri sendiri.

Tumpul atau Segi Empat
: anda kekasih praktik yg suka menunjukkan rasa cinta dengan perbuatan bukan perkataan.

Lebar atau Berbentuk Bawang
: kehendak seksual anda begitu kuat. cergas, luarbiasa dan bersifat menawan.

Melengkung ke kanan
: beerti dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pemberi. anda seorang yg suka bercerita tentang seks diri anda sendiri begitu juga halnya dengan orang lain yg anda mahu mereka bercerita tentang hal seks mereka juga.

Alat Kelamin melengkung ke kiri
: dalam hal berkenaan dengan seks dan cinta, anda seorang pembawa, bukan seorang pemberi. anda lebih suka menyimpan cerita seks anda secara rahsia.

Alat Kelamin bengkok tepat : anda tajam akal tetapi seorang yg gatal. anda menipu, jika begitu anda dapat apa yang anda mahu. kalau anda mempunyai alat kelamin panjang yang melengkung bengkuk, beerti anda seorang yang tidak boleh dipercayai dalam hal berkenaan dengan nafsu dan cinta. kalau mempunyai alat kelamin pendek yg melengkung bengkuk, beerti anda kerap kali cemas dengan kemampuan seks anda. kalau alat kelamin bengkuk di pangkalnya, anda merasakan orang lain mempunyai kehidupan yg lebih baik dari anda. namun anda berusaha utk berjaya dalam kehidupan.

Posted by Ujang_MD :: 5/22/2006 10:34:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.