"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, August 2

BI 2006 - WEEK 1 ASSIGNMENT

"BI2006 - Week 1 Assignment"
"All about Azlie JR @ Budak CATWALK"


INTRO

Tak banyak yang ujangMD tahu tentang Azlie JR!! Namun ujang cuba usahakan juga untuk assignment pertama for blogger idol 2006!! Seperti kata organiser blogger idol kita, Lea… “korang jangan ingat assignment blogger idol yang pertama mudah dan senang” Hehhee!! Ah.. melalut.. sebelum menulis lebih lanjut tentang si Azlie JR nie..Ujang nak kasi intro lah dulu. Bijak jugak si penganjur bila warkah pertama dalam assignment ini di selitkan tajuk yang begitu sesuai untuk para contenders yang bertanding!! Iyelah..assigment yang pertama ini rasanya (bagi pendapat ujang lah), organiser mahu para peserta beramah-mesra dulu sesama mereka. Atau dalam erti kata lain..nak kan antara peserta mengetahui details perserta yang lain..kira macam sesi ice-breaking lah!! Itu Yang UTAMA!! (Dok gitu Lea????)

CHAPTER I

Ok.. nak citer sikit pasal Azlie JR nie. Bila korang baca jer nama Azlie JR nie, mesti korang tertanya-tanya apa maksud JR tu, kan??? Macam ujang jugak la. Ada MD kat hujung nama ujang. Dah tentu ada makna yang tersembunyi di sebalik nama UjangMD tu, betul tak??
Alkisahnya, bagi seorang lelaki yang bernama Azlie JR ni, JR itu ialah singkatan dari nama keluarganya. Nama ayah Si Azlie nie bermula dengan huruf J. Mungkin JR tu stands for Jaafar kot. Anyway sebelum ni, ujang ada jugak berkunjung ke blog Azlie. Berdasarkan penulisannya, dapat ujang rasakan bahawa Azlie nie seorang individu yang begitu manja terutamanya bila melibatkan perihal yang berkaitan dengan hati dan perasaan. Telahan awal ujang ni ternyata benar apabila Azlie sendiri telah bercerita tentang latar belakang keluarganya.
Bercakap mengenai keluarganya, AzlieJR mempunyai 6 orang adik-beradik, termasuk dirinya sendiri. Seorang lelaki, 4 orang perempuan dan lagi seorang lelaki + perempuan…hehehhee…
( dah tentu jantina yang last ni refer pada Azlie, kan? hehehehe...). Telahan ujang bahawa si Azlie nie seorang yang manja memang benar apabila dia mengakui bahawa dia merupakan anak yang bongsu dalam keluarganya. Binggo !!! Pandai tak ujang tilik ?? Hehehehe..... Mak bapak dia berasal dari Pahang.. tetapi berpindah ke Ipoh kerana ayahnya bekerja sebagai seorang inspektor polis kat sana. Dan disebabkan itu, secara otomatiknya si Azlie ni menjadi anak kelahiran Perak apabila dia diberanakkan oleh ibunya kat Ipoh General Hospital pada 21 December 1984. So, sekarang ni Azlie dah berumur 22 tahun..wahh….freshie ni…. huhuhuhhu.

CHAPTER II

Saudara Azlie ni masih lagi belajar kat sebuah IPTA kat Shah Alam dalam jurusan law (dalam pendidikan?) (....hmm korang pun mesti dapat agak IPTA yang dimaksudkan, betul tak?? Hehehe). Katanya, dia nak jadi cikgu sebab malas nak ambil Master nanti. Tapi, kalau ada rezeki, saudara Azlie ni tetap nak sambung Master sebab cita-cita sebenarnya ialah nak jadi lecturer dan bukannye cikgu. Jadik cikgu tak glamer katenye...kehekehkeh.... gurau je. Nak tau kenapa sebenarnya dia bercita-cita nak jadi lecturer? Hah, ni jawapan Azlie, “sebab boleh bercintan-cintun ngan student..".... huhuhuhu…hampehh ko Azlie..).


