Ketika tawa Ujang tertahan,ketika sejengkal hidup Ujang menyita derai, wahai hidup yang tak pernah mengecewakan, Ujang sangat memerlukan-Mu... Langkah Ujang terasa ngilu,namun ingin untuk berlari,hati Ujang tersapa luka,namun masih merindu. Ketika sabar ingin tertunai, ketika berat sering tak bersama. Bantu Ujang menyeka linangan ini... Hiburlah Ujang...
Ketika duka ingin Ujang tepis, ketika tegar mulai menipis,dimanakah jiwa Ujang?? Genggam hati Ujang, tenangkanlah Ujang, hiburlah Ujang, wahai yang Menguasai Hati... Beri Ujang kekuatan Ya Allah, beri Ujang keikhlasan dan kesabaran dalam menerima semua ketetapanMu amin.
Posted by Ujang_MD ::
3/31/2008 07:30:00 PM ::
0 Comments:
Dalam meniti liku-liku kehidupan ini, Ujang seringkali berasa kecewa. Kecewa kerana sesuatu yang terlepas dari genggaman tangan, keinginan yang tidak kesampaian, kenyataan yang tidak dapat diterima.. dan akhirnya ia mengakibatkan sesuatu yang mengganggu jiwa dan perasaan.
Hidup ini ibarat sebuah belantara. Tempat Ujang mengejar segala keinginan dan sememangnya manusia diciptakanNya mempunyai kehendak dan keinginan. Namun, tidak semua yang Ujang inginkan akan tercapai, tidak setiap yang Ujang idamkan mampu menjadi realiti. Dan, bukan sesuatu yang mudah untuk menyedari dan menerima kenyataan bahawa apa yang bukan menjadi milik Ujang tidak perlu Ujang tangisi. Ujang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum iaitu Ujang mesti berjaya, mesti bahagia atau yang lainnya.
Berapa ramai orang yang berjaya tetapi lupa bahawa segalanya adalah pemberian Allah yang Maha Pemurah sehingga kejayaan itu membuatnya sombong dan bertindak mengikut nafsunya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tenang dan sabar sedangkan dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak Ujang.
Apa yang memang menjadi hak Ujang di dunia, pasti akan Allah tunaikan. Namun apa yang memang bukan milik Ujang, ia tidak akan mungkin Ujang miliki, walaupun ia mungkin telah menghampiri Ujang, walaupun Ujang telah bermati-matian mengusahakannya. Seorang mukmin tidak akan bersedih ketika ditimpa musibah, malapetaka, dan sebagainya. Tetapi Ujang bersyukur kepada Allah dan menjadikan musibah itu sebagai peringatan dari Allah terhadap diri Ujang.
Oleh itu, bila Ujang merasa sedih ketika ditimpa musibah, maka Ujang bukan mukmin sejati. Sebab, apa pun musibah yang menimpa Ujang, selalu menguntungkan diri Ujang, sebagaimana sabda Rasulullah dalam sebuah hadis: “Sungguh menakjubkan! Urusan orang mukmin selalu menjadi hal yang menguntungkan bagi dirinya. Dan yang demikian itu hanyalah dialami oleh seorang mukmin.”
Maka, jangan Ujang tangisi apa yang bukan milik Ujang! Kerana, ia memang bukan milik Ujang! Maka, bersihkan hati ini, ikhlaslah.. redha dengan ketentuanNya. Kerana, Ujang ini adalah sebenar-benar hamba! Moga Ujang lebih kuat dan dekat kepadaNya.
Posted by Ujang_MD ::
3/30/2008 03:31:00 PM ::
0 Comments:
Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi keupayaan untuk membuka jalan... kembara insan mencari Tuhan .
Posted by Ujang_MD ::
3/28/2008 09:38:00 PM ::
0 Comments:
Sedih dengan perjalanan hidup yang terlalu menduga.. Kenapa jiwa kadang-kadang terlalu mudah pedih?? Kenapa hati kadang-kadang mudah merintih?? Ini lah ungkapan dari kak mayang untuk Ujang.. Di suruhnya Ujang postkan ayat-ayat ini.. tapi terdetik di hati Ujang di sebalik sms yang kak mayang hantar itu..Seakan kena jua dengan diri Ujang.. Mungkin sedikit sebanyak Ujang boleh mengolah.. tapi entah lah.. adakah Ujang hanya pandai bertutur tapi tak pandai melakukannya??
