"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Monday, July 31

AMAZING LOVES AND HOPES!!

Konsert AF4 (Konsert Kesembilan 9) Dah Updated!!!

Untuk Cik Nana kiter..!! Selamat Mendengar!!

Entah mengapa semenjak tak berjumpa dengan Sal dalam masa 2 minggu ini.. terasa kerinduan membuak2!! Mungkin perasaan ujang cuma yang terlalu mengikut perasaan.. Tapi perasaan mana boleh di bohongi apatah lagi di sakiti kan? Hmm apapun i missed u sayang!! Dah blurr otak.. hmm "bagai pungguk rindukan bulan huhu"

Bingkisan rindu dan perasaan sedih menghiasi diriku.
Hari demi hari, memikirkan apakah salah ku.
Ketibaan Rejab yang mulia menjadi renunganku.
Soalan dihati masih dibiarkan begitu.
Seperti musafir yang berjalan menuju ke arah yang sebenarnya tiada, ku menyingkap masa-masa lalu yang bahagia.
Dikala itu ruang hidupku diisi dengan penuh kegembiraan.
Ucapan mesra dan sentuhan kasihmu selalu membuat ku girang.
Tawa dan juga manjamu menjadi satu pegangan untuk diriku selalu.
Kasih sayang dan cinta dari ku masih untukmu sayang...
Percayalah, aku sentiasa menyintaimu.
Tidak sedikit pun cinta yang luhur ini hilang kerana ia amat perit untuk ku melepaskan dirimu yang selalu mempersembahkan perasaan sebegitu padaku....
Ku harap kau mengerti sayang.
Bahawasanya aku insan yang lemah,
Mempunyai perasaan juga.
Disini aku meminta maaf ikhlas dari lubuk hatiku yang punah.
Janganlah dikau tinggalkan diriku ini.
Kerana dikaulah sahaja peganggan hati ku.
I love u Sayang!!!

Posted by Ujang_MD :: 7/31/2006 10:07:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, July 30

TERHARU !!


Posted by Ujang_MD :: 7/30/2006 05:03:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment

BILA KU RINDU PADAMU!!

Sayang,
Pada saat dan ketika abg catatkan bicara hati ini, ketahuilah olehmu bahawa abg dalam keadaan nazak rindu padamu. Sejak abg bersamamu, abg sentiasa diselubungi bahagia walaupun kerinduannya datang menerjah tembok kesabaran hati. Sungguh abg katakan bahawa cintamu sayang buat abg rasa disayangi. Walau abg tidak pasti bagaimana kesudahan kisah cinta kita, namun abg sentiasa berdoa agar kesudahannya dapat membahagiakan kita dunia dan akhirat. Kita telah bina dasar cinta kita atas perjuangan yang kukuh. Pertemuan yang ditakdirkan tuhan telah membuahkan rasa cinta dan kasih yang kukuh di hati.

Sayang,
Terlalu berat untuk abg lepaskan dirimu untuk berjauhan dariku. Bagaimanakah akan abg hadapinya sedangkan rindu ini tidak pernah kurang apatah lagi padam walaupun dirimu berada di hadapan mataku, di sisiku.

Sayang,
Setiap detik waktu yang bersisa, wajahmu sentiasa hadir dan berbicara denganku. Walaupun hanya sanubari dan jiwa abg yang dapat melihat wajahmu, namun abg tetap rasakan kemanisan pertemuan rahsia itu.

Sayang,
Tiada satu pun perumpamaan yang dapat abg ungkapkan bagi menggambarkan bagaimana perasaan abg pada saat ini. Hanya orang yang merindui sahaja yang dapat mengerti betapa merananya abg apabila bunga rindu berputik di tangkai kasih ini.

Sayang,
Abg sentiasa berharap, tembok kesabaran abg tetap kukuh sementara menanti kepulanganmu kepangkuanku. Abg berdoa agar ia tidak akan goyah dilanda ombak rindu. Pada pertemuan yang akan kita ciptakan nanti, ingin sekali abg menatap wajah mu, mendengar bicaramu yang bisa menenangkan jiwaku yang kelemasan ini. Semoga tuhan akan memberkati harapan kita ini.

Sayang..........abg merinduimu.............

Posted by Ujang_MD :: 7/30/2006 09:57:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Saturday, July 29

KU MOHON!!

For You Rakuten!! Happy Listening!!! Ehsan_SaL!!
For You Ariff!! Selamat Mendengar!!

Semalam Ujang bergaduh dengan mak..Perkara remeh-temeh jer tapi biasalah kalau dah berlawan mulut nie.. jadi besar jugak lama-kelamaannya!! Begini cerita.. Ujang harapkan hari jumaat dan sabtu jer nak rehat. Hari lain sure keje. Kalau di fikir rasanya salah Ujang.. bila mak mintak tolong pi lah tolong nie tak..menolak.. dah apalagi orang tua tuh mengamuk sakanlah!! Habis perkara2 yang lepas dia ungkit.. Kadang2 buat ujang bengang!! Ujang malas nak panjang2 kan pergaduhan nie.. sebab abg long ada .. silap hari bulan ujang yang kene flying kick ngan abg long..!!! Tak ada arah.. mungkin ada sedikit terluka di hati ujang nie.. bila mak cakap macam tuh.. tapi ujang pikir ujang sebagai anak patut tahu jugak kan.. isi hati ibu!! Berkaca jugak mata mak tadi.. Oh.. berdosakah ujang?? Teringat ujang satu cerita.. sama2 lah kita kongsi!!

Ibu, kenapa menangis?? tanya seorang anak kepada ibunya. Ketika itu si ibu sedang menyuap makanan ke mulut si anak.
Kerana ibu seorang wanita, jawab si ibu sambil mengesat air matanya.
Apa maksud ibu?? si anak bertanya lagi....
Ibunya cuma tersenyum sedang air mata masih merembas, membasahi pipi. Di peluk anaknya erat-erat, lalu berkata: Anakku kau memang tak kan faham......
Kemudian anak itu bertanya pula kepada ayahnya.... Ayah kenapa ibu mudah menangis??
Semua wanita memang macam tu, mudah menangis, hanya itu jawapan yang mampu di berikan oleh ayahnya.
Masa berlalu.. si anak membesar dan menjadi lelaki dewasa, namun dia masih lagi tertanya-tanya, mengapa wanita mudah menangis?? Sampai waktunya si ibu di panggil pulang kerahmatullah. Kerinduan yang amat sangat menyebabkan si anak terbawa-bawa rasa rindunya itu kedalam mimpi.
Di dalam mimpi itu, si ibu memimpin tangan si anak sambil berkata: Anak ku.... Allah telah ciptakan wanita sangat istimewa. Di jadikan-Nya bahu wanita itu cukup kuat agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Namun ia juga cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang nyenyak.

Allah berikan wanita kekuatan untuk melahir dan mengeluarkan bayi daripada rahimnya walaupun kerap kali ia menerima cercaan daripada si anak. Keperkasaan itu juga membuatkan wanita tetap bertahan, pantang menyerah walaupun ketika orang lain sudah berputus asa.
Kepada wanita juga Allah berikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah.
Ingatlah anakku, dalam hati setiap wanita itu, Allah telah tetapkan perasaan kasih sayang dan peka untuk mencintai semua anaknya tanpa mengira keadaan atau paras rupa. Walaupun acap kali anak-anak melukai perasaan dan hatinya.
Allah juga memberikan wanita suatu kekuatan luar biasa untuknya membimbing suami melalui saat-saat genting dan sulit serta menjadi pelindung walaupun sepatutnya dialah yang harus di lindungi.
Kemudian Allah berikan wanita kebijaksanaan, ketabahan serta kelembutan untuk menangkis segala keburukan suami. Walau seringkali ia akan menguji setiap kesetiaannya kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan menyayangi.
Dan anakku, air mata adalah permata paling berharga yang Allah kurniakan kepada setiap wanita supaya dia boleh mencurahkan perasaan suka dan dukanya.
Jika kamu fikir air mata adalah kelemahan wanita, tenyata kamu silap. Air mata adalah kekuatan wanita, di situlah perasaannya berderai, duka , gembira, bahagia, sengsara malah cintanya terungkap melalui air mata.
Air mata wanita adalah air mata kehidupan, tiba-tiba si anak terjaga. Barulah dia sedar betapa teguh dan kuatnya seorang wanita.

Hmmm maafkan ujang mak.. im so sorry!!! sedihnya!!!

Posted by Ujang_MD :: 7/29/2006 09:57:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Thursday, July 27

Lirik lagu untuk Siti & her Hubby

First time Sal dengar, terus ketawa terbahak2..muahahhaha.....Kelakar gile...

Prelude (bunyi guitar) :
Sebuah gubahan lagu yang digubah untuk melahirkan perasaan seorang orang-orang bujang yang meminati Siti Nurhaliza bukan saja di Malaysia malah di Singapura, Brunei, Kemboja, Laos dan juga mana2. Mungkin sampai ke Jepun. Perkahwinan Dato K dan juga Siti Nurhaliza...untuk kamu berdua kami gubahkan lagu ini. Terimalah...

Lagu :
(Oh yee...ohh ye ye)
Bila Siti jauh aku rasa rindu hey,
Kalau dia kawin aku taknak datang seh,
Kerna dia kawin dengan Dato K,
Dato K K K K K.

(Dato K)
Kau nak kawin dengan Siti,
(Dato K)
Kau dah potong jalan kami,
(Dato K)
Ini tak boleh jadi,
(Dato K)
Kau memang tak sedar diri.

Dulu Siti kata tak kisah siapa laki,
Asalkan dia seorang yang baik hati,
Tapi Siti sekarang sudah mungkir janji,
Kawin dengan Dato,
Duda pulak tu lagi....

(Dato K)
Kawin dengan Siti,
(Dato K)
Kau dah potong jalan kami,
(Dato K)
Ini tak boleh jadi...

Walaupun kau telah menghancurkan hatiku,
Aku kan tetap meminatimu,
Walaupun sudah tiga dagu,

(Aku belum siap lirik yang ini punya)...

Ucapan :
Walaupun begitu, kami mengucapkan Selamat Pengantin Baru bagi Siti NUrhaliza dan juga Dato K. Semoga mahligai yang dibina, majlis yang akan berlangsung di KLCC, yang memakan belanja RM500,000 akan berkekalan, tidak seperti Yusri dan Erra yang sedang memikirkan untuk mendapatkan perceraian setelah majlis yang menelan belanja beribu2 juta ringgit Malaysia. Bukanlah lebih baik didermakan kepada anak-anak yatim dan juga anak-anak yang kurang upaya. Tapi takpe, begitulah dunia artis yang penuh dengan pembaziran dan penipuan...


Muahahahhahaha [Sal ketawa]....

Posted by Ujang_MD :: 7/27/2006 07:26:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment

MACAM-MACAM!! HUHUHU!!!

For You Cik Nana hehehehe!! Happy Listening!!!
Ramai yang mintak Lagu Nie!!! Happy Listening!!!
Lagu Khas Buat CT Dan Datuk K!! Selamat Pengantin Baru!!
Semalam Din datang kat rumah Ujang.. dekat nok maghrib doh agaknya!! Di tangannya ada gambar... entah gmbar apa entah.. dari kejauhan dah nampok muka Din tersenyum girang!! Apa ke hal ngan Din nie.. angau ke senyum sorang2!! Tanpa banyak cakap Din bagi kat ujang gambar2 yang di pegangnya!! Terkejut beruk jugak.. seakan kenal jer raut wajah ini.. Fullamak.. den kene ambil gambar curi.. Celaka Din.. barulah ujang teringat..Kisah nie kisah lama dah.. hampir beberapa bulan.. mungkin Din baru cuci gambar ini kut!! Time tuh ujang duk melepak kat rumah sewa member ujang ... Wan namanya!! Ramai jugaklah yang duk melepak kat rumah Wan nie.. Nazrie ada .. Mie ada.. cakap kat korang pun tak kn korang klenal kan?? Lagipun muka blur dia orang semua ujang gelapkan wakakaa!!! Banyak gambar yang Din ambil.. tapi ini sajer yang elok kut untuk ujang paparkan.. Yang lain.. tak tergamak ujang.. Buruk... HANCUR!!


Nie gambar Nazri ngan Mie... Mungkin Nazri tahu kut Din nak ambil gambar dia.. Mie pulok tengah kusyuk main games kat PC!! Huhu!!


Nie Ujang tengah tdo.. celaka Din leh lagi dia snap pic ujang!! Time rambut panjang hehehe!! Hudoh siot!!


Nie Mamat.. fuh mimpi apa tuh.. perghh seksa!!! Yang berbungkus tuh.. seingat uujang .. Nazri kut.. sebab kerusi tuh memang hak milik dia punya ehehe!!


Yang nie pun ujang tak sedar time bila Din ambik fuh!!!


Ini hafiz...huhu rindu kat dia.. dah 2 bulan pi Penang keje kat sana!!


Haa.. Mie dah tunjuk belang.. di bukanya baju.. amacam kawan2???


Ini Tuan punya rumah sewa.. wah.. macam anak dara sunti pulaknya Wan nie!!

Inilah.. anak2 angkat Wan... ramaikan..?? Jangan tak caya.. Wan bagi makang ikang jer tau anak2 angkat dia nie tau.. waa respect la kat lu Wan.. sayang pada binatang!! ehhe!!! Chow!!

Posted by Ujang_MD :: 7/27/2006 10:22:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment

Wednesday, July 26

IMPIAN MENJADI REALITI.. TERENGGANU LENING!! (SEKARANG)

Hari nie ujang nak cakap pasal kemajuan dan pembangunan pesat kat negeri kelahiran ujang.. mana lagi kalau tak Terengganu Darul Iman!! Pemerintahan Umno kembali banyak membawa kepada kemajuan yang pesat bagi semua Daerah tidak kiralah di bandar ataupun pedalaman!! Hasil kepimpinan Idris Jusoh..banyak membantu Terengganu menjadi salah satu negeri yang berkembang pesat pada abad ini.. Ujang tidak bercakap kosong!!! Bila impin rakyat Terengganu menjadi relaliti!! Bila rakyat mula sedar akan kepimpinan Idris Jusoh yang begitu semangat dalam memajukan Negeri Terengganu di mata dunia!! Insya-Allah.. Dan ujang sebagai anak jati negeri Terengganu juga merasai kelainan Terengganu sekarang yang dulunya malap.. sekarang berwarna-warni terang!! Contohnya.. bila Upacara pecah tanah projek yang bakal menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri Terengganu yang telah di sempurnakan pada 26 November 2004 di Tebing Sungai Telemong!! Projek pembinaan lebuh raya yang di anggarkan bernilai RM1.3 bilion itu di jangka siap sepenuhnya pada 2008. Sehingga ini kerja-kerja pembersihan kawasan pembinaan sedang giat di lakukan. Mungkin lah.. apabila projek itu siap kelak, perjalanan Dari Terengganu ke Kuala Lumpur hanya memakn masa kira-kira 4Jam berbanding 6jam hingga 7jam sekarang ini!! Ehh, ada lagi..ini pula sebuah projek bangunan terminal berkonsepkan istana lama terengganu bagi menggambarkan budaya dan warisan negeri ini sedang dalam pembinaan dan di jangka siap tahun depan. Setelah projek pembesaran lapangan terbang ini siap, pesawat besar seperti Being 747 dan Airbus A340 boleh mendarat di sini. Projek ini juga bakal membolehkannya di naiktaraf menjadi lapangan terbang Antarabangsa untuk penerbangan terus ke luar negara. Ini satu lagi projek yang menjadi satu lagi kebangaan rakyat Terengganu.. apabila Stadium negeri baru yang sedang dalam pembinaan mampu memuatkan 40,000 penonton dan merupakan salah satu langkah Kerajaan Negeri meningkatkan mutu sukan di negeri ini. Stadium baru ini juga bakal menjadi lokasi utama Sukan Malaysia (Sukma) 2008 di mana Terengganu dipilih sebagai tuan rumah temasya sukan terbesar negara. Sehingga ini prestasi pembinaan stadium itu sudah melebihi 15 peratus.Ada lagi Tuan/Puan.. sebuah Masjid Hadhari di bina. Rekabentuk masjid bernilai RM8 juta itu menggabungkan senibina Islam yang unggul dari Cordoba dan Alhambra di Sepanyol. Masjid yang berkonsepkan komuniti itu juga bakal menempatkan Dewan Solat Utama, Dewan Serbaguna, Kelas Fardhu Ain, Banguna Musafir, Tempat Memasak Bagi Program Gotorng-Royong, Bilik ICT, Pusat Tuisyen dan Gerai-Gerai termasuk Warung Teh Tarik. Masjid yang mempunyai lima kubah pada banguan utama itu mampu memuatkan lebih 2000 Jemaah dan menjadi mercu tanda Bandar Jertih. Rekabentuk masjid ini mengambilkira ciri-ciri penting Masjid Nabawi, melambangkan permulaan tamadun Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad. Pasal sukan pulok... Apabila Kejohanan Perahu Layar Dunia yang di adakan di Pulau Duyong(tanah tumpahnya darah Jat Tenuk) pada Disember lalu telah melonjak nama Negeri Terengganu di mata dunia. Komitmen kerajaan negeri sebagai tuan rumah begitu terserlah dan pelbagai lapisan rakyat termasukpeniaga kecil, pengusaha kraftangan, penjaja dan pengusaha restoran dan chalet mendapat manfaat daripada kebanjiran pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu Kejohanan Menunggang Lasak Dunia akan di adakan. Terengganu bakal mencatat sejarah apabila Jawatan Kuasa Kerja Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) yang bersidang di Perancis baru-baru ini memilih Lembah Bidong, Merang sebagai tempat berlangsungnya kejonanan menunggang lasak dunia pada 2008. Keputusan tersebut sekaligus teleh mengenepikan tawaran dari beberapa buah negara terkemuka seperti Portugal, Belgium dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan tersebut. Kejohanan menunggang lasak dunia ini di anggap sama taraf dengan perlumbaan F1. Ada lagi.. Kapas Marang Swimathon Antarabangsa 2005 membabitkan penyertaan 12 negara termasuk Brunie, Jepun, Hong Kong, Amerika Syarikat, Singapura dan United Kingdom. Setamai 126 perserta beradu tenaga merempuh cabaran sejauh 6.5 kilometer untuk merebut hadiah sebanyak RM35, 200. Sebuah Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) di bina. Menggunakan pendekatan Sekolah Perniagaan Harvard (Harvard Business School) untuk bersaing di peringkat global. Di bina di Teluk Kalong, Kemaman. Kerja-kerja fizikal di tapak sedang di jalankan. Selain itu, Pusat Bahasa Terengganu di Kolej Seri Iman, Kuala terengganu yang di wujudkan dengan kadar kos RM1.2 juta bagi membina dan membeli peralatan bertujuan memastikan rakyat mengusai bahasa asing yang juga bahasa perantaraan global terutama Bahasa Inggeris, Arab, Mandarin, Italy Dan Perancis.Sistem Pajak Gadai Islam pulak di bina. Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT) dan Muasssah Ar-Rahnu di wujudkan di negeri Terengganu bagi membantu masyarakat Islam yang menghadapi masalah kewangan membuat gadaian dan mengelak membuat pinjaman dari ceti haram. Sebanyak 5 MGIT sudah di tubuhkan di empat daerah termasuk di Kuala terengganu, Besut, Kemaman dan Hulu Terengganu untuk tujuan ini. Berbeza dengan pajak gadai konvesional, MGIT dan Ar-Rahnu di tubuhkan berasaskan kehendak syariah bagi membesakan masyarakat daripada sistem riba yang bercanggah dengan hukum islam.Huhu.. lengoh dah menaip wassalam.. Hidup Terengganu Kiter!!

