"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, February 3

DERITA

Derita ini.. belum lagi berakhir. Ujang sudah mahu berhenti berjuang, tapi Ujang masih meneruskannya. Jiwa Ujang ini sudah lama tercalar. Goresan calarnya tidak pernah berubah tempatnya. Ya, ia semakin dalam. Walau insan lain meratap akan derita mereka, Ujang tidak ingin buat begitu. Bukan kerana Ujang tabah. Bukan juga kerana Ujang penyabar. Tapi kerana Ujang mahu memburu syahid. Memang Ujang malu menatap persinggahan ini di saat-saat jiwa Ujang begini.. kerana ia seolah menidakkan sesuatu.

Ujang terhibur seketika dengan kehadiran teman-teman Ujang. Apabila terlihat airmata mereka, segera Ujang sedari, Ujang hanya membuka akan sebuah derita yang tidak pernah dapat Ujang sampaikan secara terbuka. Bukan Ujang tidak sudi berkongsi dengan korang. Tapi, apakah korang sudi? Berlapang dada tidak ada, apalagi berkorban untuk orang lain? Untuk berkorban, memerlukan perasaan merasai derita itu.

Saat Ujang menulis ini, Ujang terlalu derita. Maaf kerana membuka pekung di sini. Tidak ingin Ujang paparkan episod derita di sini. Namun Ujang tidak kuat. Ujang perlukan sedikit ruang di persinggahan Ujang ini. Sungguh Ujang tidak ingin merisaukan semua orang.. tapikan ini persinggahan Ujang? Derita ini tidak seberapa apabila Ujang mampu bangkit.. menjalani hidup seperti biasa. Ujang risau dengan diri Ujang kerana tidur tidak kira masa.

Posted by Ujang_MD :: 2/03/2008 10:48:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.