CHAPTER III

Bercakap tentang erti persahabatan, Azlie dengan konfidentnya berkata bahawa dia ialah seorang yang suka berkawan TETAPI jika baru pertama kali berjumpa pasti sesorang akan mengatakan dirinya sombong (hmm…muka ko masam sangat kot…keh keh keh). Tapi jika orang dah kenal hati budi dia, sure “havock” katanya. Azlie juga ada bagitau bahawa dia ni seorang yang sangat suka menolong kawan sehingga sanggup menyusahkan diri sendiri… (yang engkau pi tolong jugak tu pesal? Badan sendiri jugak yang merana…ehhe).Katanya lagi.. dia ada beberapa orang geng yang sekepala dengannya. Dia dan geng-geng sekepalanya tu akan share segala-galanya hinggakan soal-soal sexuality pun boleh di kongsi bersama!!!....Isk….


CHAPTER IV

Bagaikan wartawan, ujang cuba lagi mengorek rahsia Azlie JR nie… Bila ditanya dah berpunya ke belum, sepantas kilat dia menjawab.. “BIAR LAH RAHSIA”!! Aduss!!! Ujang tetap tak berputus asa dan cuba mengorek lagi namun jawapannya tetap “Biarlah Rahsia”… Arghh…. Ko nak jadi cam Siti jugak ke? Asyik asyik biarlah rahsia biarlah rahsia.. Ko ada skendel dengan Dato` jugak ke? Dato` mane pulak ni? Dato Malik Mydin ke?...wakakakaka… (Jangan marah ek. Hitam-hitam si tampuk manggis, walaupun hitam, duit dia banyak tau….huhuhuhu…)... Bak lirik Siti Nurhaliza lah huhuhu!!

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas kupendam
Kuputuskan biarlah rahsia

Tapi, ujang tahu si Azlie nie sporting orangnya (mengayat lah tuh). Akhirnya dia mengaku bahawa dia pernah bercouple sebelum ini tetapi sekarang dah single katanya.. Why Azlie??? Serik ker??? Azlie jugak mengaku bahawa dia ni seorang yang lurus dalam percintaan. Siap dia ada bagi contoh lagi…huhuhuhu…Nak tau apa contohnya? Haaa… si Azlie ni mengaku bahawa dia akan telan bulat-bulat apa sahaja yang lovernya buat pada dia. (isk, ngape jadi camtu?)


Bila ditanya pasal perasaan cemburu semasa bercouple, dengan tersimpul malu Azlie berkata.. ”memang lah ada perasaan cemburu tuh.. tapi tak banyak” (hmm ye ker Azlie?? Silap2 haribulan lover hang sendiri yang engkau libas ehehhe). Erm, dalam sesi interview ujang ni, Azlie jugak sempat buat promotion untuk dirinya. Katanya kalau boleh, dia nak cari lover yang bukan sahaja akan treat dia nicely tetapi juga yang pandai menjaga hatinya!! CHEWAAHH!! Pheewwiittt!!! Bila ditanya adakah si Azlie ni setia ker kat lover dia, dia menjawab….”Hmm nak kata aku nie setia? … ahaks…. (Dengar gelak kat belakang dia tu je korang dah tahu kan?? wwakakkaa).
Ujang cuba lagi korek isi hati Azlie nie berkaitan dengan dunia percintaannya…. ehehe!! Azlie ni mudah terpikat jika seseorang itu terlampau baik dengannya.. and then treat dia sebagai seorang princess (wahh princess katanya…huhuhuh..hark tuih.. Sorry ek, gurau.)
Tapi yang penting seseorang tuh mestilah good looking. “Menipu…” katanya kalau dia cakap yang dia minat kat bangla yang tak ada gigi hanya kerana bangle tu tolong bukakkan pintu toilet untuknya….(so.. korang dah dapat agak dah taste si Azlie JR nie, kan??)


CHAPTER V

Bila ujang sentuh bab agama pulok…lantang Azlie menjawab.. dia percaya akan agama yang di anutinya sekarang.. hmm ala-ala “quite secular”. Dan secara jujurnya dia mengaku yang dia still rasa yang dia nie obliged to follow all the regulations in islam..Isk…ngape jadik macam tu plak..isk…Tapi bila bercakap pasal sexualitynya berkaitan dengan agama, nak tahu apa dia jawab??? “ I cannot hold myself to just ignore it.. ahaks”.. (Deraian ketawa kat belakang tuh yang buat Ujang seriau tuh ehhee). Pasal pemakanan pulok.. selain daripada suka makan orang, dia juga suka sangat makan laksa penang.. Tak kiralah pergi kat mana-mana sekali pong, dia mesti makan mende tuh (hmm kalau ko pi luar negara amacam?? Nak cari mana menatang tuh??) Apa2 pun, si Azlie ni tak cerewet sangatlah bila nak memilih makanan. Asalkan ada laksa, cukup…

CHAPTER VI

Pasal penampilan diri pulak bila di tanya dengan rambang matanya Azlie menjawab.. dia lebih suka memakai pakaian yang santai dan tak suka yang formal (skema ehehe). Dari segi style(fizikal), Saudara Azlie seorang yang agak berisi (hmm macam afdlin shauki ker wahai Azlie JR???).. But sekeras-kerasnya dia berkata.. Yang dia tidak pernah terlintas pun rasa rendah diri or what ever it is-called (be yourself kan Azlie?? Good.. Syabas dari Abg Ujang). Berambut pendek sebab katanya malas nak sikat.(Ye ker ko suka rambut pendek Azlie..Kalau tak kerana ko still study mesti rambut ko paras lutut.. boleh wat style Ella lagi ehehe) Kan kan???

CHAPTER VII

Hahaha.. soalan yang agak panas.. Apakah orientasi sex Saudara Azlie JR??? Hmm Im Top..(Lollings).. Acah ajer katanya.. im Bottom sejujurnya!! Bila ujang selit cara-cara pembikinan sex yang di sukainya.. (terbeliak mata Si Azlie JR).. Seperti seorang artis glamour lah jawapannya "NO COMMENT".. Adus!!! Ehh.. tak puas hati lagi Ujang.. Rahsia perlu di korek!!! Apa yang selalu Azlie JR buat semasa xxx??(wakakaa).. Wah.. melampaunya soalan.. namun Azlie tetap tidak melenting.. di jawabnya juga!! Siap Si Azlie bagi kata2 sindiran tuh.. (huwaaaa.. tak per.. sebagai wartawan kene tanggung semua risiko ehhe). Abg Ujang.. kalau hang tak jadi juara BI mesti Azlie terkejut.. ahaks.. (sambil gelak tuh). Ujang cuba mengayat lagi.. hmm akhirnya... " i tak suka yang berat-berat.. i suka yang ringan-ringan jer.. so i prefer kalau si dia tuh tunjukkan kasih sayang dia dengan pelukan dan ciuman opss... terhenti!! hmm cukuplah di sini" (hmm memang lah ko suka yang ringan-ringan sebab ko tuh dah memang berat heheh.. jangan marah ek.. abg ujang gurau jer).