Posted by Ujang_MD :: 7/26/2006 12:04:00 PM :: 3 Comments:

Post a Comment

KEPADA ALLAH KITA KEMBALI

Al-Fatihah

Buat Allahyarhamah Tunku Puteri Kamariah Sultan Abu Bakar (24 Julai 2006)
& Allahyarham Hani Mohsein (25 Julai 2006)

Photobucket - Video and Image Hosting

Kedua-duanya pergi secara mengejut. Tunku Puteri dibunuh oleh anaknya sendiri yang berada dibawah pengaruh dadah semasa sedang berehat di rumah. "Sesuatu yang tak perlu berlaku", titah Sultan Pahang sambil mengesat airmatanya.... Yup, setelah berjaya menempuh pelbagai cabaran dan dugaan hidup selama lebih setengah abad, akhirnya Tunku Puteri meninggal di dalam tangan anakandanya sendiri. Antara kata2 terakhir Tunku Puteri sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir....."Belajarlah agama......".....

Manakala Hani pula pergi mengadap Ilahi tatkala dirinya sedang ceria ingin pergi bercuti bersama dengan anaknya dengan menaiki kapalterbang di LCC, Sepang. Perginya Hani dalam usia yang amat muda dan masih aktif....

Benarlah kata Allah, "kematian itu pasti akan menjelma...ianya tidak akan tiba dengan cepat walaupun sesaat dan tidak pula lambat walaupun sesaat"...

Di mana2 saja & bila2 masa saja, kematian itu pasti akan mengikut kita.....

Al-Fatihah untuk mereka pada hari ini. Dan Al-Fatihah untuk kita pada hari.........


Posted by Ujang_MD :: 7/26/2006 12:37:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Tuesday, July 25

ADVISED!!!

Assalamualaikum wbt... semua!!!
Entahlah tak tahu dah ujang apa yang nok di tulis!! Dah blank doh kepale otak!! K lah ujang nak merapu sket!! Ok lah Tuan/Puan.. dalam ruangan pembuka bicara ujang pada kali ini ujang nak membicarakan tentang satu perkara.. Haa... teringatkan pun satu topik!! Ujang nak tanya nie, adakah korang seorang yang suka terburu-buru atau tergesa-gesa ketika melakukan sesuatu pekerjaan atau urusan??
Baguslah andaikata jawapan korang tidak dan tak baguslah kalau jawapannya Ya!! Terburu-buru nie kalau cakap orang putih la disebut "rushing". Bunyinya dekat-dekat pulak dengan satu lagi perkataan Inggeris iaitu "dashing". Walaupun maksudnya seakan-akan macam nak sama (meluru atau menerpa) hakikatnya ia memang tak sama, lagipun "dashing" itu macam nama bedak lah pulok. Ahh.. merapu.. berbalik pada tajuk asal kita tadi, "rushing" atau terburu-buru ini mungkin boleh berlaku dalam dua keadaan.
Pertama, dalam keadaan yang tidak di undang (macam lagu gerimis mengundang tuh wakaka) dan yang kedua, yang sengaja kita undang. Maksud yang pertama itu, kita terburu-buru secara tidak sengaja dan bukan kita penyebabnya sebaliknya ia di sebabkan oleh sesuatu keadaan. Yang kedua pulak, terburu-buru yang memang di sebabkan oleh skipa atau kebiasaan kita sendiri. Nak lebih jelas lagi macam nie lah ye! Yang pertama tu contohnya..(Oppss maaf sayang.. gunakan sayang sebagai contoh wakakaa).
Oklah contohnya, Sal memang sentiasa bangun pagi awal untuk ke tempat kerja tetapi di sebabkan suatu hari tu kenderaan Sal meragam, Sal jadi terburu-buru untuk sampai ke pejabat supaya tidak terlambat. Kes kedua pulak, Sal memang seorang yang gemar bertangguh-tangguh dan sentiasa lambat dalam sebarang pekerjaan. Jadi tidak hairanlah Sal sentiasa terburu-buru untuk ketempat kerja kerana selalu bangun lewat, bukan sekali-sekala tetapi hampir setiap hari kerana habit atau habitatnya itu..
Opsss dah terlebih pulok.. maaf ekk sayang eheehe!! So di sini dapat ujang buat kesimpulan, biar apapun penyebabnya (seperti dalam kes 1) kita tidaklah harus menjadikan sifat atau sikap terburu-buru ini menguasai diri biarpun sekali-sekala atau dua kali dua kala ehehe! Orang putih pun ada berpesan agar kita sentiasa slow and steady.
Tapi bukan slow tapi tak pernah nak ready ehehe!!! Dalam agama juga (huwaa dah babitkan agama pulok uwaaa) ada menerangkan tentang peri keburukan sikap terburu-buru ini. Yelah, kalau dah terburu-buru di jalan tu (sebagai contoh) silap-silap bukan lampu kuning jer yang boleh kita langgar malah lampu merah juga boleh kita langgar jugak dan seterusnya mungkin boleh mengakibatkan kenderaan atau orang awam pulak kita sondol sama ehhee!
Dari segi kesihatan pulak(uwaa ujang bukan doktor ehhee) terburu-buru boleh mengakibatkan kita menjadi tertekan dan efeknya pula boleh mempengaruhi jantung kita yang mungkin berpam kencang pulok jadinya!! Senang citer, terburu-buru sebenarnya bolehlah ujang kaitkan dengan pengurusan masa biarpun puncanya bukan seratus -peratus dari faktor tersebut. Tentu terburu-buru boleh di kaitkan jugak dengan ungkapan "mengejar masa" kan kan betul tak??.
Sebenarnya masa tak perlulah kita kejar kerana ia tetap akan berjalan biarpun kita kejar. yang perlu kita lakukan ialah mengisi perjalanan masa itu dengan sebaik-baiknya supaya kita tak perlu terkejar-kejar lagi. Yang baik jadilah macam ujang, tetap tenang dan relaks biarpun datang kedaaan menekan wakkaa.. poyolah ayat!!
Sebenarnya ujang pun macam nak terburu-buru jugak menyiapkan sesuatu kerja tapi mujurlah ujang tarik nafas tujuh kali dan tujuh kali lagi sambil menaip tenang sambil cuba mengusir unsur terburu-buru yang cuba memburu nafsu ujang (itu yang orang gelar terburu nafsu ehhee). Mujur ujang berjaya mengawal keadaan seterusnya memburu semula ketapatan masa ujang ehehe.. chewahh berlagak!! Buat korang semua lah, tak usah terburu-buru dalam apa jua perkara yer!! Sehingga itu sekian dan wasaalam ehehe!!

P/s:: Sayang sebab tuh abg tanya sayang semalam pasal date tuh.. sebab tak nak terburu-buru lah!! ehehee.. so faham kan?? Sebelum kene buru lebih kita yang memburu.. tapi ingat jangan terburu-buru eheheheh!! choww!!

Posted by Ujang_MD :: 7/25/2006 10:29:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Monday, July 24

FIRASAT JER!!

Konsert AF4 (Konsert KeLapan (8))Dah Updated!!! Harap Maklum!!!
Pernah tak korang orang banding kan sifat manusia mengikut unsur alam?? Hmm Kalau gaduh dengan Sal selalu inilah yang sal ungkitkan.."Abg tuh bla bla bla Sal plk bla bla bla" hehehe!! Yup.. kekadang bila di fikir benda nie ada logiknya jugak!! Unsur atau elemen tanah, air, angin dan api bukan sekadar mempengaruhi alam ini tetapi juga dalam diri manusia.(hmm terutama sekali Sal.. ehehe).
Pernah ujang dengar lah. elemen2 seperti ini di ambil kira khususnya dalam adat lama untuk menentukan kesesuaian jodoh sebelum berumah tangga.(Skemanya ayat ujang. hehe try cuba penggunaan bahasa melayu yang betul). Dengan berdasarkan huruf (Arab) pada pangkal nama, korang boleh menentukan unsur atau elemen yang kita naungi dan menyatukannya dengan bakal isteri atau suami. Sama ada korang percaya atau tidak "TEPUK DADA TANYALAH SELERA WAKAKAA)
D
i sini Ujang try sendiri buat perbandingan bagi diri ujang lah.. jangan korang samakan dengan yang korang pulak ambik kertas try selidik sendiri wokey??? Haa!!!


Mengikut perkiraan unsur ini:::
Anak (1) Sulung : TANAH
Anak (2) Tengah : AIR
Anak (3) : API
Anak (4) : ANGIN
DAN SETERUSNYA............



Contoh 1:: LELAKI TANAH PEREMPUAN AIR
Ujang rasa saling memahami dan aman damai. Lelaki pulak sure takkan curang pada pasangannya dan pompuan pulak taat sangat! Kalau bertengkar pun saling mengalah walaupun benar!


Contoh 2: LELAKI TANAH PEREMPUAN API
Kasih sayang yang korang pupuk tak berapa nak menjadi. Pompuan selalu mahu menang bila bertengkar dan Lelaki pulak susah nak menang akibat kene queen Control wakaka!!


Contoh 3:: LELAKI TANAH PEREMPUAN ANGIN
Kurang stabil dan mudah bergoncang tapi cepat tenang.(Ala korang bukan tak tahu kalau angin kan?? eheh dah lumrah huhuhuu). Pompuan tak curang dan suami pulak sentiasa taat. Kalau korang bercerai kahwin lagi wakakaa.


Contoh 4:: LELAKI TANAH PEREMPUAN TANAH
Harmoni, sependapat tapi tak selalu. Tak banyak seri atau berwarna-warni kerana masing-masing mempunyai karektor hampir sama. ( Betul ke penggunaa ayat nih?? kene taji ngan sal nanti)


Contoh 5:: LELAKI AIR PEREMPUAN AIR
Hidup sepakat tapi tak lama mana. Perhubungan selalu di uji dengan air mata sementara rumah pula sering kehilangan tangga akibat banjir wakakaa!


Contoh 6:: LELAKI ANGIN PEREMPUAN ANGIN
Cenderung bertelingkah tapi bersedia berbaik kembali demi kepentingan perhubungan yang kian bertambah tahun demi tahun demi tahun demi tahun ehehe!!


Contoh 7:: LELAKI API PEREMPUAN API
Haaa. yang ini hebat!! Perselisihan dan pertengkaran lazimnya hebat berlaku tapi tidak berpanjangan. Banyak berpunca dari sikap mahu menundukkan antara satu sama lain.

Ehhhh duk cakap pasal nie.. Ujang Air.... Sal pun Air.. Uwaaaa.... patutlah Sal selalu berendam air mata huwaaa.. Ampunnn sayang huhuhu!!! wakakaka!!!


Posted by Ujang_MD :: 7/24/2006 10:45:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

KUSZA JADI UNIVERSITI PENUH!!

Ohh.. bangga Ujang.. bila baca articel dalam akhbar Hadhari menyatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu meluluskan rang undang-undang bagi membolehkan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) di jadikan sebahagian daripada Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Rang undang-undang yang dinamakan Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Pembubaran) 2006 di luluskan pada hari terakhir persidangan DUN (19 April).
Pengerusi Jawatan Kuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri ketika membentangkan enakmen itu menegaskan langkah Kerajaan Negeri menyerah KUSZA kepada UDM amat wajar dalam usaha meningkatkan mutu pengajian institusi pengajian tersebut. Beliau berkata dalam dialog yang diadakan dengan tenaga pengajar dan kakitangan pusat pengajian berusia 25 tahun itu, kesemuanya 574 kakitangan bersetuju dengan cadangan untuk menyerahkan KUSZA kepada UDM.
Soal peruntukan yang perlu disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi mentadbir KUSZA tidak timbul, tetapi ia lebih kepada usaha bagi meningkatkan kualiti KUSZA itu sendiri" tegas beliau. Beliau menangkis anggapan wakil rakyat pembangkang kononnya tindakan menjadikan KUSZA sebahagian daripada UDM mengurangkan peluang rakyat Terengganu untuk belajar di institusi pengajian tinggi kerana perkara ini tidak akan berlaku.. Hmmm macam2 bila ada perkara baik nak di lakukakan macam2 pihak pembangkang duk menangkis ehehe!!

Posted by Ujang_MD :: 7/24/2006 10:19:00 AM :: 0 Comments:

Post a Comment

Sunday, July 23

TERKENANG!!!

Konsert AF4 (konsert 6) (konsert 7) dah Updated!! Sorry Lambat!!
Wahh.. Sayang.. cakap pasal Lina Joy lagi.. hehehe dari hari tuh lagi.. time abg pi KL hhheee.. apapun abg ucap syabas atas semangat sayang itu hehee!!! Sama-samalah kite yer..!!! Sayang ingat tak time kita tengok berita kat rumah Jat Tenuk tuh (hmm dia sms abg cakap dia dah makan ikan bakar... 2ekor lagi.. satu untuk dia..dan satu lagi dia tolong makan untuk abg ujang.. sat lagi kita mengumpat pasal Jat tenuk yer sayang!!)
Ingat tak masa di Dewan Parlimen.. apa tuh nama Menteri tuh.. yang cadangkan agar.. "sekiranya pasangan suami isteri bercerai.. anak2 bebas memilih agama mana yang mahu di anuti".. Hmm Mana punya pegangan Malaysia sebagai Negara islam kan??hehehe!! Seperkara lagi. sayang ada cakap kan?? Banyak yang mintak agar gereja di bina di setiap sekolah kan?? Hmm dari segi logik??
Hmm tak nak mengulas panjang.. Biar Sal jer yang mengulas hehehe.. dia tuh pro kalau korang nak tahu ehehe!!! Berita sedih lagi.. semalam Atuk ujang meninggal.. Hmm dah tak ada atuk dah.. sedihnya!! Sabar jelah.. dah ketentuannya. Demam pun masih belum kebah lagi.. bila malam menjelma jer.. badan rasa sengal2.. panas..
Hmm demam kembalilah!! Hari nie start bekerja.. aduss.. walaupun masih demam kene jugak pi keje kalau tak mampus.. Hmm seperti yang telah di jangka.. ujang kena marah.. bukannya sedikit.. siap masuk kat wisma lagi huhu.. tak per lah demi insan tercinta kan sayang?? hehee!! Sakit mata dah baik.. darah tinggi pun agaknya dah stabil. alhamdulillah.. cuma demam sajer yang belum sembuh lagi.. !!
Oh.. teringat pasal kegembiraan ujang pasal "KETOK" tu kan...!! Huh?? Korang tak tahu saper Ketok?? Aduss... kucing kesayangan anak sedara ujang merangkap cucu makcik zainung ehhe!! Akhirnya.. dengan hanya satu nafas.. dengan tiada perasaan belas.. dengan tiada kasih sayang terhadap cucu-cucunya.. maka dengan ini di isyhtiharkan ketok akhirnya telah di singkirkan dari rumah ujang!! Arghhh puas hati.. setelah sekian lama.. setelah berkurun lamanya.. akhirnya makcik zainung ikut juga kata ujang..Nak tahu kenapa??
Coz Ketok kencing kat dalam bilik dia.. bukan sekali tapi dah dua kali.. mungkin tak tahan kut ehhee.. tu lah makcik zainung.. sayang cucu berpada2.. huhuhu.. time ujang nak buang ketok. berlakulah drama tragis.. makcik zainung macam biasa membebel serta memujuk cucunya(shakira padan muka keh keh keh) dan ujang pula tersenyum gembira ehhe!!! Ahh puasss....!!!! Hmm teringat kembali kenangan menonton wayang dengan Sal.. Ujang suka betul ngan melody (Tema Filem VOICE)...
Hmm korang dapat bayangkan bukan?? Dalam kegelapan dan kesamaran di dalam pawagam.. Hmm cubalah korang dengar lagu tema VOICE nie.. sure korang terpikat ehehehe!!! Citernya best woo!! Kan kan sayang?? Banyak persoalan.. Hmm buat kita terpikir. Puas dah menulis bbye!!

Posted by Ujang_MD :: 7/23/2006 03:15:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

AZLINA JAILANI @ LINA JOY LAKNATULLAH

[ps : Entry ini tidak mengandungi unsur2 politik. Ia hanya memaparkan kedudukan terkini Agama Islam di Malaysia. Kepada semua bloggers, tak kiralah samada kita ni pencuri, penyamun, penyangak, pembuat maksiat atau sebagainya, sila buat posting khas tentang issue ini jika kita benar2 sayangkan ISLAM. Kita hanya ada 6 minggu selepas tarikh 4 Julai 2006 untuk menentukan kedudukan ISLAM di bumi Malaysia yang kita cintai. Bertindaklah segera. Permintaan ikhlas dari UjangMD & Sal. Terima kasih.]


KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN:
IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA



Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada (1) kupasan kes murtad Azlina Jelani (Lina Joy) yang dibincang dihadapan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat pada 12-Julai-2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta, (2) berdasarkan kupasan kes yang telah dibentang & dibincangkan bersama Saudara Zulkifli Nordin pada 09-Julai-2006 di Surau As Sakinah Taman TTDi Jaya, Shah Alam.

Program selanjutnya untuk kupasan serta pelan tindakan akan diadakan pada;
1. Jumaat 14-Julai-2006, 07.45pm di Masjid Ibtisam Taman TTDI Jaya, ulasan oleh Peguam Zulkifli Nordin, persediaan & Perancangan sedang dijalankan dengan rapi.

2. Ahad 16-Julai-2006, 02.30pm di Anjung Rahmat, Ibu Pejabat ABIM Jalan Gombak untuk merangkan pelan strategi oleh seluruh NGO & organisasi Muslim & Malaysia.

3. Kehadiran untuk kedua program diharapkan sepenuhnya & menjadi fardhu kifayah untuk bertindak.

LATAR BELAKANG

1. Bangsa Melayu khususnya di Malaysia, adalah satu-satunya bangsa di dunia yang mengguna pakai definisi yang jelas di dalam perlembagaan untuk mentakrifkan definisi perkataan Melayu serta skop yang terlibat.

2. Tidak ada definisi yang sama dibuat untuk mana-mana bangsa lain, di Malaysia atau di dunia.
3. 3 faktor yang telah dipersetujui di dalam mengdefinisikan perkataan Melayu, iaitu;
- Bercakap Melayu
- Beramal dengan budaya Melayu
- Beragama Islam

4. Istilah Melayu di Malaysia dijelaskan sebagai seorang yang penganut agama Islam, dan Islam & Melayu pada dasarnya mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

5. Perkara ini diletakkan dengan jelas di dalam perlembagaan dan menjadi suatu undang-undang di Malaysia untuk Melayu tidak dibenarkan meninggalkan Islam, dan Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam adalah tertakluk di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

AZLINA JAILANI @ LINA JOY?

1. Nama asal: Azlina Jelani, pernah ditukar kepada Azlina Lelani, dan sekarang berdaftar sebagai Lina Joy untuk menafikan nama Islam yang terdahulu.

2. Berwajah typical Malay, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

3. Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis yang dikeluarkan pada 11-May-1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian, dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

4. Bekerja di ProQuest di Taipan, Subang Jaya.



FAKTA KES

1. Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam.

2. Beliau berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara. (untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang sama menanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Mufti Perak).

3. Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkataan Islam tetapi tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan beliau keluar Islam.

4. Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan Sijil Tukar Agama (Murtad) seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

5. Permohonan bermula di Mahkamah Magistrate, dibawa ke Mahkamah Tinggi, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 13-April-2006, dan semuanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah.

6. Setelah semuanya tidak berjaya, kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan oleh barisan pembela kepada Lina Joy.

7. Pada awalnya 3 Hakim yang mendengar kes. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 non-muslim) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan Mahkamah Rayuan, HINGGALAH Majlis Peguam yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh Hakim yang terlibat.

8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan; yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di dalam Mahkamah.

