"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, June 7

KOSONG


Sungguh, diri Ujang ini sebetulnya tidak pandai untuk berceloteh seperti teman-teman yang lain yang sememang sentiasa ceria dalam melakarkan kisah kehidupan seharian. Sebenarnya Ujang tumpang terhibur bila membaca coretan mereka di halaman masing-masing. Cukup menceriakan jiwa. Namun benak fikir ini kosong..
Benak yang kontang ternyata tidak dapat untuk memikirkan apa-apa buat beberapa waktu ini. Rasanya seakan seperti melayang. Terbang tanpa arah tujuan. Mengapung di awangan, tidak dapat kemana-mana. Buntu lagi. Terdiam sepi dalam mencari erti.

Dalam diam Ujang mencari erti pada sebuah kehidupan yang pasti.Dalam diam Ujang berteleku sepi mencari realiti sebuah mimpi.Dalam diam jua Ujang keliru lagi apakah diri masih di hargai. Dalam diam Ujang sandarkan harapan bahawa Ujang mampu bertahan menongkah cabaran. Dalam diam si bintang menyapa bagai membisikkan kata agar Ujang sentiasa bahagia. Dalam diam bulan turut berbisik mesra sambil memancar seri cahaya moga Ujang tenang sentiasa.
Dalam diam Ujang mensyukuri bahawa Ujang tidak keseorangan di sini. Ujang ada Makcik Zainung tapi nanti Ujang pasti sunyi jua bila berjauhan nanti.. Malas nak pikir tentang itu..Biarlah masa yang menentukannya.

Ya.. namun di sini jua ada kedamaian yang menyapa walau hanya di laman maya, laman usang yang tidak seberapa. Namun, begitu tenang rasa di jiwa dapat bersantai untuk terus membisik rasa sukma, dapat berbicara biarpun tanpa suara, dapat meluah rasa yang entah apa-apa..biar apapun orang menyangka.Sungguh! ada damai di sini.

Posted by Ujang_MD :: 6/07/2007 12:42:00 PM :: 2 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.