"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Tuesday, June 26

DI BALIK AWAN

Semalam seperti ada sesuatu yang datang menyapa. Di saat perasaan ini melayang-layang dan rindu pada seseorang yang pernah singgah dalam kenangan. Tercari-cari dan tertanya-tanya dimanakah..disaat ini..!! Nostalgia yang tiba-tiba datang menjadikan rasa rindu menebal. Tak mungkin temui jawapan apa yang di cari, kerana pengalaman itu telah lama berlalu. Betul ke kata orang ' kalau kita asyik mengingati seseorang, seseorang itu juga sedang mengingati kita ..'
Namun adakah satu kebetulan, di saat hati rindu berkata-kata, ketika perasaan resah mengingati, tampil semula dengan kenyataan. Apakah masih mempunyai rasa rindu seikhlas dulu atau sekadar menyingkap untuk melepaskan resah dijiwa kerana kekesalan.

Di sebalik awan hitam yang berlabuh, kelihatan cahaya bulan suram terselindung. Mengapa bulan seperti merajuk. Merajukkah bulan..di saat pungguk mencari cahayanya, seperti bulan semakin jauh, dan di saat pungguk memanggil namanya...seperti bulan biarkan sahutannya. Mungkin bulan sedang berduka di saat langit kian kelam. Adakah bulan sedang merindui, resah meninggalkan detik kenangan..Bulan perlu melepaskan rindunya di awan lalu. Sedarkah bulan betapa setianya si pungguk padamu. Merajuk bulan pada pungguk yang setia, bertemanlah bulan pada bintang yang sudi..dan berkasih lah bulan pada langit yang biru..bila Ujang merajuk, panggil pun tak bersahut, caripun tak berjumpa..

Penghargaan itu satu harapan, biarpun bukan anugerah. Apa yang Ujang miliki sekarang, mungkin dari apa yang pernah dijejaki dulu. Apa yang diperolehi sekarang, mungkin dari apa yang pernah dirasai dulu. Untuk berhenti dan berpaling pada kenangan, menjadikan waktu dan impian dihadapan terlepas pandang. Mengapa masih berpaut pada kenangan, sedangkan impian boleh digapai... Ujang sering merenung detik berlalu, tanpa disedari ada detik yang membuat hati tersentuh. Detik tertinggal itu bukan dengan rela dilepaskan kerana di sana pernah wujud sesuatu yang indah. Detik itu pernah muncul satu kekuatan. Sometimes we never know what we got, until it arrives and leaves us.



Namun bila Ujang berpeluang menjejaki semula detik lalu, pasti ada impian yang tertangguh yang masih belum tertunai. Tak mungkin detik masa dapat mengembalikan semuanya. Jangan cuba melepaskan apa yang pernah digengam, jika itu membuat hati berduka, tapi belajar lah menerima dan menyimpannnya kerana ianya mutiara dari pengalaman hidup yang pernah dikutip. Kerana tidak semua yang Ujang kehendaki akan menjadi milik Ujang, tetapi belajarlah menerima apa yang dimiliki, biarpun bukan yang Ujang kehendaki...

Posted by Ujang_MD :: 6/26/2007 11:48:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.