Akak..... Ujang minta maaf andai tersalah cakap melalui posting ini.. sekadar cuma meluah dan merasanya.. sama-sama kita kongsi.. sama-sama kita teladani.. Sebenarnya, sangat beruntung kak orang yang berada di tempat yang tinggi. Kerana ketinggian itu memungkinkan untuk melihat bagaimana manusia hidup, dengan sebenar-benar hidup. Macam Ujang ni kak, tingkat 4 ini dengan ruang legar di luar yang menghadap kepada laluan, pandangan Ujang cepat menuju ke arah sasaran selagi sasaran berada didepan selagi sasaran tidak perasan.
Sekali pandangan Ujang jatuh menimpa lelaki berjubah kelabu, berjalan dengan tangan kanan yang dihayun, tangan kiri memutar tasbih sambil bibir melazimi zikrulalh, tak dapat Ujang duga fikirannya. Namun jelas dia dengan lagaknya menggambarkan ketenangan. Betapa keriuhan manusia asing di sekitar, kebisingan kenderaan yang berlegar bukan penghalang buat insan berjiwa besar.
Matahari yang tadinya cerah mula kian suram, bukan malu kerana dipandang orang tapi akur dengan janji, esok kan datang lagi!Sedangkan matahari tahu jadual berangkatnya, lelaki yang comot oleha ralik dengan zikirnya, dan semua yang sedar,faham tugasnya, tapi Ujang masih lagi di tingkat ini. Ketinggian yang Ujang kecapi nikmat setajam pisau,akan menghiris apa saja yang ada di depan, yang dihiris akan terluka.
Mana lebih beruntung orang yang diberi pisau untuk menghiris ataupun orang yang tiada senjata dan tiada apa yang menjadi mangsa. Ingat kak kita sekarang berada di ketinggian yang sama pada pandangan orang! pada pandangan tuhan, tiada ruang untuk didiami kalau beginilah hidupnya.
Matahari tadi telah tiada, seolah-olah tak seronok dengan kalam Ujang. Ujang sendiri tak mahu tapi kelaziman Ujang untuk bercerita bila keliru. Keliru dengan kemahuan hati yang melampau, jauh mengatasi kemampuan diri yang belum terbukti. Akak.......untuk kembali turun ke bawah agak payah! Tapi payah lagi untuk kekal di tempat tinggi kerana tinggi itu perkiraan hati. Ingat kak musim di hati boleh kembang dan juga boleh mati.
Posted by Ujang_MD ::
3/27/2008 08:50:00 PM ::
0 Comments:
Lama Ujang tak update blog.. Fuhh Ujang lega. Selesai sudah exam.. sekarang boleh lah Ujang berpoya-poya sikit hehee... Ujang nak enjoy... muahaha. Rasa nak balik ganu jer.. huhu
Posted by Ujang_MD ::
3/26/2008 03:43:00 PM ::
0 Comments:
Ada orang cakap Ujang jahat semalam.. sebab apa tau?? sebab katanya Ujang tak patut hidup kat dunia nih... saper yang cakap?? Hmm budak sorang.. siapa dia?? Shakira.... sedih.. sangat nih..
Posted by Ujang_MD ::
3/23/2008 02:14:00 PM ::
0 Comments:
Yang paling jauh bukannya bintang,mentari mahupun rembulan. Tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali. Kelmarin yang luput mengukir sesalan. Yang ada hanya hari ini dan akan datang. Gunakan hari ini sebaik mungkin Ujang, kerana hari esok belum tentu akan jadi milik Ujang , sedangkan semalam telah pergi buat selamanya...
Posted by Ujang_MD ::
3/20/2008 02:28:00 PM ::
0 Comments:
Cepat pulak masa berlalu.. pantas sangat Ujang rasakan sekarang. Dalam Ujang mencari ketenangan di atas perbuatan yang Ujang lakarkan sendiri.. makin bertimbun masalah yang Ujang kena redahi.. Perkara yang paling penting.. Ujang kene berhadapan dengan Makcik Zainung.. itu agenda pertama Ujang.. Ujang harus bersedia dari sekarang. Ujang tahu mak akan kecewa dengan Ujang.. Harapan dari bonda pada anak Ujang rasakan akan hancur di sini..
