Sunday, June 10
JANGANLAH BERSEDIH
Ujang inginkan hari yang lebih cerah,tetapi Allah lebih tahu hakikatnya hujan perlu diturunkan. Ujang sering mahukan keseronokan, jauh sekali kesusahan,tetapi Allah lebih tahu kesusahan itu mengajar Ujang erti kehidupan. Ujang sering inginkan ketenangan, hakikatnya diri Ujang ini penuh dengan dosa dan kejahatan.Tetapi manusia seperti Ujang tak dapat lari dari kesilapan. Ujang tahu semua itu bukanlah satu hukuman,tetapi sebagai tanda kasih sayang agar Ujang lebih beriman..
Pastinya dalam hidup Ujang ini sering mahukan kebahgiaan, kegembiraan, senyuman, gelak ketawa.. jauh sekali kesedihan, kesepian, tangisan..Namun hakikatnya semua itu adalah nikmat dari Tuhan. Nikmat yang diberiNya untuk menguji hamba2Nya.Antara sabar dan syukur.. kedua2nya adalah pantulan iman seorang hamba yang taat dan redha padaNya. Kejayaan itu ujian,adakah Ujang bersyukur padaNya atau lupa pada pemberi kejayaan itu.. Kegagalan itu juga ujian..adakah Ujang sabar dan redha pada nikmat yang diberi oleh Pencipta Ujang yang tahu bahawa itulah yang terbaik buat Ujang di saat itu..Tahun ini, beberapa kali Ujang terjatuh dalam perjalanan perjuangan..
Alhamdulillah, syukur padaNya. Rebah Ujang, masih dibangunkan kembali olehNya. Kadang diri ini khuatir, andai Ujang rebah, Ujang tak mampu bangun lagi. Namun, janji Tuhan tetap pasti.. bahawa Allah akan menguji hambaNya sesuai dengan kemampuannya.Ya ALLAH, Bangunkan hambaMu ini andai diri ini terjatuh dalam perjalanan perjuangan..Hanya Engkau yang dapat memberi kekuatan padaku menghadapinya..Bila diri Ujang ini merasa lemah, hanya padaNya tempat pengaduan Ujang.. kerana DIA sebaik2 pengaduan, sebaik2 pengharapan..
Bertemu Makcik Zainung jua pengubat duka ini walau sekadar melihat wajah,sekadar mendengar suara..luka ini terubat jua.Mungkin inilah kekuatan sebuah kasih sayang yang ikhlas dari hati.Cintanya seorang anak itu ikhlas kepada ibu yang menjaga dirinya sejak dari kecil, dan cintanya ibu tanpa mengharap balasan kepada anak sepenuh hati, tanpa mengira paras rupa,harta dan lain-lain..Sesungguhnya inilah kekuatan kasih sayang yang dikurnia oleh Tuhan Pencipta dan Pemberi kasih sayang itu.. Allah swt..Doakan Ujang agar matlamat perjuangan Ujang ialah mencari redhaNya.. kerana akhirat itu tujuan yang pasti..
Posted by Ujang_MD ::
6/10/2007 10:42:00 AM ::
0 Comments:
Post a Comment