"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, May 8

MENCARI KEBAHAGIAAN

Manusia bahagia bila ia boleh membuka mata untuk menyedari bahawa ia memiliki banyak hal yang bererti. Manusia boleh bahagia bila ia mahu membuka mata hati. Untuk menyedari, betapa ia dicintai.Manusia boleh bahagia, bila ia mahu membuka diri. Agar orang lain boleh mencintainya dengan tulus.
Manusia tidak bahagia kerana tidak mahu membuka hati, berusaha meraih yang tidak dapat diraih, memaksa untuk mendapatkan segala yang diinginkan, tidak mahu menerima dan mensyukuri apa yang ada. Manusia buta kerana sifat ego dan hanya memikirkan diri, tidak sedar bahawa ia begitu dicintai, tidak sedar bahawa saat ini, apa yang ada adalah baik, selalu berusaha meraih lebih, dan tidak mahu sedar kerana nafsu serakah.
Ada teman yang begitu mencintai, namun tidak di endahkan, kerana memilih, menilai dan menghakimi sendiri. Memilih teman dan mencari-cari, padahal di depan mata ada teman yang sejati. Telah memiliki segala yang terbaik, namun serakah, ingin dirinya yang paling diperhatikan, paling disayang, selalu menjadi pusat perhatian, selalu di perdebatkan. Padahal, semua manusia memiliki peranan, hebat dan memerlukan antara satu sama lain, dicintai oleh satu orang belum tentu oleh orang lain.
Kebahagiaan sumbernya dari dalam diri kita sendiri. Jikalau mengharapkan dari orang lain, maka bersiap sedialah untuk ditinggalkan, bersiap sedialah untuk dikhianati. Kita akan bahagia bila kita boleh menerima diri apa adanya, mencintai dan menghargai diri sendiri,mahu mencintai orang lain, dan mahu menerima orang lain.
Percayalah kepada Allah, dan bersyukurlah kepada-Nya, bahawa kita selalu diberikan yang terbaik sesuai usaha kita, tak perlu berkeras hati. Ia akan memberi kita di saat yang tepat apa yang kita inginkan, meskipun bukan hari ini, masih ada esok hari. Berusaha dan bahagialah kerana kita dicintai begitu banyak orang.(Smile.. Untuk Imran... Renungkan lah.. Moga ini dapat menenangkan dirimu!!)

Posted by Ujang_MD :: 5/08/2006 10:11:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.