9. Hujah yang dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu utama kes berkenaan daripada hak & kuasa Mahkamah Syariah KEPADA memberi hujah bahawa Lina Joy adalah berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya dan dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung di dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

10. Pada mereka, isu Mahkamah Syariah sudah tidak releven pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Mulsim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Council (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam Artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu as per say, bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia cubaan yang sebegitu berani yang dilakukan untuk menghuraikan definisi Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agama untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalan & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang-undang Islam.



IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

1. Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

2. Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya; Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa, Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya dan kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah sudah tidak relevent.

a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sesuka hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila seseorang itu membuat deklarasi “dirinya bukan Islam” pada bulan Ramadhan tanpa boleh diambil tindakan.

b. Semua badan-badan Islam tidak relevent lagi dalam perundangan semasa kerana hak secara individu lebih diutamakan dan diperjuangkan, Raja-raja Melayu hilang kuasa sebagai benteng & simbol agama, kanak-kanak apabila masuk umur 18 tahun, ibu bapa akan terus hilang kuasa untuk menetapkan agama dan fahaman mereka, dan tindakan boleh diambil ke atas ibu bapa yang memaksa anak mereka mengamalkan Islam. Rukun Islam pada dasar sudah tidak sah disebabkan tiada satu pun akta-akta berkaitan Islam contohnya Akta Solah, Akta Puasa, Akta Haji, Akta Zakat yang mengikat seseorang Muslim di dalam perlembagaan.


MENGAPA KES LINA JOY?

1. Kes Lina Joy mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng untuk mempertahankan Islam di mana-mana sahaja.

2. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14-Mei-2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan Murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan mereka untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir.

3. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.

4. Kes Lina Joy adalah cubaan yang akan memberikan kesan yang amat besar yang mana ia mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, samada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya.

5. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan.

6. Kes ini menjadi PERHATIAN PENUH organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar didunia menghantar wakil untuk memberikan pressure yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang AMAT LEMAH untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

7.
www.becketfund.com menyenaraikan dengan jelas fakta kes dan bagaimana organisasi besar satu dunia ini menjadi tembok & dalang yang begitu kuat yang membela Lina Joy. Ianya dianggotai oleh pelbagai pertubuhan hak asasi manusia sedunia.

8. Di Malaysia pula 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuun untuk memberi pressure kepada Hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy, antaranya;

Majlis Peguam (Bar Council)
Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh.
Malaysian Women Power Organization
National Council of Women Organization
All Women Action Society
Sister in Islam
Women Health Organization
Women Council of Change
Women Developmen for Change
Pergerakan Hak Asasi Rakyat Malaysia (Suaram)

9. Suatu fakta yang dinyatakan oleh Peguambela pihak Lina Joy di dalam mengakhiri kes itu menyebut;

“…it is time that we must knock into the heads of Malay that our country Malaysia is never been an Islamic country. Strong message must be thrown to Muslim to tell them that in Malaysia Islam is just a sub-sivilience to constitution…”



TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1. Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguamlah yang menjadi dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik. Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia. Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau. Antara ahli jawatankuasa yang dilantik adalah;

1. Haji Mat Buruk
2. Dato Dr Zaiton Osman
3. Dato Abu Zahar
4. Dato Ainuddin
5. Zulkifli Nordin
6. Tuan Haji Mohd Buruk
7. Pak Wan Chik Marican, Peguambela bagi Pihak Negara
8. Baharuddin
9. Subki Yusuf
10. Radhi, Setiausaha NGO Melayu
11. Zainuddin Ismail
12. Kamar Aniah
13. Zainur Ridaun
14. Shamsuriya
15. Azril Abim
16. Raja Mustafa

2. Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini.
www.peguampembelaislam.com atau www.peguampembelaislam.org, yang akan diputuskan segera mengikut kesesuaian.

3. Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

4. Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini. Kes ini adalah kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya. Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku. Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir

5. Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

6. Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

7. Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.

8. Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

9. Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.
Sayangi Malaysia. Sayangi agama Islam kita.

Posted by Ujang_MD :: 7/23/2006 02:12:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment

Saturday, July 22

MALAM KU KESIANGAN!!

Uhuks.. sejak Ujang balik ke KT.. Huhuhu terus sajer di landa demam.. bukan jer demam tapi ngan sakit mata sekali ohhh sedih nya .. yer lah demam rindu pada Sal belum pulih.. fuh bila ikut bait2 ayat nie.. leh wat ujang sedih huhuhu.. yer lah time sakit mudah sangat diri ini jadi sensetif chewah.. Ni haa. menaip pun nie sebab taksub sangat ngan mesej korang lah.. blog ujangmd bersawang lah.. dah berkulat. Haa.. lupa pulak bait2 ayat untuk my honey nie kan?? ehehe..
Tiada beza malam ataupun siang sayang, payah benar abg lena semenjak sayang tiada.Kekadang tak menentu fikiran asyik bercelaru.. tiada lain yang teringat hanya kenangan denganmu sayang" Huhuhu.. sedihnya!!Bukan tu jer sayang uwaaa.... Bila Malam jer janggal sungguh abg rasakan, sendiri melalui detik yang sepi.. fuh perit sekali sayang, pertama kali bagi abg hitung bintang sorang diri dan pertama kali jua perasaan abg ini di landa resah, oleh insan yang abg cinta.. oleh insan yang abg sayang kini berjauhan huhu... Jika sesekali abg imbas kisah lama semuanya indah semua sayang kan???
Pernah jua sayang menangis kan?? Bila abg menduga sayang.. kuatnya kasih syg pada abg. fuh abg hargai sayang!!!Huhuhu. sedihnya bila di ingat.. pernah sekali tuh kan sayang abg buat sayang menagis.. maafkan abg yer.. salah abg!! Tak perlu lah nak di ungkit apa penyebabnya cukuplah sayang maafkan abg yer!! Fuh.. dalam kegembiraan ada juga kesedihan.. Tuhan Maha Kuasa. .. Tak kan dia bagi kesenangan jer kan???
Kadangkala dia bagi jugak ujian.. Ujang balik ke Terengganu jer.. demam panas sangat.. kepala bukan main berdenyut.. fuh.. dugaan pi klinik. check.. Ujang ada darah Tinggi.. aduss.. makin banyak lah ubat ujang ada.. sekarang dah 9 ubat berlainan jenis.. mampus ujang.. tapi tak pe lah dah nasib badan.. Cukup lah Sal dan mak ada kat sisi ujang.. tu dah cukup.. dia orang pembakar semangat ujang.. Thnxx sayang..
Entah kenapa juga.. bila siang ujang okey.. tak demam malah kuat.. tapi bila malam jer nak menjelma.. tubuh mula panas..ujang demam kembali.. begitu jugak keesokkannya!! Kadang2 takut jugak.. cakap kat makcik zainung korang mudah jer jawapan dia..alah biasalah demam urat.. macam tu lah.. bila ujang cakap pasal ujang ada darah tinggi.. hmm mudah dia jawab.. haa makan ubat.. huhu kekadang terkilan jugak.. belajar cuba pujuk hati sendiri..
Mak masih nak marah sebab ujang pi KL begitu lama.. huhu yer lah.. 2-3 kali mak called ujang semasa kat sana.."Mung dok ingat rumoh doh?? aku called nie sajer jer.. nok tahu mung nie mati ke hidup.. aduss.. bedebes".. sedihnya.. Tak pelah demi Sal yang tercinta kan.. ehhee.. Jumpa sal sekejap cuma.. jumpa mak acapkali.. tak pelah!!! Apapun ujang sayang mak.. muahhh... takut kena marah kasi mak kain.. fuhh thnxx sayang kasi mak abg kain batek jugakk.. ehehhe dah berjahit pulak tuh ehehe!! Lampu kedip2 tuh abg letak atas meja.. cantik.. abg din.. thnxx kasi hadiah dari sarawak tuh.. nice sangat.. hhehe!!!
Ujang dah penat menulis.. mata ujang pun belum sembuh.. esok kene pi keje. setelah 2 minggu bercuti.. Mampus ujang... harus di lenyek ngan punggung Cik Rafidah yang montel itu.. hehe syok gok wakakaa!!! Jangan marah yang gurau2.. kalau tak leh gurau sayang duk dalam Gua Niah ekk.. kawan ngan Kelawar.. ataupun pi Zoo Negara.. hari tuh kita tengok kelawar kan? ehehe!~!Cukup indah kenangan ujang bersama Sal.. akan ujang kenangi sampai bila2...
Mak sayang pun sama turut layan abg dengan sempurna.. terharu woo... Thnxxx.. I love u Sayang!! Hmm dalam kerinduan ada jugak kegembiraan lain ujang dapat ehhe.. korang masih ingat articel ujang sebelum nie?? Ala.,. "KETOK" Korang kenal kan?? hehehee.. Makcik Zainung dah ikut ujang.. lamgsung tak endah cucu-cucunya ehhe.. gembiranya... nak tahu?? esok lusa lah citer..ujang tak larat sangat.. tekak masih sakit.. ulser dalam mulut ada 4 bijik.. pulak tuh mata tak baik lagi.. kalau tunduk cam nak tercabut bijik mata.. lutut pulak sengal2.. sedangkan Tongkat Ali hari2 huhuhu... bbye!!!

Posted by Ujang_MD :: 7/22/2006 09:20:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment

12 HARI HONEYMOON

Ahhh…tak puas rasanya 12 hari ber-honeymoon dengan orang tersayang. Detik masa terasa begitu pantas berlalu. Seolah2 memaksa abg Ujang & Sal berlari-lari mengejar dan mengisi peluang masa yang di beri…

Khamis. 6 July. 10.30 malam.


