"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, November 18

Memuji Diri...

ARgghh lega bila dah balik ke terengganu semula.. Bukan apa.. ujang bimbang kan makcik zainung duk sorang2 kat rumah.. kalau hari minggu tak apalah uajng tinggal kan mak..sebab abang dan kakak ada balik menjenguk mak.. Aduss!! Hmm suka sangat mak bila ujang bawak balik tempoyak.. hahhaa.. mak memang kaki tempoyak.. tengok lah nanti.. macam2 jenis di buatnya ngan tempoyak tuh nanti hahaa... banyak.. memang banyak ujang beli.. 5 botol.. mak kasi kat jiran sebotol sorang.. tinggal 2 botol sajer mak simpan kat rumah.. Biar lah.. berbakti pada jiran2 kan mak?? kalau ada kesusahan nanti jiran2 jugak yang jadi tempat bergantung minta tolong kan mak?? hehhehe!!

Di sini Ujang perlukan bahasa untuk Ujang ucapkan ribuan terima kasih pada diri Ujang sendiri. Bak kata peribahasa "Masuk bakul, angkat sendiri". Teringin sesekali Ujang nak masuk ke dalam bakul dan cuba angkat sendiri. Lalu Ujang masuk dan Ujang cuba angkat. Ujang tetap di situ.. dan bontot bakul masih melekat di dasar bumi. Tiada apa yang berubah. Ujang cuba angkat lagi.. dan cuba lagi. Ya! Ada satu perubahan yang berlaku. Cara orang di sekeliling yang memandang Ujang tak sama seperti sebelum ini. Mungkin juga perbuatan "Masuk bakul, angkat sendiri" ini adalah satu perbuatan yang sia-sia dan tak berapa di senangi.

Puji diri sendiri. Siapa lagi nak puji kalau bukan Ujang. Orang lain boleh puji tapi mereka tak tahu.. lorong sebenar yang pernah Ujang lalu. Mereka boleh puji.. "Lihatlah dia.. bersinar.. bercahaya.." Mereka boleh kata kerana mereka tak nampak kegelapan yang Ujang sembunyikan di belakang Ujang. Jika Ujang tunjukkan, tentu mereka akan diam. Mereka boleh puji.." Lihatlah dia.. hebat.. teguh berdiri.." Mereka boleh kata kerana mereka tak nampak kaki Ujang yang hampir lumpuh kerana kerap tersungkur. Jika Ujang tunjukkan tentu mereka akan nasihatkan Ujang supaya duduk dan jangan berdiri.


Ujang nak ucap terima kasih pada ujang sendiri.... terima kasih.. terima kasih....Ujang bukan orang gila yang cuba masuk bakul dan angkat sendiri..Ujang cuma manusia biasa yang banyak kelemahan. Cuma.. dalam seribu kelemahan itu.. ada beberapa kebaikan yang buat Ujang rasa kagum dan bangga dengan diri Ujang sendiri. Bukan Ujang nak riak dan bermegah-megah di sini. Cuma sesekali ingin Ujang puji dan ucapkan terima kasih pada diri Ujang sendiri.

Satu hal lagi.... Ujang asyik ingat kan Sal.. biarlah korang nak kata ujang ie benda yang dah diludah .. di jilat kembali.. Hati uajng memberontak mahu ]jumpa sal.. semalam.. ujang call sal.. bagi tahu nak jumpa.. tapi ujang lihat sal seakan nak tak nak sajer.. adakah dia betul2 membenci ujang? atau sekadar?? entah lah ujang bukan ahli nujum yang pandai menilik... Tapi hati ujang ini teringin sangat nak jumpa sal.. insya allah.. kalau sal ingin jumpa ujang.. akan ujang berjumpa dengannya on 30 november 2006... Harap sangat dapat jumpa sal.. biar lah hubungan tak seperti dulu.. asalkan dapat melepaskan rindu yang bersarang di hati ini hampir 2 bulan.. tak tertahan sangat........

Posted by Ujang_MD :: 11/18/2006 10:28:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.