"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Thursday, November 29

AKHIRNYA

Sekarang Terengganu asyik hujan. Monsun Cup dekat Pulau Duyong pulak dah start semalam.. jadi Jambatan Sultan Mahmud tu sibuk yang teramat lah.. hingga Ujang nak balik ke rumah pun makan masa hampir setengah jam. Jalan banyak di tutup kerana bagi laluan pada acara pembukaan Monsun Cup.. Mujur lah time tuh tak hujan.. Semasa nak sampai kat rumah Ujang dah tengok kelibat Makcik Zainung dari jauh.... Ujang dah cakap jangan buat keropok time musim tengkujuh ni.. tapi dia degil jugak.. tetap nak buat.. Kan dah susah nak keringkan keropok. Bila ujang nampak jer Mak dari jauh terus Ujang lalu ikut belakang rumah...Biasalah.. kalau lalu depan nanti.. nampak jer Ujang pasti ada kerja yang Ujang kena buat nanti..

Lagipun misi Ujang belum selesai lagi. Ujang mesti laksanakan dengan jayanya misi yang Ujang rancang ni. Ujang mesti mintak tolong dengan Shakira. Biarlah mengadap Shakira walaupun sekejap.. janji apa yang Ujang nak tercapai. Tak apalah... Ujang bagi kelonggaran untuknya hari ni.. dia bagi makan ISABEL kat dapur.. tak apalah.. untuk hari ini. Ujang mesti rasuk si Shakira nih.. Selalunya Shakira akan ikut apa yang Ujang katakan.. tau jer lah kan?? Kalau membantah. Rambutnya akan ku kerjakan..tengok lah!!

Ujang cakap perlahan-lahan dengan Shakira. Masa ni jer berkesempatan untuk Ujang bercakap dengan Shakira.. Kalau Makcik Zainung dah balik nanti... hancur berkecai harapan Ujang. Ujang bagi tahu Shakira suruh dia ajak Makcik Zainung pergi kerumahnya bila dia balik nanti. Tujuan Ujang?? Muahahha.. kawan Ujang nak datang rumah... Kita orang ada satu plan yang mana....hmmm. Ujang tahu plan nih boleh buatkan Makcik Zainung kena darah tinggi.. jadi lebih baik Ujang mintak tolong Shakira bawa Makcik Zainung pi balik rumah dia... Pandai-pandai lah si Shakira tu cakap yang mak dia tolong suruh jaga baby ker.. Kan??

Balik jer dari buat keropok.. terus Shakira cakap kat Mak... ujang diam seribu bahasa nih.. Buat-buat tidur... telinga mendengar nih.. Biasalah.. wang rasuah Ujang dah bagi pada Shakira... malah janji manis telah Ujang taburkan padanya.. bahawa Ujang akan beli sekor kucing jantan untuk gantikan JOHN pada ISABEL.. Hmmm yang nie terus terang Ujang cakap... JANJI SETAN. Muahaha!!

Kadang-kadang Ujang pelik dengan Makcik Zainung nih.. Dia pakai ilmu hitam kah?? Dia pakai ubat jampikah?? bela hantukah?? Ujang tahu semua tu takk.. tapi kan?? Dia macam tahu yang shakira ni berpakat dengan ujang... Ujang dengar kat telinga nih Mak cakap.."Pok Su mung hok suruh dok?? ".. Tapi Shakira nih mungkin ada mewarisi sedikit ilmu dari Ujang kut.. iaitu buat muka beruk.. haa... pikirlah korang muka beruk macam mana yer... hhahaha... Shakira tak cakap apa.. Cuma diam.. Pheww... mujurlah Makcik Zainung pi jugak akhirnya.. Yaahooooooooooooooo..

Ujang telefon member.. apa lagi.. cepat-cepat mereka datang... Buat apa?? Adalah kerja orang tua... apapun Ujang puas buat benda tuh... lantak korang nak pikir apapun... Im heppy!!!!!!!!!!!!

Posted by Ujang_MD :: 11/29/2007 11:13:00 AM :: 2 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.