Hari ini ialah hari pertama abg Ujang menjejakkan kaki di KL. Hati Sal agak berdebar2 kerana 2-3 hari sebelum ni kami berdua berbalah agak teruk. Hinggakan pada malam abg Ujang tiba di KLIA, abg Ujang langsung taknak berjumpa dengan Sal. Sebak rasa hati kerana orang yang tersayang langsung taknak tengok muka kita walaupun realitinya perasaan rindu begitu mencengkam hati kita. Malam itu Sal terpaksa bermalam di rumah Jat. Tak larat rasanya untuk memandu pulang terus ke Perak kerana perasaan Sal pada malam tu sangat berkecamuk. Langsung tak concentrate time driving kereta. Nasib baik ada Jat. Jat yang banyak temankan Sal pada malam tu. Hanya Jat yang tau apa yang berlaku sepanjang perjalanan. Apa-apa pun, Sal nak ucapkan byk2 terima kasih pada Jat kerana sudi meminjamkan telinga dia untuk mendengar luahan hati Sal & sedaya-upaya memujuk Sal. Terima kasih banyak2 Jat.

Jumaat. 7 July. 7.30 pagi.

Abg Ujang call handset & ajak jumpa. Gembiranya hati Sal tuhan je yang tahu. Setelah puas menangis semalaman kerana dapat sms “tak reti2 lagi. jgn ganggu saya” daripada abg Ujang, hati Sal kembali berbunga selepas buah hati Sal ni menghantar sms dan bagitau nak berjumpa dengan Sal. Alhamdulillah. Lega rasa hati ni. Tapi masa abg Ujang call tu, handset Sal tertinggal kat rumah Jat. Jadik, terpaksa la si Jat jadik orang tengah untuk sampaikan pesanan2 dr abg Ujang untuk Sal sebab Jat tau cara lain untuk hubungi Sal selain dari menggunakan handset.

Sebelah petang, Sal pick-up buah hati Sal ni kat Shah Alam. Bila ternampak je kelibat abg Ujang, hati Sal melonjak2 kegirangan. Terasa macam nak peluk & kucup abg Ujang sepuas-puas hati. Maklumlah, dah sebulan setengah tak jumpa. Mesti rasa rindu tu membuak2, betul tak? Tapi….. rasa cuak tetap ada dlm hati Sal ni. Mane la tau kot2 masih ada lagi saki-baki kemarahan dalam hati abg Ujang. Tak pasal2 kena flying kick pulak nanti. Tapi nampak gayanya macam takde ape2 yang akan berlaku. Terasa lega sangat….

Malam tu abg Ujang & Sal menginap kat “Stay Inn” hotel kat area Maluri. Seronok sungguh rasanya bila dapat luahkan segala yang terbuku dalan hati secara face to face. Dan benda yang paling syok ialah bila Sal dapat melepaskan segala rindu dendam yang dah terkumpul selama sebulan setengah. Ahh…..terasa macam malam pertama pengantin pulok..ngehngehngeh....

Malam tu jugak Sal & abg Ujang sempat tengok wayang kat GSC Midvalley. Kami plan nak tengok horror movie, so kami select movie “Stay Alive”. Tengok poster macam best jek. So kitaorang try la tengok. Tapi tengok2.....huh, hampeh. Ntah apa2 punya cerita. Abg Ujang komen yang cerita tu best. Tapi bagi Sal, cerita tu tak best mane pun. Tak betul2 seram. Konsep cerita macam game “Doom” jek. Muka hantu pun nampak kelakar giler. Macam lukisan atas “kad manila”. Korang igt lagi tak kad manila yang korang guna time matapelajaran pendidikan seni masa sekolah2 dulu? Haa…korang bayangkan hantu tu dilukis atas kad manila. Sekeping jek rupe hantu dia. Kelakar gile. Pehtu jalan cerita pulak simple sangat. Macam nak perbodohkan orang. Kalau takat budak2 pra-sekolah sesuai la untuk jalan cerita yang macam tu. Alahai, bosan gile tengok cerita ni. Elok habis je movie ni, kitaorang terus balik ke “Stay Inn” dan zzzzzzz……..

Sabtu. 8 July.

Lepas bangun dari tido kitaorang terus pergi tengok wayang lagi. Kali ni masih lagi kat GSC Midvalley Megamall. Movie pilihan kitaorang kali ni ialah “Voice”. Bercakap pasal movie ni, abg Ujang & Sal sepakat untuk mengatakan bahawa movie ni memang best. Memang terasa feel seram tu. Maklumlah, Korean movie. Orang Korea ni kalo buat movie, tak kisah la cerita pasal cinta ke, cerita pasal hantu ke atau cerita perang2 ke, pasti menjadi punyelah. So, dlm cerita “Voice” ni, olahan cerita tu memang cukup menarik. Pehtu ade pulak theme song “berhantu” yang cukup syahdu bila kite dengar sorang2…lagi menambahkan keseraman cerita tu. Korang dah pegi tengok ke belum? Hah, pegi la tengok. Cerita tu macam belit2 sikit. Tapi at the end of the story korang boleh buat kesimpulan secara logik apa sebenarnya yang berlaku dalam movie tu. Memang best. Oh ye, time mula2 kitaorang tengok movie ni, seater kat depan kitaorang dipenuhi dengan mat2 rempit (tgk dari style potong rambut diorang la). Elok habis je movie tu, tetiba terdengar satu suara halus dari tempat duduk diorang “eeh…tak paham arr aku dengan cerita ni. Mengantuk aku. Aku tidoooo je tadik…..”. Terkejut gak Sal bila dengar suara tu. Elok je dia habis cakap mcm tu, lampu dalam cinema tu pun di ON kan. Huh, terperanjat Sal dibuatnya. Korang nak tau siapa sebenarnya mamat2 macho yang duduk kat seater depan kitaorang tu? Hahahahahahaha….. ingatkan mat rempit. Rupe2nya tomboy2 & pengkid2. Siap bawak awekk lagi tuuuu..... huhuhuhuhu.

Pastu, kitaorang terus gi “Zoo by Nite” kat Zoo Negara pulak. Masa tu dah pukul 8.00 malam. Best jugak bila dapat tgk aktiviti-aktiviti binatang time malam2 tu. Ada yang tido. Ade yang makan. Ade yang berendam. Ada yang beromen…kehkehkeh. Seronok rasenya bila dapat jalan2 sambil peluk2 dengan orang yang tersayang dalam kegelapan malam. Sambil2 tu terdengar ngauman harimau & singa yang berselang-seli dengan bunyi monyet dan ungka. Yang kelakarnya, abg Ujang siap terperanjat beruk bila tengok patung singa yang macam nak menerkam ke arah kitaorang. Pada mulanya kitaorang ingatkan singa tu real. Rupe2nya hanya patung je. Berdekah2 Sal gelakkan abg Ujang. Tak sangka abg Ujang ni penakut rupenye....huhuhuhuhu..…Ada satu part tu, kitaorang pegi menonton “Animal Show”. Dalam show tu, ada la satu segment diorang buat macam drama orang gile tengah mencari ular sawa dicelah2 penonton. Memang nampak real habis. Ramai penonton yang terjerit2 dan berlari meninggalkan tempat duduk sebab diorang sangkakan memang betul2 orang gila dah terlepas. Sal pulak dah dapat agak bende tu cuma lakonan je bila tengok security guard kat belah belakang macam buat ddeeekkkkk je. Abg Ujang pulak dah siap nak bangun dan cabut lari bila “orang gile” tu menuju ke arah kitaorang. Kelakar betul bila tengok abg Ujang cuak macam tu. Terpaksa la Sal tahan dan tarik tangan dia supaya duduk balik sambil ketawa berdekah2. Pehtu Sal cakap kat abg Ujang yang bende tu olok2 jek. Nak tau apa abg Ujang jawab balik? “Abang bukan takutkan orang gile tu. Tapi abang geli kat ular tu la sayaaannggg….” Adeh….nak cover malu ke bang? Hahahahahahaha….Agaknya kalo betul org tu org gila, sure abg Ujang dah lari dan tinggalkan Sal, kan? Matilah Sal kene kidnap dengan orang gile….muahahahhaha….

Lepas tengok “Zoo by Nite”, kami pick-up Jat kat Puncak Alam. Kitaorang plan nak main bowling kat UE3 malam tu. Tapi malangnya MRR2 kat area Kepong pulak buat hal. Dekat 2 jam kitaorang tersangkut dalam jam. Bila kami sampai kat UE3, tempat main bowling pulak dah nak tutup. Kitaorang dah tak tau nak buat ape. At last, after having dinner, kitaorang terus pegi melepak sampai subuh. Bila azan subuh dah berkumandang, baru le kitaorang bertiga bertolak balik ke Puncak Alam.

Ahad. 9 July.

Petang ni, Sal & abg Ujang pegi main bowling kat Sunway Pyramid. Ini kali kedua abg Ujang main bowling selepas kali pertama main bowling dengan Jat awal tahun ni. Jadik macam biasa lahh…asyik masuk longkang je la kan. Suka hati Sal sebab boleh gelakkan abg Ujang puas2. Tengok muka abg Ujang yang menahan malu sebab bolanya asyik masuk longkang pun dah boleh buat Sal ketawa terbahak2....muahahhahahaha… At the end of the game, of coz la Sal is the winner. Kerek gile Sal time tu. Dengan jatuhan pin sebanyak 100+, abg Ujang hanya berupaya menjatuhkan pin sebanyak 60-70 ketul sahaja…huhuhuhuhu…lihatlah donia... im the winner…..

Pehtu kitaorang sambung movie marathon kitaorang dengan menonton cerita “Recycle” pulak. Sama gak macam cerita “Stay Alive”, poster je nampak cantek tapi ceritanya macam hampeh. Kebanyakan dari penonton terkejut bukan disebabkan hantu tapi terkejut kerana sound effect yang melampau2 bunyinya. Ada satu part tu, tanpa sengaja Sal menjerit sebab terkejut. Dah la time tu semua orang tengah senyap-sunyi. Sure semua orang dalam panggung tu dengar jeritan jantan Sal…..Arghhhh malu gile Sal dibuatnya. Abg Ujang pulak cepat2 peluk Sal erat2. Hilangggg rasa malu…uhuks.….

