Di kesempatan ini UjangMD, Makcik Zainung dan Kak Mayang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya... Andai ada kesilapan harap di maafi kepada kawan-kawan Blogger dan pengunjung Blog Ujang. SELAMAT HARI RAYA!! Yippie.. balik Terengganu beraya Rumah Makcik Zainung!!!
Entah lah kali ini Ujang lakarkan entri bukan untuk diri Ujang tetapi buat seorang kakak yang sekarang amat bermakna buat diri Ujang. Buat kak Mayang.. andai dia mengerti apa yang Ujang lakarkan.. bukan untuk menghakimi tetapi sekadar mengingati.. Ingatlah kak...Cinta datang bukan bermaksud bermulanya satu kehidupan yang baru, tetapi ia datang untuk menceriakan lagi kehidupan yang sedia ada...
Akak mesti ingat juga...Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintai kita, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cinta kita kepadanya. Dan ada hal-hal yang sangat ingin kita dengar tetapi tidak akan pernah kita dengar dari orang yang kita harapkan untuk mengatakannya. ..
Menyatakan tidak perlu bersuara. Bersuara tidak perlu didengari. Didengari tidak perlu memahami. Memahami tidak perlu bersetuju. Bersetuju tidak perlu diterima. Diterima tidak bermaksud berjanji. Dan bila berjanji perlu di tepati dan tidak bermaksud untuk berubah... Ingat itu akak.. jadikan ia satu prinsip yang abadi!!
Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi...
Dalam melayari kehidupan, kita akan menyusur jalan-jalan dan menetap setiap langkah satu persatu. Andai langkah di angkat dengan lambat, bermakna lewatlah untuk sampai ke destinasinya. Namun kepayahan untuk mengatur setiap langkah, pasti sesekali kita menoleh ke belakang. Tak perlu terlalu lama menoleh detik langkah yang di tinggalkan, apa yang di tinggalkan sebelumnya..kerana perjalanan yang singkat ini, mungkin membuat kita terlewat untuk sampai ke matlamatnya...Lepaskan bebanan yang tidak sempurna untuk di pegang, teruskan mencari sesuatu yang tertanggunh selama ini..Hiasi setiap langkah kehadapan dengan penuh yakin, dan jangan sesali apa yang telah kita lalui sebelumnya kerana semua itu pengajaran yang mendewasakan...
Maaf kak andai Ujang terkasar bahasa... diri sekadar ingin berkongsi, diri ini juga sekadar ingin menemui apa yang di kaburi... Ampun sekali lagi!!
Posted by Ujang_MD ::
10/09/2007 09:40:00 PM ::
2 Comments: