"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Sunday, August 13

(PART II) : KNP DIA TAK PERNAH NAK FAHAM SAYA?

Untuk memilih pendamping yang sesuai, kita perlu memahami dirinya. Tahu akan kehendaknya. Tahu akan perangai serta sifatnya. Dan dia juga perlu tahu dan memahami perangai dan kehendak kita. Jika terdapat percanggahan kehendak dan perangai, masing2 akan cuba bertolak-ansur dan menerima nasihat serta pandangan yang terbaik diantara mereka. Pandangan dan nasihat yang terbaik pula bukan dihasilkan daripada perasaan amarah yang disusuli dengan kata2 makian seperti "woii setan", "pegi mampuslah engkau", "ko bodoh" atau "ko bangang", bukan juga dihasilkan daripada perasaan cemburu atau segala sifat negatif yang lain. Tetapi ia terhasil daripada pengalaman yang sudah dilalui serta sifat kasih-sayang, hormat-menghormati, bertolak-ansur dan rasa tanggungjawab terhadap si pendamping.

Kata kunci yang paling sesuai digunakan kat sini ialah kita perlu sentiasa merendah diri dan menganggap diri kita kurang sempurna dan bukan sentiasa yang terbaik. Dari sinilah nanti kita akan mudah menerima teguran si pendamping serta menilai balik baik-buruk peribadi kita. Kita juga akan dapat menilai balik baik-buruk tindakan yang selalu kita ambil sebelum ni dan kita juga turut dapat menilai balik kehidupan dan kebahagiaan yang kita dah dapat hasil daripada keputusan dan tindakan yang kita ambil untuk membentuk hidup kita selama ini. Semuanya kita lakukan dengan hati yang terbuka dan tanpa rasa amarah. Dan dalam masa yang sama, kita boleh nilai balik peribadi pendamping kita, baik-buruk tindakan yang pernah dia ambil sebelum ni serta kehidupan dan kebahagiaan yang dia dah ada hasil daripada keputusan dan tindakan yang pernah dia ambil sebelum dia mengenali kita. InsyaAllah daripada sini, kita akan selalu insaf dengan diri kita yang sering melakukan kesilapan dan sentiasa lalai dalam membentuk kehidupan yang bahagia dan sempurna.

Bila bercakap tentang hal ini, cuba kita tanye balik diri kita. Apa yang pendamping kita lakukan sekiranya kita berada dalam kesusahan? Apa yang pendamping kita lakukan untuk menjaga hati, perasaan dan tubuh badan kita? Apa yang pendamping kita lakukan bila kita berasa sedih dan kecil hati dengan orang sekeliling kita? Apa yang pendamping kita lakukan bila kita perlukan dia sebagai peneman sewaktu kita sakit? Apa yang pendamping kita lakukan bila kita berasa susah hati? Apa yang pendamping kita lakukan bila kita berada dalam keadaan takut? Apa yang pendamping kita lakukan bila kita perlukan pertolongan darinya? Apa yang pendamping kita lakukan dalam melayan kita sebaik mungkin? Apa yang pendamping kita lakukan bila kita rasa diri kita dihina dan dicaci? Apa yang pendamping kita lakukan bila kita berada dalam keadaan marah? Apa yang pendamping kita lakukan bila kita merajuk walaupun hakikatnya merajuk itu disebabkan oleh kesalahan kita sendiri? Apa pendamping kita lakukan untuk memastikan hari2 yang kita lalui sentiasa sempurna? Adakah kita sudah membalas dan membuat perkara yang sama seperti yang pendamping kita dah lakukan pada kita? Adakah kita sudah buat separuh daripada apa yang pendamping kita dah lakukan? Atau setidak-tidaknya, adakah kita sanggup dan berupaya untuk membalas balik apa yang pendamping kita dah buat untuk kita?

Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini banyak yang lebih menyenangkan hati kita, ketahuilah pendamping kita itu telah banyak memahami diri kita dan sentiasa belajar untuk memahami diri kita. Janganlah sekali2 dipersoalkan "kenapa dia tak pernah nak faham saya" sedangkan pendamping kita itu sendiri sudah meletakkan dirinya ke peringkat paling bawah semata2 untuk memahami diri kita tanpa meminta sebarang balasan kecuali kasih-sayang dan rasa dihormati serta disayangi...... fikir2kanlah..... (bersambung...)


Posted by Ujang_MD :: 8/13/2006 05:39:00 PM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.