Tak tahu kenapa Ujang nak namakan entri kali ini di alam kayangan. Tapi yang pasti kandungan entri kali ni memang menggambarkan perasaan seseorang yang Ujang kenal, dan perasaan Ujang sendiri yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Kayangan sama seperti fantasi. Tempat yang wujud bukan untuk dipandang oleh mata kasar. Mungkin wujud dalam fikiran atau minda seseorang. Ibarat halusinasi. Bila seseorang berhadapan dengan suatu masalah yang sukar hendak dileraikan, kecenderungan untuknya membawa dirinya berhalusinasi memang tinggi. Macam sesetengah orang yang Ujang kenali, kalau ditimpa masalah, untuk ketenangan sementara waktu, dia melarikan diri daripada alam nyata. Bagaimana? Caranya dengan menafikan siapa dirinya yang sebenarnya. Dengan cara menyamarkan diri di alam siber. Bina identiti baru dan berchat dengan teman baru menggunakan identiti ciptaan tersebut. Itu cara dia. Tapi cara kawan Ujang yang seorang ini, yang Ujang tak boleh sebut nama dia disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, sungguh memeningkan kepala Ujang. Kalau Ujang tak masuk campur, lambat laun Ujang akan terheret sama. Kalau Ujang masuk campur, dia atau sesiapa sahaja akan kata Ujang suka jaga tepi kain orang. Dan bukan itu niatUjang. Tak tolong, kawan. Tolong, susahkan diri sendiri pula. Nak kata ujang pakar dalam menyelesaikan konflik rumah tangga, rasanya ilmu yang terkumpul di dada belum cukup lagi. Konflik diri sendiri pun tak selesai, inikan pulak terheret sama dengan masalah orang lain. Masalah sendiri belum selesai lagi mau selesaikan masalah orang lain. Kan bagus kalau aku ada alam kayangan ku sendiri? Kan??? P/S::Best lagu terbaru Nora nie... Hmm bait2 liriknya fuh!! Cuba korang hayati!! Di tujukan Pada Insan Yang Memahami!! Smile!!
Tika keheningan aku bagai dibuai Dinginnya malam yang panjang Tika kegelapan sayu unggas berdendang Mengubat hati yang rawan Bagaikan dinginnya malam yang suram Begitulah diriku diibaratkan
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau Biarpun payah ku teruskan Siapa memandang tidakkan ku hirau Biarpun pedih ku tahankan Jamahlah bintang Beri daku sinaran Semoga hati ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan Seribu nista di tangan
Terbanglah hai unggas bebas di awan Agar kan tercapai sinar gemerlapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan Hanya padamu ku serahkan Apakah kan ada ketulusan jiwa Yang menilai ku seadanya
Tuhan ku inginkan secebis harapan Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan Ku pasrah padamu Tuhan Tuhan......
Posted by Ujang_MD ::
8/08/2006 10:48:00 AM ::
1 Comments: