"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, August 12

BILA TERJADI PENYELEWENGAN!!

FULL ALBUM ARTIST UPDATED!!

FULL ALBUM RADJA (AKU ADA KARENA KAU ADA)
FULL ALBUM PRETTY UGLY (ROCKAHOLIC)

JIKA pasangan yang satu menyeleweng, pasangan yang lain akan merasa sangat terpukul, terlebih jika kejadian itu tidak disangka-sangka. Sebab, selama itu hubungan terasa rukun dan mengasyikkan. Maka pasangan yang satu merasa ditipu dan terpukul, sehingga dunia pun menjadi gelap.Ujang timbulkan isu ini kerana diri Ujang sendiri seakan terasa seperti apa yang dikata.. Bagaimanakah cara untuk mengatasi keadaan ini yer??? Sama2 kita pikir Boleh?? Ada cadangan sila bagi komen k!!???
Ingatlah bahawa kejadian itu bukanlah akhir dunia.Dapat dipahami bila affair yang terjadi sangat menggoncangkan hidup. Tapi yang perlu diingat: kejadian itu tidak perlu dianggap bencana yang tak dapat dielakkan lagi kejadian itu bukanlah di akhir sesuatu bila kita memang tidak menghendakinya.
Kadang-kadang penyelewengan hanyalah merupakan episod singkat dan relatif tidak begitu penting. Kejadian itu mungin hanya merupakan kelemahan manusia, namun sama sekali tidak bererti bahawa pasangan kita tidak lagi mencintai kita dan ingin mengakhiri perhubungan.
Janganlah mencekik perasaan,Jika hendak menangis, menangislah. Jika marah dan sakit hati, katakanlah demikian. Janganlah beranggapan, "Saya harus dapat mengendalikan diri. Jika saya menangis terus, dia pasti akan pergi meninggalkan saya."
Jangan gunakan pelanggaran sumpah setia sebagai senjata pemukul
Kita hidup dalam dunia yang tidak sempurna. Tuhan memang telah menggariskan dengan tegas kaedah-kaedah baik dan buruk, benar dan salah. Orang-orang yang mencuba untuk hidup menurut kaedah-kaedah yang tinggi itu sekalipun kadang-kadang jatuh lebih baik daripada mereka yang tidak berusaha. Kupaslah keadaannya.
Kita harus mengetahui keadaan-keadaan yang menjadi sebab tejadinya affair. Peristiwa yang terjadi kerana pasangan kita bernafsu seks yang besar.Teliti apakah diri kita ikut bertanggung jawab atas peristiwa itu.Jika kita terbiasa bercakap-cakap dengan pasangan kita tentang kemungkinan-kemungkinan peristiwa seperti itu, kita akan menjadi lebih dekat dengan pasangan kita, jika ada bahaya.
Jangan menyelidik tentang sesuatu peristiwa.Jika itu terjadi, maka itu menjadi semacam senjata pemukul yang menyeksa dan merendahkan. Kedua belah pihak tidak akan mendapat manfaatnya. Jangan membalas pasangan dengan berbuat sama.Jika ingin membuktikan kepada diri kita sendiri mahupun kepada pasangan kita bahawa kita masih diinginkan, janganlah menunjukkan bahawa, "saya juga boleh berbuat yang sama." Cara seperti ini seringkali berakhir dengan perpisahan. Situasi yang sudah goyah pasti akan berantakan, bila terjadinya perkara tersebut.
Jangan biarkan harga diri hancur, jika oleh penyelewengan pasangan kita merasa ditinggalkan atau dibuang, dihina atau direndahkan. Jika sekarang tidak menarik bagi pasangan kita, tidak bererti kita telah kehilangan segala daya tarik. Bila sekarang disebut "bodoh", tidak bererti kenyataannya memang demikian.
Dengan dukungan rahmat dan kasih kurnia tanpa batas yang Tuhan berikan kepada kita, tentu kita dapat mengembangkan kemampuan untuk mencintai tanpa batas juga.Kan Kan??

Posted by Ujang_MD :: 8/12/2006 09:09:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.