CHAPTER VIII

Di masa lapang pula bagi aktiviti yang berfaedah Saudara Azlie JR lebih suka menghabiskan masa bersama PC nya, suka mengedit gambar-gambar guna Photoshop (kalau tak caya.. korang cuba masuk blog dia.. banyak dia adjust gambar2 guna photoshop ehhe), membaca blog member2 dan tengok TV. Bila di tanya masa lapang yang tak memberi faedah pulak yang dia suka buat.. "Hmm i suka buat gossip ngan kawan.. dan yang paling penting i suka tidur.. ".. (wah mudah jawapan.. lantak lah Azlie.. ko mengumpat ko yang dapat dosa.. ko suka tidur.. ko yang akan bertambah tembam ehehe)
Suasana menjadi ceria bila soalan seterusnya ujang kemukakan (yer lah soalan yang menyenangkan hati). Bila di tanya selama dia hidup apakah peristiwa yang paling manis pernah di rasainya!! Kata saudara Azlie..perkara yang paling manis dalam hidupnya ialah bila dapat kenal dengan member2 yang understanding yang mana boleh dijadikan tempat untuk mengadu. Ada lagi katanya.. bila dia dapat further study, itu yang paling bahagia di rasakannya.. Hmm ada lagi.. saat2 manis bila dia bersua muka dengan Kris Dayanti kat Palace Of Da Golden Horses.. hmm siap berlaga pipi lagi huhuhu!!
Tadi cuaca ok jer.. sekarang dah mendung.. bila soalan seterusnya di ajukan..Katanya perkara yang paling buruk pernah di rasainya bila time ayahnya
"passed away". Katanya time ayahnya meninggal.. dia baru sahaja seminggu masuk kat ITM Kedah dan dia agak terkilan sebab tak dapat tengok ayahnya buat kali yang terakhir.. hanya sempat tengok time nak mandi dan sembahyangkan sahaja.. (ohhh mujur ujang bawa tisu.. lap air mata mu itu Azlie.. Sabar ekk. hidup macam tu lah.. ada pertemuan dan perpisahan)


CHAPTER IX

Cakap pasal artis pulok, Azlie bagitau yang dia ni minat Christina Aguielera dan Britney Spears. Nak tahu kenape dia minat kat minah 2 ekor nie??? Sebab dia feeling jadi Britney spears atau Christina!! (perghhhhh….. berangannnnnn..huhuhu). Movies pulok. Azlie suka sangat tengok citer Sepet ( sampai berkali-kali dia tengok citer nie).. Selain tuh dia suka jugak tgk Moulin Rouge, Harry Potter dan citer2 realiti TV. Hmm pendek kata Si Azlie nie suka jugaklah hiburan!! But.. walaupun dia suka ngan hiburan yang seakan feminine dengannya, dia tetap tak suka pergi tempat yang crowded, terutama sekali tempat-tempat yang penuh dengan orang Indon..(anti sangat katanya). Dan dia jugak bagitau yang club-club bukan tempat untuk dirinya!!..huhuhu…ye ke ni?? Bagus la tu Azlie..hehehe!!!

CHAPTER X

Well, akhir sekali bila ujang suruh saudara Azlie JR nie memberi kata-kata semangat kepada para2 perserta BI, wah.. dengan penampilan sendirinya Azlie berucap "Untuk korang semua.. termasuk aku sekali. marilah kita sama2 menuju puncak.. semua pemenang okey.. tiada pengalah. Apapun jadikan BI2006 sebagai semangat untuk kita terus berblog.. but remember dont over do it.. komuniti kita nie bukannya ramai sangat.. kalau gadoh2 semua kacau bilau!! Semoga kalian semua berjaya!!! ...Wah... terima kasih Azlie!!
Sebelum memutuskan interview dengan si artis cantik jelita ni, ujang nak bagitau kat korang. Dari apa yang ujang perhatikan, Azlie nie mudah berunding. Walau apa jua soalan, pasti dia akan jawab walaupun soalan yang ditanya tu panas berapi….huhuhuhuh..So kesimpulannya, AzlieJR ni memang seorang yang open minded…. Thnxx Azlie..!! Lenkali kita main interview2 lagi ye…..muahahhahaha...TATA

TAMAT DAAAAAA


Posted by Ujang_MD :: 8/02/2006 11:38:00 AM :: 5 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.