Ujang harus hadapi dan tanggungi apa yang telah Ujang lakukan. Ujang mesti tabah dengan cacian orang nanti. Pasti.. itu pasti berlaku.. sekarang Ujang masih di awangan.. nanti bila Ujang dalam kesedaran?? Tuhan jer yang tahu... Sekarang Ujang cuma fikirkan Mak.. Mahu Ujang bagitahu pada mak sekarang.. tapi Ujang masih belum ada kekuatan untuk hadapi apa yang akan bakal terjadi pada hari yang mendatang.
Masa ini juga Ujang teringatkan kenangan lalu.. sungguh indah hidup ini.. kalau Ujang dapat seumur hidup kekal abadi alangkah indah.. tapi entahlah.. Ujang dah merewang..
Posted by Ujang_MD ::
3/18/2008 05:25:00 PM ::
0 Comments:
Makin gelisah diri Ujang nih.. makin hari makin tak tentu hala hidup Ujang.. Hari minggu banyak Ujang habiskan masa dengan membuat kerja.. Sajer Ujang tak nak fikirkan apa yang telah Ujang buat dulu.. hanya penyesalan akhirnya yang bertandan di hati Ujang ini. Ujang banyak habiskan masa dengan buat kerja-karja yang tak pernah Ujang buat selama ini.. Biarlah..
Ujang kadang-kadang tak mengerti dan tak faham apa yang sudah Ujang lalui sekarang.. Bukan Ujang tak pernah jumpa kaunselor.. banyak kali dah.. pakar kaunseling pun pernah Ujang jumpa.. tapi kenapa hati nih tak pernah juga nak berubah? yang di fikirkan hanya begatif dan negatif..
Ujang dah naik penat... Ujang lelah.. Ujang dah jadi orang yang kurang semangat sekarang.. pernah di hati nih terucap.. hidup dan mati sama sahaja.. Ujang dah malas nak fikir pasal hidup.. entah lah.. Ujang pun bingung..
Posted by Ujang_MD ::
3/17/2008 05:54:00 PM ::
0 Comments:
Bila Ujang tidur Ujang fikirkan apa yang telah Ujang lakukan 3 hari lepas.. Menghantui..Naik pening kepala Ujang fikirkan.. Ujang tahu Ujang bakal terima apa yang Ujang dah buat.. cuma tinggu masa dan ketika sahaja... Ujang amat takut.. tapi entah lah..sesekali Ujang fikirkan.. apa nak perlu Ujang takutkan?? Ujang dah buat... Ujang dah tahu apa musibah kalau Ujang buat.. jadi Ujang mesti terima walau pahit. Takutnya Ujang..
Yang Ujang kesalkan.. bila Ujang fikir tentang mak.. Harapan mak..Ujang rasa kesian sangat.. pasti suatu hari nanti harapan yang mak harapkan tidak kesampaian dari Ujang.. Masa akan tentukan.. setahun???2 Tahun?? Mungkin.. tapi pasti akan berlaku jua.. saat itu tiada siapa dapat bantu Ujang.. Ujang pasti keseorangan lagi..
Ujang nak telan memang pahit.. tapi..ujang kadang-kadang nak buat endah tak endah sajer.. tapi bila fikirkan mak.. terus Ujang jadi kenaling (berdebar-debar). Tuhan sahaja tahu..Ujang tak tahu reaksi mak nanti.. pasti kecewa lagi..Ujang tak nak mak sedih...
Posted by Ujang_MD ::
3/15/2008 05:19:00 PM ::
1 Comments:
Kenapa dua hari ni Ujang rasa menyesal sangat apa yang telah Ujang lakukan. Betul lah kata orang tua.. terlajak perahu boleh di undur.. terlajak perbuatan buruk padahnya. 2 hari lepas Ujang telah lakukan perkara yang tak sepatutnya Ujang tak patut buat.. memang salah.. memang berdosa besar.. Memang Ujang sesali apa yang telah Ujang lakukan. Tapi perkara tersebut Ujang telah buat.. nak menyesal pun rasa tak guna.
Entahlah.. bila Ujang pikirkan apa yang Ujang buat tuh.. Ujang teringat mak kat kampung. Wajah mak jer yang terbayang di mata Ujang kala ini. Dalam hati terdetik seribu penyesalan. Ujang menyesal..bila Ujang fikir rasa nak menangis pun ada.. Ujang cuba buat-buat lupa tapi perkara yang sama tetap menghantui jiwa Ujang ni.
