"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, August 13

(PART I) : KESILAPAN DEMI KESILAPAN

Erm... manusia. Manusia memang tidak pernah lekang dari melakukan kesilapan. Kerana sifat ego, kerana tidak pernah mengaku salah, kerana susah menerima pendapat dan teguran orang lain serta malas untuk memikirkan risiko dan kesan daripada setiap tindakan yang diambil telah menyebabkan manusia itu seringkali melakukan kesilapan... Dan kesilapan itu seringkali hanya disedari setelah segalanya terlewat. Biasanya, rasa menyesal di atas kesilapan yang dilakukan hanya disedari setelah manusia itu kehilangan sesuatu di atas kesilapannya itu, contohnya seperti bila sudah jatuh miskin, bila sudah terlantar sakit, bila sudah hilang kuasa dan dihina, bila sudah hilang populariti atau bila sesuatu yang kita sayangi sudah pergi untuk selamanya.

Kesilapan memang tidak akan disedari selagi manusia itu sibuk bergembira dan malas berfikir tentang sesuatu yang tidak menggembirakan dirinya. Misalnya, orang kaya akan sentiasa melakukan kesilapan sekiranya dia hanya berfikir tentang dirinya sahaja yang sentiasa dipenuhi dengan kemewahan dan malas untuk berfikir tentang kesusahan orang yang berada di sekelilingnya, betul tak? Kita pun menyampah dengan orang kaya yang macam ni, kan? Secara automatik kita akan menggelar orang2 macam ni sebagai orang kaya tak sedar diri atau Haji Bakhil, betul tak? Bila dah jatuh miskin papa kedana baru ada rase nak rase menyesal. Dah tak berguna nak menyesal bila dah jatuh miskin, betul tak? ... hehehhehe... termelalut pulak...

Anyway, kerana sebab itulah Allah menganjurkan manusia supaya sentiasa berfikir dan muhasabah diri. Jangan hanya nak bergembira. Jangan hanya nak mengejar kepentingan dan kesibukan dunia serta malas untuk berfikir. Manusia dianjurkan oleh Tuhan agar meluangkan masa dengan duduk bersendirian, duduk diam2 dan berfikir balik akan setiap kesilapan yang pernah dia lakukan. Ini ialah kaedah yang dianjurkan oleh Tuhan. Dan dari sinilah nanti manusia akan tersedar dengan kesilapan yang telah dia lakukan.

Syukur alhamdulillah bila kesilapan itu boleh diputar balik dan diperbetulkan. Tetapi jika kesilapan itu melibatkan hati, perasaan atau nyawa, sudah pasti ia tidak akan dapat diperbetulkan kerana hati dan perasaan yang sudah hancur berulang-kali sememangnya tidak boleh diubati lagi malah nyawa yang sudah pergi secara logiknya memang tidak akan kembali lagi. Bersyukurlah pada mereka yang diberi peluang kali kedua oleh Tuhan untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan kerana sekurang2nya kita boleh ambil iktibar dan tidak mengulanginya lagi. Tapi, bagaimana pula dengan kesilapan yang peluangnya hanya diberi sekali seumur hidup? Adakah kita mahu menjadi manusia yang rugi dan menyesal seumur hidup? Tentu tidak, kan?

Dan inilah realiti yang terjadi terutamanya di kalangan orang melayu. Cuba kita lihat, berapa ramai melayu yang mudah lupa diri bila sudah menjadi kaya raya? Berapa ramai melayu yang mudah lupa diri bila dirinya dipuncak kejayaan? Berapa ramai melayu yang tidak menyedari kebahagiaan yang dia ada sehinggalah kebahagiaan itu hilang dari hidupnya? Berapa ramai Melayu yang terlalu biadap yang tak menghormati ibubapa mereka sehinggalah mereka kehilangan kedua2nya? Sehingga Tun Mahathir sendiri pernah menggelarkan Melayu itu mudah lupa. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan Melayu seperti ini? Adakah kita mahu tergolong dalam golongan orang2 Melayu yang sering lupa diri dan sering melakukan kesilapan demi kesilapan?...

Kemuliaan manusia terletak pada akalnya. Dari akal kemudiannya digunakan untuk membentuk kehidupan yang sempurna. Sebab itu manusia digalakkan untuk berfikir. Akal dikurniakan oleh Allah untuk berfikir. Walaubagaimanapun, adakalanya kita tidak sedar, apa yang kita fikirkan "betul" itu sebenarnya adalah salah. Sebab itulah kita perlukan seorang pendamping yang benar2 mengenali diri kita agar dia boleh menasihati kita jika kita melakukan kesilapan.... (bersambung....)

Posted by Ujang_MD :: 8/13/2006 05:11:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.