"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, November 2

Masa...........

Alangkah bagusnya jika dalam satu hari ada tiga puluh jam. Bukan seperti sediakala, kiraan periode sehari hanyalah sampai angka dua puluh empat.Terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan, tapi terlalu singkat masa yang didepan. Rancangan yang difikirkan bukan main-main, malah ingin sekali direalisasi menjadi realiti. Dalam banyak-banyak buah fikir, ada juga matlamat dan angan-angan. Ada juga hajat yang masih tidak kesampaian.Kadangkala idea kegila-gilaan yang tercetus dalam minda boleh menjadi kejayaan yang menyerang hendap peluang yang terbuka. Dan teorem kegila-gilaan itu boleh berubah menjadi hikmah mujarab yang tidak disangka-sangkakan.

Orang cakap Ujang orangnya tamak, kerana mahukan pelbagai perkara ikut jalan pintas sambil memboloti semua keinginan Ujang. Tidak mahu pandu edaran masa yang biasa dan memasang strategi atas kudrat yang ada.Hasrat dalam hati boleh bawa mati? Mungkin. Tapi jika angan-angan ataupun fikiran tidak diusahakan atau setidaknya bermula dengan langkah pertama, bagaimana ia akan sampai titik pengakhiran?Matlamat yang tersimpan dalam hati tidak wajar tertukar menjadi perlian untuk diri sendiri. Kalau terbuat silap, kita sedarkan minda dan selidik puncanya. Tidak salah jika dalam mengejar sesuatu kemahuan, jika tersalah langkah, kita berhenti sebentar untuk ketawakan diri sendiri kerana segala perlakuan asalnya dari kita juga.

Masalah utama Ujang adalah ketidakcukupan masa. Dalam sehari Ujang perlukan lebih waktu, lebih saat, lebih minit dan lebih jam. Ujang perlukan masa yang tuhan kata manusia itu dalam kerugian.Tapi adakah masa adalah segala-galanya untuk manusia? Seandainya manusia menafsir dalam sehari ada lima puluh jam pun, adakah akan terlaksana apa yang terbuku dalam kepala dan tersimpan dalam jiwa?Mungkin selain faktor masa, usaha adalah satu lagi nadi penggerak yang kita perlu ada. Di samping itu, untuk berjaya harus juga ada sedikit bantuan nasib dan pintaan doa. Tidak kira dua puluh empat jam ataupun lima puluh jam, tanpa simbiosis faktor lain yang selari dengan masa, kita tidak akan ke mana-mana. Ingat Tuh ujang.. Ingat juga wahai Teman-teman!!!

Antara perkara yang membuatkan Ujang sering takut untuk keluar kembali dan mencari cinta adalah keadaan di mana kasih Ujang suka itu tidak dijawab manusia yang sebelah lagi. Ujang gusar sekali menyukai manusia yang tidak mampu menerima Ujang seadanya.Lebih Ujang risau dan teramat derita, bila manusia yang Ujang jumpa beberapa kali ini mempunyai ciri-ciri yang Ujang selongkar dan hampa jumpa dalam manusia-manusia lain sebelum ini. Dia berciri pasangan yang mampu menolak Ujang kehadapan untuk menjadi insan yang lebih baik dari sekarang. Dia optimis, pencetus ketawa, mesra dan merasa.

Dan dia juga menjadi rebutan manusia lain seangkatan Ujang. Ujang kadangkala tidak mampu menerima hakikat bahawa selepas ruang waktu pengenalan, masa penerokaan naluri yang menggembirakan, kemabukan perihal awalan bercinta, sesi analisis pemahaman dan ujian keserasian ini, bila sampai keputusannya, Ujang kalah dan rebah pada keadaan. Ujang bukan suatu idaman manusia yang Ujang suka.Ujang akan terus dan terus dan akan berfikir bagaimana Ujang telah tewas mencuri hatinya? Adakah percintaan harus sampai dipertaruhkan sebegini?Oh,
namun bukankah Ujang pernah berkata cinta tidak akan datang bergolek. Dulu hingga kini Ujang merasakan percintaan itu adalah suatu permainan tegang yang harus ada strategi, kemenangan serta pahit kekalahan.

Cinta dan kasih-sayang sebenarnya hadir bersama unsur tolak ansur, dugaan yang pelbagai, persefahaman padu, peristiwa makan hati yang kerapkali, kesabaran, pengorbanan dan perkara yang lain lagi. Cinta boleh bercahaya dan membutakan manusia. Cinta boleh juga pedih dan membahagiakan.Dua manusia yang ingin bercinta perlu bentuk nilai cinta yang ingin dikongsi bersama. Letakkan ramuan, perencah, pewarna dan perasaan di situ. Jika Ujang bercinta lagi, Ujang takut pada diri sendiri. Ujang takut tidak dipilih, dikecewakan, terkurang matang menilainya dan rasa tersisih dari realiti lagi. Ujang sangat takut dan Ujang tidak sekali untuk itu.

Jika semua yang mungkin terjadi terletak dalam kebarangkalian yang tidak pasti, kenapa tidak menghargai setiap detik yang ditempuh. Jika di hujung hari cinta itu tidak timbul, kasih masih tidak muncul, sekurang-kurangnya bekas percubaan itu memberikan perasaan nyaman dan memori mestika untuk diri. Dan itu yang Ujang lakukan semasa ini. Sekadar coretan untuk membuat Ujang tersenyum... Indah lagu Dendangan Erra Fazira semalam di corong radio..... Berteman Sepi.....


Berteman Sepi (Erra Fazira)

Download::Erra Fazira: Berteman Sepi

Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

Posted by Ujang_MD :: 11/02/2006 09:55:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.