Mak mesti sedih apa yang telah Ujang lakukan. Mak mesti bunuh diri kalau tahu apa yang telah Ujang buat tempoh hari. Yup... Ujang jauh dari mak.. mudah untuk Ujang buat apa sahaja yang termampu. Tiada halangan... tiada orang nampak apa yang telah Ujang lakukan.. Ohh Tuhan.. kenapa Ujang boleh buat perkara yang tak patut Ujang buat??
Penyesalan demi penyesalan sekarang.. Ujang 3hari ni memang tiada mood. Ujang tak tahu kenapa.. ?? Ujang sudah di beri didikan yang sempurna.. Ujang punyai akal fikiran yang waras.. tapi kenapa Ujang masih lakukan perkara tersebut.. ohh Tuhan berat dosa Ujang.. Ujang tahu akhir nanti Ujang pasti terima balasan... tunggu masa.
Posted by Ujang_MD ::
3/14/2008 09:09:00 PM ::
0 Comments:
Ujang sakit hati betul hari nih.. Sakit hati dekat jabatan Ujang nih.. Kenapa nak alihkan Ujang pada unit lain? Dah ok apa Ujang duduk unit yang sedia ada.. lagipun Ujang sekarang kan tengah sambung study.. Entah Ujang pening dengan sektor goverment nih.. Malas Ujang nak fikir sangat.. lantak dia lah.. dah nama pun kuli kan??
Satu lagi Ujang amat sakit hati dengan perangai Ujang yang suka sangat buat kerja tak elok.. opss.. nak malu apa kan? Ujang nak citer gak.. Kenapa lah Ujang kuat sangat buat ******?? Adoi.. pompuan duk diam.. jangan banyak cakap.. ni hal keje orang laki.. Kenapa yer?? Sehari tak buat tak senang.. kena kahwin dah ker?? adoi confuse confuse...
Posted by Ujang_MD ::
3/12/2008 05:29:00 PM ::
0 Comments:
Terima kasih lah Kak Mayang kerana sudi tolong Ujang walaupun sibuk dengan PTK.. Ujang tak tahu pulak.. ingatkan dia tak ada kerja... yer lah kan sekarang musim cuti sekolah. Kalau tak Ujang tak minta tolong dengan Kak Mayang.. Alhamdulillah.. kawangan Ujang makin ok... Yeo banyak membantu Ujang.. terima kasih banyak-banyak Yeo..
Mak pun dah ok.. Ujang call semalam nampaknya dia dah sihat sepenuhnya. Hmm esok result SPM tahu... Ujang nak tengok jer anak sedara Ujang si Shaeilla.. Kakak kepada Shakira dapat berapa.. tengok jer nanti.. Time exam malas nak mampus.. tak pernah Ujang tengok dia membaca.. tak padan dengan pompuan.. Baik Ujang lah sikit walaupun lelaki..hahaha... kangd ah bebel macam cik nung..
Mampus lah Ujang... mesti marah punya Kak Mayang.. Ujang dah janji nak bawa dia keropok... Ujang memang tak ingat.. huwaa...bawa keropok lekor jer.. tau la kan?? Keropok lekor sehari jer tahan.. nanti busuk.. aduss... macam mana nih.. kena suruh ciknung post nih.. hahaha.. nak cakap kat dalam sms takut.. tak per lah luah dalam blog.. nanti kak Mayang baca dia tahu lah tuh wakaka.. maaf yer kak.. hahaha..
Ujang sibuk dengan exam sekarang.. walaupun 5 subject Ujang ambill.. tapi semua 4jam credit.. mampus.. subject pulak killer-killer semua..Macam mana nak kekalkan pointer nih. Ujang dah mula rasa bosan dengan satu subjek nih..Dalam banyak2 subject.. subject Perundangan Kesihatan paling Ujang benci.. entah apa2 entah langsung Ujang tak faham... lantak lah..apapun kena buat gak.. huwaa.. walau benci pun.. adus..
Posted by Ujang_MD ::
3/11/2008 08:20:00 PM ::
0 Comments:
Hari ini sudah hilang sedikit kerinduan pada mak... tapi ujang di belenggu masalah kawangan pula pada bulan ini.. semua nak di bayar serentak. Matilah Ujang.. tak tahu pada siapa lagi Ujang nak minta tolong selain dari Yeo...Saman masih belum bayar.. perghh lagi nak bayar insurans.. nih duit belajar.. nak buat itu ini lagi.. banyak betul yang Ujang nak kena settle bulan ini.. pulak tu bulan ni bulan peperiksaa.. memang mampus Ujang..
