"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, April 4

RAYUANKU PADA MAKCIK ZAINUNG!!

Kali nie Ujang semakin yakin yang Ujang akan dapat menandingi anak sedara Ujang Shakira.. Akan Ujang racun fikiran makcik Zainung.. akan Ujang hasut makcik Zainung macam setan bertanduk dua nih. Makcik Zainung kurang sihat sikit semalam namun volume suarnya tetap boleh tahan.. tetap macam biasa. Shakira dengan Ujang dah tak sebulu dah sejak dia beli JOHN tuh.. bukan apa.. Ujang tengok muka dia pun dah naik kematu .. ya Allah geram yang amat sangat.. Kalau anak sedara lelaki dah lama Ujang sekeh kepala dia tuh.. Ni mujur lah pompuan.. tapi degilnya Masya-Allah.. kalah orang jantan.
Shakira nih sekejap-sekejap pi jenguk anak kucing dia bawah rumah.. ye lah takut Ujang buat khianat.. ehh tak kuasa ahh Ujang nak khianat2 ni kan?? Buang masa.. cuma kadang2 jer geram..Tu pun geram bersebab.. seba dok tahan karenah JOHN tuh.. asyik duk meow.. meow.. Nak tidur pun rasa terganggu. ehh bukan terganggu dah rasa macam terancam.. Ujang kadang2 pelik dengan makcik Zainung ni.... kenapa lah sayang sangat kat cucu dia?? Kenapa tak sayang kat anak dia yang sekor nih?? Adus.. tak per tak per... Makcik Zainung nak Ujang merayu ker?? Nah ambik makcik Zainung lagu Rayuanku dari Rohana Jalil Nie... ha.. ambik.. haa.. ambik.. nok nangis doh nih,... uwaa....

Rayuanku - Rohana Jalil Download

Aku insan yang lemah
Hanya mampu berserah
Ingin sekali bertemu
Untuk mencurah rindu

Masih tertanam kini
Hatimu di hatiku
Malam yang sepi begini
Gementar hati ini

Ingin kuhapus namamu
Tapi tak berupaya
Bilakah dapat bertemu
Dengarlah rayuanku

Hati bergetar (bergetar)
Jantung berdebar (berdebar)
Aku merindumu..
Setiap waktu.....


Namun Ujang rasa sia2 dengan lagu rayuanku ini.. kerana Shakira telah menawan hati makcik Zainung dengan lagu yang betul2 gampang.. Inul Darista.. di kocok- kocok.. sia-sia Ujang menaruh harapan... huwa.. ahh dah melalut-lalut nih.. tak di fikir dek akal. Hari ini tak banyak hal Ujang dengan makcik Zainung.. sebab makcik Zainung kurang sihat sedikit.. Ujang kasi MC kat makcik Zainung supaya hari ini tiada bebelan dan Ujang pula tak akan sakiti JOHN anak angkat makcik Zainung itu.. aman damai seberang Takir semalam muahaha....

Posted by Ujang_MD :: 4/04/2007 08:26:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.