Berkenaan dengan cerita “Recycle” tu, serius s**t jalan cerita dia memang ntah hape2. Mula2 nampak macam menarik. Nampak macam mystery je bila heroin dia kutip rambut panjang dalam sinki kat dapur. Tapi bila masuk pertengahan cerita, dah mula merepek2 dah. Kebanyakan yang berlaku nampak macam ilusi jek. Sal rase movie tu dibuat untuk particular campaign la. Sebab apa, dalam movie tu ade diselitkan dengan unsur2 jenayah pengguguran janin & sikap remaja Cina zaman sekarang yang dah tak reti nak respek roh nenek moyang diorang. Arghh….tak reti dah nak ulas. Korang pegi la tengok sendiri.

Tengah malam tu, abg Ujang & Sal pegi tgk final World Cup kat Bukit Bintang. Perghhh…ramai gile orang kat situ. Kitaorang plak ter “parking” kat dalam group penyokong Italy, ape lagi sepanjang masa telinga kitaorang mendengar Zidane kena kutuk. Huhuhuhu….ntah cemane ade la pulak terselit sorang penyokong France kat situ. Dia membebel sorang2 pasal ntah ape2 ntah. Kelakar pun ade. Geram pun ade. Yang Sal geramnya, sambil dia membebel tu, tangan dia sibuk pegang bahu Sal. Kalo takat pegang je takpe la jugak. Ni, bila bebelan dia makin menjadi, makin kuat plak dia squeeze bahu Sal. Huh, mentang2 la Sal tak cukup tinggi, sesuka hati dia je nak tumpang2 tangan dia atas bahu Sal. Bila Sal beranjak ke tepi sket, bahu abg Ujang pulak jadik mangsa…huhuhu…sabar je la……..

But, kitaorang tengok game separuh masa pertama je. Masuk separuh masa kedua, abg Ujang ajak Sal balik Perak sebab risau Sal mengantuk time pegi keje keesokannya. So, dalam kul 3.00 pagi kitaorang berdua bertolak balik ke Perak.

Isnin. 10 July.

Sepanjang hari ni, abg Ujang tido dalam keta sementara tunggu Sal habis kerja. Abg Ujang segan nak lepak kat umah time Sal takde. Elok habis je kerja, Sal terus bawak abg Ujang balik rumah dan kenalkan dengan mak. Surprisingly mak gives warm welcome pada abg Ujang. Mak suka benar bila dapat jumpa dengan orang yang penah bagi dia kain batek, keropok etc. Sebelum ni dia asyik bertanya siapa yang bagi dia bende2 tu. Dan hari ni mak dah dapat jumpa dengan orangnya. Mak layan abg Ujang dengan baik sekali. Sal harap abg Ujang happy dapat berkenalan dengan mak.

Selasa. 11 July.

Hari ni mak masakkan ikan kering untuk abg Ujang. Mak nak masakkan lauk2 yang lain tapi semua abg Ujang tolak….erm….abg2…

Malam ni kitorang main bowling lagi kat UE3. Wah wah…abg Ujang dah mula tunjuk skill. 4-5 kali abg Ujang strike. Kitaorang main 5 games. Semua round abg Ujang jatuhkan pin lebih dari 100. Terkedu Sal dibuatnya. Malu sey…..dan abg Ujang pulak terus membelagakkan dirinya sehinggalah ke akhir permainan…..menyampah siut....

Oh, lupa nak bagitau. Malam ni kitaorang dapat berkenalan dengan seorang peminat misteri blog ni. Namanya Izi dari Selayang. Ok jugak orangnya. Nampak muka macam baik jek....hehehehehehe…… Pehtu kitaorang bawak Izi having dinner dengan abg Din pulak. Kitaorang makan kat kedai mamak kat area Ampang Point. Lama jugak kitaorang melepak kat situ. Dalam pukul 2.00 pagi, kitaorang bertolak balik ke Perak. Terima kasih pada abg Din sebab belanja kitaorang makan & bagi kami souvenir dari Sarawak…...
(ps : abg Din, kita dah terhutang makan kat kedai tu la. Part Sal & Izi dah settle tapi part abg Ujang & abg Din punya belum bayar lagi. Take note, ya)

On the way balik ke Perak, abg Ujang & Sal hantar Izi balik ke rumah dia....
(ps : Izi, thx for the CD).

Rabu. 12 July.

Petang tadi, Sal bawak abg Ujang pegi dusun arwah abah. Saje nak usha buah durian & manggis. Kot2 ade. Erm…ade tu memang la ade, tapi taklah banyak sangat. Sekadar dapat merasa kat hujung lidah je. Nak lebih2 makan sampai kenyang perut tu takde lah.

Pehtu, kitaorang pegi sungai pulak. Hajat di hati nak bermandi-manda tapi tak bawak towel pulak. Karang kalau mandi bogel lain pulak jadinya. Huhuhu….At last kitaorang cancel mandi dan terus pegi ke kebun buah naga. Sal nak kenalkan abg Ujang dengan satu buah yang jarang ada kat tempat lain. Buah ni pernah jadi pelakon dalam movie “Aeon Flux”...hhuhuhuhu... Terkejut jugak Sal dibuatnya bila tengok buah ni dah sampai ke Hollywood. So, Sal belikan sikit buah ni untuk abg Ujang untuk dibawak balik ke KT nanti.

Balik dari dusun, kitaorang singgah kat gerai makan milik seorang penduduk kampong kat situ. Kitaorang order kepok lekor dgn ABC. Wah wah…beriya2 orang2 kampung kat sini melayan abg Ujang & Sal….dari satu topic ke satu topic. Hingga abg Ujang rasa pelik dan cakap “apesal orang kat sini semua ramah-tamah ek?”…huhuhuhuhuhu… Ntah la bang. Sal pun tak tau. Mungkin diorang ni semua memang rajin bercakap kot. Apa2 pun, kitaorang tetap happy dengan layanan orang2 kampung kat dusun arwah abah ni….

Khamis. 13 July.

Hari ni mak masakkan bubur durian (kacau durian) untuk abg Ujang. Mak masak guna buah durian yang kitaorang kutip kat dusun petang semalam. Tu pun lepas abg Ujang bgtau pada mak yang dia suka makan ape. Kalo tak, makan ikan kering la tiap2 hari….hehehhehehe..

Malam ni, kitaorang plan nak main bowling lagi kat Golf & Sport Club Bukit Beruntung. Tapi malangnya, malam ni ade tournament pulak. Semua lane dah fully booked. Nak tak nak terpaksa la kitaorang shoot ke UE3 kat Cheras. Kat sana main lagi 3 games. Nak main banyak2 dah tak larat sebab jari dah mula lebam2. Malam tu, abg Ujang menang lagi dan meninggalkan Sal jauh ke belakang. Yang Sal heran tu, bila abg Ujang bising2, Sal boleh buat strike. Tapi bila abg Ujang senyapppp je, sure bola Sal masuk longkang. Agak2nya abg Ujang hembus sesuatu kot….muehehehhe…..Dan seperti biasa, abg Ujang terus mengkerekkan dirinya dengan balingan2 seorang pemain bowling professional (peraaaassssssaaaannnnn)…….Menyampah le. Sal asyik kalah je. Malam tu, Sal bawak kereta dalam keadaan yang amat boring dan sedey kerana sudah kalah 2-3 kali berturutan dengan buah hati Sal ni…..huhuhuhuhuhu….

Apa2 pun, lepas main bowling kitaorang terus pegi ke Kajang sebab nak makan satay. Macam2 jenis satay Sal order tapi abang Ujang hanya makan satay daging jek. Ceh....aparaa abang ni. Kalao takat makan satay daging, kat mane2 pun ade. Lenkali, cubalah rasa satay arnab ke, rusa ke, ayam belanda ke... haa..baru la rasa lain dari yang lain......(sure abang Ujang muntah hijau bila baca ni)...huhuhuuh....

Jumaat. 14 July.

Aaaaa… pagi ni, abg Ujang temankan mak pegi pasar. Mak nak masakkan untuk abang Ujang ikan kering masak lemak campur nenas. Mak harap abang Ujang makan banyak2 bila duduk kat rumah Sal ni. Erm….pagi ni buah hati Sal kena escort mak la pulak....… huhuhuuhuh…

Di sebelah petang kitaorang pegi dusun arwah abah lagi. Dan kali ni kitaorang siap bawak towel untuk mandi. Jadi, bermandi-mandalah kitaorang dengan sepuas hati sambil melakukan aksi2 lucah yang melampau kat situ. Walau bagaimanapun, keterunaan abg Ujang menyebabkan abg Ujang takut hendak meneruskan aksi-aksi lucah kerana ditakuti orang akan mengintai katenye….muahahahhaha….

Balik dari sungai, kitaorang singgah sekejap kat dusun. Abg Ujang menunjukkan skillnya dengan memanjat pokok manggis. Pehtu, time nak usha buah durian pulak, Sal terpaksa seret abg Ujang dengan menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan pulak bawak guni sebab abg Ujang dah macam tak larat nak berjalan. Sal seret kedua-duanya jauh ke dalam dusun sambil meninjau2 buah durian yang gugur dan kembali semula menyeret kedua-duanya keluar dari semak-samun dusun tanpa dapat apa2 pun. Sebijik durian pun tak gugur hari ni. Huwaaaaa.... buat penat je…….sedeyyyy….....

Sabtu. 15 July.

Pagi ni Sal perlu ke office kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Hari ni mak masakkan laksa untuk abg Ujang. Di sebelah petang, abg Ujang dan Sal bertolak ke rumah Jat kerana abg Shah nak jumpa abg Ujang kat sana. Sambil2 tu, Jat ada masakkan sekilo daging untuk abg Ujang. So, sampai kat sana, abg Ujang terus makan daging tu sementara Sal pulak tido dalam bilik kerana rasa macam nak demam…. Oh ye, masa on the way nak ke rumah Jat, kitaorang sempat bermain2 dengan berpuluh-puluh ekor monyet yang sedang melepak kat atas jalan antara Kuang & Rawang. Beriya2 abang Ujang bagi monyet2 tu makan ayam goreng & asam masin..... tak pernah tengok monyet agaknya.... huhuhuhu..

Sebelah malam, abg Ujang, Sal & Jat pegi main bowling kat Ampang Point. Amat menakjubkan kerana abg Ujang yang terkenal dengan kekerekkannya tewas di tangan Jat tenuk yang baru hendak belajar membaling bola bowling. Sal apetah lagi, bagai jatuh ditimpa tangga. Dah la kalah ngan abg Ujang, pehtu kalah pulak dengan Jat tenuk yang tak habis2 dengan gayanya yang ala-ala manja tu..…auww....muahahahha….

Tengah malamnya pulak, abg Ujang, Jat tenuk dan disertai dengan Boy pergi ke Hospital Lady Templer kat Cheras. Diorang join group ghost hunting yang diketuai oleh Arezeo bersama buah hatinya si SD. Tak tau aaarrr apa yang terjadi kat sana. Dengar cerita, banyak peristiwa seram dah berlaku. Korang boleh baca posting pasal story menakutkan ni kat
http://lelakimelayu.blogspot.com/
(ps: Jat, hang kena bayar royalty kat kitaorang sebab Sal & abg ujang tolong promote blog Jat kat sini….huhuhuhuhuu)…

Ahad. 16 July.

Hari ni kitaorang bangun pukul 4 petang!! Adeh....berpinar2 bijik mata. Lepas mandi dan bersiap2, Sal bawak abg Ujang makan steamboat kat Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Sebenarnya 2-3 hari sebelum ni abg Ujang ade bgtau Sal tekaknya rasa macam nak makan bende yang menggelegak-gelegak. Ntah ape2 ntah buah hati Sal ni. Pehtu terlintas steamboat kat kepala Sal. Ye la, kan steamboat je yang dimakan time menggelegak-gelegak macam tu. So, kitaorang pun pegi la having dinner kat Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa.

Lepas dari makan2, kitaorang plan nak main bowling. So, kitaorang main lagi dengan sepuas-puas hati kat UE3 Mall, Cheras. Dan seperti biasa, abg Ujang terus membelagakkan dirinya dengan jatuhan ratusan pin. Malas ar nak tulis banyak2 pasal ni. Nanti abang Ujang kembang pulak. So, Sal buat dunno je bila abang Ujang strike. Screen kat atas lane tu pun Sal jeling2 jek. Malas nak tengok..… huhuhuhuhu…

Balik dari main bowling, kitaorang melepak kat satu tempat kat area Cheras. Erm….berlaku sedikit pertengkaran kat situ sebab abg Ujang dengan sesenang hati membiarkan dirinya dipegang oleh orang lain. Tapi at last kitaorang cool semula selepas abg Ujang mintak maaf dari Sal…huhuhu… "Abg jangan biarkan orang lain pegang abg lagi lepas ni, ok?"....Mwah….

Isnin. 17 July.

Hari ni, Sal & abg Ujang pergi ke Muzium Negeri, Shah Alam. Saje nak tengok Pameran Jin, Hantu dan Keranda. Banyak jugak la hantu yang ade kat situ. Jin dalam botol lah, jin yang ditangkap sewaktu beromen dengan bini orang lah, langsuir lah, jenglot lah, anak kerak lah dan macam2 jenis hantu lagi. Yang tak bestnya semua bende2 tu kaku. Tak bergerak. Nampak macam hantu olok2 jek. Korang penah buat patung guna plastisin tak? Ala, masa tadika dulu kan selalu cikgu bagi plastisin suruh buat macam2 bentuk, kan? Haa….hantu2 tu macam diperbuat daripada plastisin la…tak realistic langsung. Cuma ada satu part tu, diorang cakap ada hantu pocong “hidup” dalam satu bilik kaca. Maka berpusu-pusu la orang menjengok ke dalam bilik kaca tu. Abg ujang & Sal tak dapat tgk dengan jelas hantu pocong tu. Sebabnya, banyak sangat kepala-kepala pengunjung yang tercongok2 kat situ. Dah la kami berdua ni tak cukup tinggi. Jenuh la kami terjengket2 meninggikan kepala tapi tetap tak nampak jugak…sedeyyy….huhuhuhuhu. Suasana kat dalam tu gelap. Nak suluh hantu pocong guna lampu handset, security guard kat situ tak bagi pulak. At last melepas la peluang kitaorang nak tengok hantu “hidup” dalam bilik kaca tu… Apa2 pun, hantu pocong tu mesti bangga sebab ramai sangat manusia nak tengok dia catwalk kat situ... muehehehhe....

On the way balik dari Shah Alam, kitaorang dapat berita yang mengatakan Siti Nurhaliza tengah buat press conference kat Jalan Ampang. Alalalalala…..kawin jugak Cik Siti dengan orang tua ganyut tu ek…memang dah jodoh dia. Nak buat cemana, kan. Tapikan, bila difikir2 balik, lagu2 cinta yang pernah Siti nyanyikan sebelum ni rupe2nya untuk seorang orang tua yang dah ade anak 4. Euuww…korang rase geli tak?..huhuhuhuhu…Cuba bayangkan time korang nyanyi lagu Aku Cinta Padamu ke, Jerat Percintaan ke, Bukan Cinta Biasa ke sambil2 korang membayangkan lagu tu ditujukan untuk seorang orang tua yang dah ade anak 4…eiiii yek.……geliiii geleman siutt……uwekk…Takpe la. Dah jodoh dia, kan. Nak buat cemane. Apa2 pun Sal & abg ujang doakan semoga Cik Siti kita membuat pilihan yang tepat dan betul untuk masa depan dia. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Pehtu, kitaorang shoot ke Ampang Point untuk main bowling buat kali terakhir sebelum buah hati Sal balik ke KT esok malam. Dan amazingly, Sal berjaya menewaskan abg Ujang!!! Hahahahha…yeahhooooo....… Kempis balik hidung abg Ujang setelah kembang hampir seminggu kerana asyik menang main bowling….huhuhu.. Jgn marah ye yang. Sal gurau jek. Apa2 pun, sayang tetap menang second round, kan? Mwah…..Love u…

Lepas main bowling, kitaorang terus balik ke rumah Jat kat Puncak Alam. On the way balik ke rumah Jat, kitaorang dapat lagi satu berita tentang tsunami kat Pulau Jawa. Tiba2 rasa keinsafan menyelinap ke dalam hati Sal. Hati abg Ujang? Sila tanya tuannya ya. Sal tak tau..... Apa2 pun, lagu kat bawah ni untuk kita renungkan sama2 liriknya ya….


SULUHKAN SINAR.

Bayangkan hanya berbumbung langit - Berdinding sekadar angin - Kerana syurga mereka - Telah dimamah bencana - Satu harta yang tinggal……..hanya nyawa... - Bayangkan semua insan tercinta - Dirampas sekelip mata - Hilang entah ke mana - Nisan pun tiada tempatnya - Warisan keluarga hanya pada nama…. - Oh Tuhan….beri ketabahan hati mereka - Menempuhi dugaan yang melanda - Kita sesama manusia turut mendoakan - Agar Kau suluhkan sinar dan harapan…. - Ketika kita bersyukur dilindung - Ada mereka diselubung pilu - Mengharungi hidup bergantung pada simpati - 'Masa depan' hanya sejauh esok hari…. - Oh Tuhan….beri ketabahan hati mereka - Menempuhi dugaan yang melanda - Kita sesama manusia turut mendoakan - Agar Kau suluhkan sinar dan harapan…

Selasa. 18 July.

Hari ni Sal berkerja macam biasa. Abg ujang tido dalam kereta sementara menunggu Sal. Balik dari kerja, kitaorang terus shoot ke LCC. Takut tak sempat nak fetch flight kul 8 malam ke KT. On the way ke LCC, hati Sal terasa begitu sebak. Tak tau kenapa. Mungkin kerana buah hati Sal dah takde kat sebelah Sal time tido malam nanti. Sebakkk sgt rasa hati ni. Airmata ni asyik mengalir je….Ermm ntah la. Sal cuba tenangkan hati dengan menyanyi kuat2 lagu “Had A Bad Day” – Danial Powter, tapi perasaan Sal tetap berkecamuk. Begitu juga dengan abg Ujang. Airmatanya tak henti2 mengalir. Syahdu sgt rasenya sepanjang perjalanan tu…

Sampai kat Terminal LCC, hati Sal rasa makin tak keruan. Tak sanggup rasenya nak berpisah dengan orang yang tersayang. Erm…tapi bila difikir secara positif, kesedihan dan kerinduan yang macam ni la yang akan mengeratkan perhubungan kitaorang. Kalau setiap hari mengadap muka rasa bosan pulak nanti kan. Erm…takpe lah. Bulan depan Sal turun KT pulak. Abg Ujang dah janji nak bawak Sal pegi bercuti ke Pulau Kapas atau Pulau Perhentian.

Sebelum balik, abg Ujang dan Sal dah sepakat untuk tukar phone number.
Kami save phone number yang penting2 jek. Phone number orang2 yang boleh menjejaskan hubungan kami semuanya kami buang. Lega rasa hati. Lepas ni dah takde lagi orang2 yang akan kacau kami. Abg ujang dan Sal boleh letak kepercayaan 100% antara satu sama lain. Cuma apa yang kami perlu ingat, jgn sekali2 cuba melayan orang yang boleh merosakkan hubungan kami. Cukuplah dengan rakan2 yang nombor hp mereka ade dalam simcard baru Sal & abg Ujang. Dan dengan bersaksikan McDonald LCC, kami berdua mematahkan simcard lama kami....

Pukul 8.00 malam. Abg Ujang masuk ke balai berlepas. Meninggalkan Sal di LCC. Ntah la. Hati ni terasa begitu kosong bila abg Ujang melambai ke arah Sal buat kali terakhir. Sebak betul rasa hati ni. Sayang, Sal betul2 sayangkan sayang. Cinta Sal untuk sayang sampai mati tau….

Selamat jalan sayang. Ada masa kita jumpa lagi, ye....I Love U

Posted by Ujang_MD :: 7/22/2006 09:54:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.