Masih Ujang terasa angkuh untuk menetapkan angan Ujang ke ruang asmara. Bukan Ujang tidak merasa, dan bukannya Ujang panik melihat dunia. Ujang seperti tidak sedar diri bahawa Ujang sudah berada dalam liang berapi.Tajam dua mata. Satu, boleh menghangatkan semangat jiwa Ujang. Dua, boleh menghanguskan setiap sisa elemen pegangan Ujang.Ada juga Ujang bercakap pada diri. Apa salahnya jika Ujang kalah dalam meneruskan perjalanan ini, dengan berterus-terang dan memanah kejujuran yang bersembunyi, daripada Ujang mati hampa terkubur sia-sia tanpa sebarang sikitpun daya untuk mencuba.
Dan apa salahnya jika Ujang menghidupkan sekelumit kepercayaan dalam diri dengan meniupkan nafas kembara Ujang di sini. Setelah sekian lama Ujang junjung paksi.Mungkin nanti, bila Ujang ditakdirkan terjatuh ke alam kecewa, langit bakal menyambut Ujang dan akan sama-sama lara. Awan dan langit, tampak rapat namun jauhnya tersangat (aiyaa betul tak bahasa melayu ujang nih huhu).Mungkin juga jika ianya terjadi, lapangan Ujang sasar tertipu dengan jiwa yang tegar, hati ini, dapat menelan pahitnya, mengampuni khilaf Ujang untuk benahinya sebagai suatu mitos sahaja. Dan Ujang boleh hidup dengan aman sesudahnya, tanpa hala tanpa paksa. Hmm itu yang Ujang harapkan...
Ujang nak cakap pasal kehidupan sekarang....hidup adalah tentang ketakutan. hidup sebenarnya adalah ketakutan yang terselubung, yang terbalut dengan masa dan pelbagai kepentingan.hidup adalah berkenaan kekeliruan dan kegementaran, menjelang perbuatan mahupun pemikiran. hidup adalah fasa di mana manusia bertahan, untuk meneruskan perjalanan, untuk capai matlamat yang diinginkan. juga untuk tidak berpisah, malah untuk bersama dengan manusia hidup untuk tidak melakukan kesilapan, walau masih tersilap melakukan kesalahan dan membangkitkan sesalan.
Hidup adalah risiko, yang besar dan kecil. suatu kebarangkalian untuk berjaya ataupun gagal. Ia status genting yang selalu dilupakan dan bila manusia berjaya untuk hari itu, mematang sedewasa lagi dan menapak sejauh lagi, manusia sebenarnya tidak tenggelam dalam ketakutan itu. Walau ada kala tidak perasan, kita manusia dicipta untuk jadi gagah. Untuk meredah masa dan melawan arus. Hidup seharusnya dihargai kewujudannya. Hidup, jika mahu difikirkan, secara bawah sedar, adalah keberanian. Keberanian yang menyinggah dan ada masa, tersanggah.
Ada orang cakap tidak ada impian yang tidak boleh kita tatang. Bagai angan-angan yang bernafas dalam semilir siang, Ujang sentiasa tertanya-tanya, bila lagi ke sisinya akan selamanya pulang.Memori yang menyimburi ingatan bagai mencengkam kuat perasaan. Kerana dalam hati kita mahu percaya, kita kagungan kita, kan.Terdetik dalam fikiran Ujang, adakah ujian ini hadir kerana kita terlalu teruja dengan naluri dan keadaan. Getir di permulaan, keliru di tengah jalan dan bakal kecundang dengan bebanan. Ujang mengharapkan yang terbaik untuk semua. Ujang mendoakan kesejahteraan bersama.
Posted by Ujang_MD ::
11/09/2006 10:17:00 AM ::
0 Comments: