Ketika Ujang meluncur laju meredah laman malam. Seorang diri bertemankan lagu di corong radio yang begitu accommodating. Jalan terbentang yang panjang ini seakan makin luas dari pandangan Ujang. Kelibat mobile lain tidak ada. Oh lihatlah masa, sudah mencecah angka tiga di bening pagi. Pasti ramai yang sudah lena dibuai mimpi. Mungkin juga ramai yang tersangkut di mamak menghirup kopi. Dan Ujang masih di sini, meluncur ke depan cuba mencari. Cuba mencari posisi.Namun di mana Ujang ya?
Sesekali Ujang melepasi laman kisah lama. Maklumlah, bila keseorangan, terendam malam yang sunyi bercampur suara-suara usang dalam kepala, Ujang terjebak merujuk kenangan lama bersamanya. Angin malam yang membeku di luar tingkap tidak berjaya mengusik Ujang. Mungkin kerana degup hati Ujang lebih sejuk dari itu. Ia sudah hampir berhenti bila duka lalu bertandang di gigi perasaan. Hangat dan semangat untuk segala kemungkinan hidup tidak sebara dulu. Ujang cuba mencari erti.Ketika Ujang tergelunsur laju meredah kelam, Ujang semakin leka. Hari sudah tua untuk Ujang kali ini.
Ujang perlu cuba lena, agar dapat dihumban suara-suara sengsara dalam kepala yang tadi cukup kuat bergema. Ujang perlu juga lebih sedar-diri dan mengecap realiti.Sampai bila ingatan ini harus dilawati, jika ia sekadar membawa lebih banyak lestari yang sia-sia. Bukankah hidup, perhubungan dan cinta harus ada semacam kepuasan. Tidak perlu dirumitkan dengan ulang-tayang kisah hiba yang lama. Posisi baru dan erti tersendiri wajar dilebarkan, dibiar tersebar. Dunia ini terlalu luas untuk tidak bertemu yang suka.Jika benar zaman. masa, kitaran dan manusia berubah, seharusnya Ujang tidak lagi berada di sini.Memujuk diri sendiri?? Mungkin....
Ujang pusing ke kiri dan ke kanan, kepala Ujang rasa macam nak pecah, tekak Ujang rasa pahit, tetiba Ujang rasa bersalah pada seseorang. Mungkin kerana jiwa Ujang yang tak menentu menyebabkan Ujang hilang kawalan. Ujang berasa ada baiknya Ujang berundur dari permainan hidup yang semakin teruk ini. Kadang-kadang Ujang perlu mengalah, Ujang dah tak sanggup di menjadi diri orang lain. kalau orang kata Ujang hipokrit biarlah, tapi Ujang rasa Ujang perlu berbuat sesuatu bagi mengelakkan Ujang mencederakan hati orang lagi.
Ujang lebih rela mengkhianati jiwa Ujang sendiri dari melukakan hati orang. Ujang sudah banyak menyusahkan orang. Maafkan Ujang, Ujang mungkin melukakan dia hari ini untuk dia terus membenci Ujang. Ujang lakukan untuk dia juga. Ujang tahu dia cukup marah dengan Ujang, biarlah dia marah pada Ujang hari ini dan tidak hari mendatang. Dalam setiap permainan ada yang kalah dan ada yang menang, dan yang kalah itu Ujang dan boleh menarik diri sebab itu kemahuan dia. Ujang sudah hilang harap untuk terus membina harapan buat Ujang." ada baiknya Ujang berundur, demi Ujang dan dia. Mungkin dapat menamatkan permainan yang kian membuntukan dan mencederakan perasaan Ujang dan dia."
Posted by Ujang_MD ::
11/01/2006 09:48:00 AM ::
0 Comments: