"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, November 16

Menggarap Kerinduan..

Salahkah Ujang menyimpan perasaan ini? Salahkah Ujang terkeliru dengan perasaan sendiri? Salahkah Ujang bermain-main dengan perasaan insan termasuk diri Ujang sendiri? Salahkan Ujang dalam hal begini?Kehadiran dia ini tak pernah Ujang pinta. Tak pernah Ujang harap. Dan tak pernah Ujang impikan. Usia Ujang yang masih panjang ini membuatkan Ujang sering terfikir akan masa hadapan. Adakah punah, kecundang, berjaya atau bahagia. Apakah orang yang menyayangi Ujang kini masih mampu bertahan sehingga di pertengahan usia. Perkara ini sering menghantui diri Ujang.

Ujang selalu mengadu pada hati, tapi mengapa tidak pada Tuhan? Ujang malu, Ujang tak sepatut menagih sesuatu pada manusia. Ujang curang padaNya.Bila di tanya 'awak sayang kiter tak?'...jantung Ujang berdegup kencang. Air mata ini mampu jatuh pada bila-bila masa sahaja. Saat Ujang ingin menempa bahagia berjumpa dia, saat itu jugalah Ujang terkilan pada jawapan yang di beri. Ujang keliru . Ujang benar-benar keliru. Siapakah sebenarnya yang bersemadi di hati. Dia sering hadir menggembirakan Ujang saat Ujang kesepian, duka lara. Walau dia tidak tahu isi yang terbuku, tapi Ujang tetap rasa bahagia ada orang yang menyayangi Ujang di samping ini.

Tapi dia, sudah lama tidak berhubung. Semakin hari Ujang semakin cemburu tanpa sebab padanya. Sering menyalah sangka padanya. Maafkan ujang. Pada siapa lagi Ujang mampu luahkan. Pada teman? Siapa yang memahami. Tidak tampak wajah serius pada teman. Ujang cuma sedih jika perkara penting ini di perlekeh dan di permainkan. Janganlah cuba perbahagiakan diri ini di saat Ujang kebingungan. Takut api yang belum menyala itu terbakar semula. Ujang tidak mahu begitu, biarlah mereka membantu tetapi dengan cara Ujang. Pada siapa lagi harus Ujang pinta? Penah Ujang bermunajat padaNya. Tolonglah jauhkan Ujang dari dirinya.

Semakin Ujang lari semakin kuat dia mengejar. Ujang jadi keliru, adakah Tuhan ingin Ujang berjodoh denganya. Atau, itu hanya ujian semata. Tapi kini, Ujang sedar dia sudah tiada dalam pandangan hidup ini. Dia seakan melarikan diri. Ujang terkeliru dalam kesedihan ini. Apakah Tuhan ingin menguji Ujang lagi? Atau Tuhan mahu Ujang hadapi kegagalan dahulu? Atau Tuhan mahu Ujang mengajar diri apa itu cinta manusia? Ah! terlalu banyak ujian dariNya. Mana mungkin Ujang mampu mencari 'mengapa' Allah mentakdirkannya. Aduhai, Ujang keliru. Sehingga kini, kata-kata itu bisa meruntuh iman Ujang. Setiap kali Ujang menatap wajah Nya, jiwa Ujang tidak tenteram. Setiap kali Ujang terbayang senyumnya, Ujang boleh jadi gila.

Ujang terlalu taksub dengan cinta tak kekal ini. Ujang mampu mengalir air mata tika dia merayu, tika dia sanggup berkorban kerana Ujang, tika dia mengatakan kalimah cinta. Apakah benar atau palsu?Tetapi, Ujang tidak dapat menipu diri bahawa Ujang terlalu sayangkannya. Ujang ingin dia tahu, Ujang sayang padaya. Tapi Ujang hanya seorang lelaki lemah, luahan Ujang tak berdaya. Adakah Ujang ego? Ujang cuba untuk tidak menyatakan yang Ujang juga sayang. Mengapa? Kerana SETIA. Ujang cuba untuk setia dengannya.

Ujang tidak tahu apa yang harus Ujang lakukan. Biarlah Penentu menentukan segalanya. ujang terima walau apa dugaan yang Dia suratkan. Hanya doa saja yang mampu Ujang lakukan. Dengarkanlah, sayang Ujang ini terlalu luas. . Dia terlalu istimewa dan baik. Ujang hanya manusia biasa yang tiada keistimewaannya. Kasih sayangmu tidak layak untuk Ujang. Sayangmu terlalu bernilai. Janganlah siakan sayangmu dengan menyintai Ujang. Ujang yang tiada nilai istimewa.HuHuHu.... Tak sABAR Nak balik petang nih ke terengganu.. bawak balik tempoyak untuk makcik zainung ehehe... best cicah ngan budu sambil hirup kuah ikang singgang wakakaa...

Posted by Ujang_MD :: 11/16/2006 10:23:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.