Ujang nak mintak dengan mak banyak0banayk rasa segan pulak.. dengan kakak.. selalu bagi.. dengan abang.. mampus hidup semula Ujang tak mintak..Ujang memang memerlukan wang bulan ni.. adoi.. kalau dapat jual diri Ujang nih.. Ujang sanggup kut.. tapi persoalannya?? Laku ke Ujang?? Muahaha...Nak ke orang kat Ujang??? Muahaha.. gelak jer lah.
Biar masa jer lah menentukan.. Ujang malas nak pikir panjang...Lihat dan lihat... kalau pikirkan buat sakit kepala jer.. lantak lah.. nak jadi apapun... Ujang cuba berfikiran budak-budak kali nih.. chow
Posted by Ujang_MD ::
3/10/2008 05:08:00 PM ::
0 Comments:
Ujang dah mula rasa sunyi.. hari ini Ujang dah berada di Sungai Buloh Selangor. Entahlah.. perasaan rindu sudah mula menyebulungi diri. Masih terasa kepanasan pipi Makcik Zainung semasa Ujang mencium pipinya ketika mahu berangkat semalam. Mak masih demam.. Ujang risau akan kesihatan Mak.. tapi dalam keterpaksaan Ujang terpaksa pergi juga.. Berbelah bagi Ujang..
Di sini.. Ujang hanya keseorangan.. Kadangkala ada Kak Mayang menghiasi tabir kesunyian dengan kehadiran SMS.. tapi hati Ujang ada masa teringat mak di kampung.. Ujang pun tak faham dengan perasaan Ujang ni.. kenapa hati Ujang mudah sangat terguris?? kenapa mudah sangat Ujang merindui??? Ujang cuba sedaya upaya untuk menjadi tabah macam Mak.. tapi susah benar untuk berbuat demikian..
Malam ini.. Ujang kesunyian.. suara Mak Ujang sudah dengari.. Ujang tahu sekadar mendengar suara masih tidak cukup untuk menyembuhkan kerinduan.. tapi sekurang-kurangnya.. sedikit sebanyak Ujang dapat menghilangkan rasa rindu di dada..Masa pantas lah berlalu...Ujang mahu seperti dulu... seperti dulu..
Posted by Ujang_MD ::
3/09/2008 10:01:00 PM ::
0 Comments:
Esok malang Ujang nok balik doh ke sungai buloh... Nok kabo bui.. ciknung demang pulok doh.. baru mareng segor megor.. ari ning pulok demang lagi. Nih wak Ujang bimbang jer ning.Ujang maroh sokmo dia wak keje berat.. tapi degil gok.. nanti lebih2kata kurang ajor ngan orang tua pulok.. yer ahh Ujang ning banyok dose doh.. mayang bang kurang.. harap dapat pahala wak baik pada CikNung jer la..Harap ciknung sihat ahh esok.. kang dok leh ngundi pulok.
Cakap pasal ngundi.. Ujang dok sabor nok tunggu esok.. Ujang kena ngundi kat sekolah telok ketapang.. Parlimen Kuala Nerus dan Dun Seberang Takir.. cik nung pong sama gak.. tapi dia kat Sekolah seberang Takir..CikNung biasa ah.. memang orang kuat BN.. dia yang tukang ambik nama-nama orang yang mana nok dapat pitih free.. mana2 orang luar Terengganu hok nok balik ngundi..Kadang2 tabik spring gok cik nung ning..
Esok lepas ngundi..malam nya Ujang akan tolak balik ke Sungai Buloh..berat rasa hati ning.. tapi nok wak guane... kena pergi gok.. kali nih 2bulan lebih duk sana baru ahh Ujang balik semula ganu..Dok apa ahh.. jupe sokmo pong wat baloh jer. Shakira pulok selamat takdop..kalau dok paroh doh dia.. paling kurang pong daroh lubang idong jer..sebenarnya Ujang tak dok mood ning.. rasa nok suruh lambat jer masa jalang..esok nok balik huwaaaa
Posted by Ujang_MD ::
3/07/2008 04:17:00 PM ::
0 Comments:
Senang sikit hari ning.. dok ahh bimbang sangat..mujur ahh demam ciknung dok larat. Mapuh Ujang kalau ciknung larat demam. Dalam demang2 kemaring... buleh lagi ciknung baloh dengan Ujang.Sedih gok wase ang...kena maroh sokmo.... batu peler berambeer doh..kena maroh lagi.. nok wak gane...terima je ahh..
Ujang memang nok bunuh jer shakira mareng.. Ciknung sakit jer.. kalau dok memang bahang tanoh doh Shakira. Ada ke patut dia kata Poksu dia BODO... Sebagai pak sedare jatuh status Ujang.. yer dok?? Nok maki ker dia dokleh.. kang kata ajor mende jahat pulok ker anok dare.. biar maki dalang ni doh ahh... puas gok hati.. natang beruk.. ambik mung.. baru puah hati.
Ciknung demam..jadi Ujang kena masok ahh .. ikang semua ada doh.. cuma letak rempah jer.. Ujang dok tahu lah.. bakpe ahh kalau masok mesti masin sokmo..Ujang rasa sikit doh letak garamnya.. kalau letak sikit..tawar pulok..lebih kang masin pulok..nok ke takmboh Ujang kena pelahap gok.. kalau dok.. kang Ujang kekoh Shakira kang.. ye lah benci bebenor tengok muke dia..Kena belajor ngan Kak Jun gok ning...
Ujang itung hari doh ni... 2 hari je agi.. Ujang balik sungai buloh.. Malas pulok..kekgi ada ahh bak bak sentimental pulok.. sebelum gi..Shakira tuh memang kena dulu ngan Ujang.. tunggu ah
Posted by Ujang_MD ::
3/06/2008 03:11:00 PM ::
0 Comments:
Siang pulok ke Makcik nung hari ning.. demang... mujur buleh bangun lagi.. takut gok Ujang.. silap hari bulang bahang demang 4-5 nang hari gok.. susohnya Ujang gok kekgi. Ganu nih hujang je sokmo.. nok gi ngayap sikit pong dok leh. Ujang memang dok leh tengok CikNung masa dia sakit.. Ujang nih bukangnya jahat sangat..Kalau bab-bab sakit ning.. bukang nyer leh wat maing-maing.. Ujang malas ahh nok buat hal.. tau dok.. Ujang baru jer lepah masok ning.. nasi ngan goreng lauk ikang kering(masin). Cukup ahh boh Ujang ngang Shakira. Ciknung memang dok makang doh..
Memang best gok duk rumoh ning.. Makang minum dom payoh bimbang. Semua di tanggung.. tapi yang dok beh nyer Ujang payoh nok gi jalang... Memang ahh beh boleh gi pata.. tapi dok leh gok nok mandi.. ombok kuat.. kalau mandi gok kang leh bahang tanoh.
Dekat nok ngundi ning lagilah sibuk.. Kat rumoh Ujang nih... bergatung hayung bendera.. kat sini pas kuat sungguh.. sama naik ngan BN.. kat sini.. Pas gabung ngan Keadilan... Pas ambil parlimen.. Keadilan ambil bahagian Dun.. BN.. pulok.. Menteri Besor semua ambik muka-muka baru.. Macam mana nih.,.. huhuhu..
Posted by Ujang_MD ::
3/05/2008 02:31:00 PM ::
1 Comments:
Seronok ambe duk kat kampung nih.. jadi entery kali ning ambe takmboh tulis bahasa baku lah.. nok tulis bahasa ganu pulok.Ambe rasa takmboh balik doh kat selangor..mesti kekgi masa nok balik ambe rasa sedih. Ye ahh mana dok nyer... 4 hari ambe kat sining macang2 doh ambe wak dengan mokcik Zainung. Baloh dok soh kire ahh..makang nasi hok ciknung masok dok soh kire ahh 5-6 kali betor.
Malang baru je gi jalang wakaf Che Yeh ngan ciknung..Shakira maja tuh pong memang gi sekali ah..wak abih ke pitih jer ajok dia. Tolok pukul 3ptg nunggu Shakira balik koloh.. tolok gi kelatang pun doh lewat....lepah asor.. Nok ajok ciknung bukang nyer senang..payoh bukang maing lagi. Nok tinggal kepok dia bukangnya mudoh.
Memang ahh seronok gi dinung..tapi dok larat ikut cinung.. seme nok beli.... beras la..kain sarung bantal la.. yang bawoknya Ujang.,. takut ahh nok cakap nebeng sangat ngan ciknung.. sebab Ujang sendiri hok ajok dia.. Apapun Ujang seronok duk sining.. biar masa lambat gok sikit gerok..
Posted by Ujang_MD ::
3/04/2008 04:35:00 PM ::
0 Comments: