Semalam Ujang bergaduh dengan mak..Perkara remeh-temeh jer tapi biasalah kalau dah berlawan mulut nie.. jadi besar jugak lama-kelamaannya!! Begini cerita.. Ujang harapkan hari jumaat dan sabtu jer nak rehat. Hari lain sure keje. Kalau di fikir rasanya salah Ujang.. bila mak mintak tolong pi lah tolong nie tak..menolak.. dah apalagi orang tua tuh mengamuk sakanlah!! Habis perkara2 yang lepas dia ungkit.. Kadang2 buat ujang bengang!! Ujang malas nak panjang2 kan pergaduhan nie.. sebab abg long ada .. silap hari bulan ujang yang kene flying kick ngan abg long..!!! Tak ada arah.. mungkin ada sedikit terluka di hati ujang nie.. bila mak cakap macam tuh.. tapi ujang pikir ujang sebagai anak patut tahu jugak kan.. isi hati ibu!! Berkaca jugak mata mak tadi.. Oh.. berdosakah ujang?? Teringat ujang satu cerita.. sama2 lah kita kongsi!!
Ibu, kenapa menangis?? tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak. Kerana ibu seorang wanita, jawab si ibu sambil mengesat air matanya. Apa maksud ibu?? si anak bertanya lagi.... Ibunya cuma tersenyum sedang air mata masih merembas, membasahi pipi. Di peluk anaknya erat-erat, lalu berkata: Anakku kau memang tak kan faham...... Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya.... Ayah kenapa ibu mudah menangis?? Semua wanita memang macam tu, mudah menangis, hanya itu jawapan yang mampu di berikan oleh ayahnya. Masa berlalu.. si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis?? Sampai waktunya si ibu di panggil pulang kerahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu kedalam mimpi. Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: Anak ku.... Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Di jadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak. Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa. Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah. Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya. Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus di lindungi. Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau seringkali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi. Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya. Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, tenyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai, duka , gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata. Air mata wanita adalah air mata kehidupan, tiba-tiba si anak terjaga. Barulah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita.
Hmmm maafkan ujang mak.. im so sorry!!! sedihnya!!!
Posted by Ujang_MD ::
7/29/2006 09:57:00 AM ::
1 Comments: