"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Wednesday, August 30

Percutian di Puncak Alam...

Minggu lepas Sal cuti seminggu. Pada awalnya, Sal sendiri nak naik ke KT sebab Sal tgh bercuti dari kerja. Tapi memandangkan “orang” tu sanggup “tuang” keje & turun ke KL, Sal pun ikut aje lah kehendak dia. Sebenarnya, Sal nak mintak “orang” tu turun time konvo nanti, so tak pyh la “orang” tu “tuang” keje byk2 kali….. tapi “orang” tu sound Sal balik dan kata Sal tak hargai dia pulak. So nak taknak Sal terpaksa mendiamkan diri ajelah. Terpaksa la pegi konvo yang berlaku sekali seumur hidup ni sorang diri. Takpe lah, Sal tak kisah pun pegi konvo sorang2 walaupun tempatnya beratus kilometer..… Tapi bila terkenang balik kisah “orang” tu yang sanggup drive beratus kilometer sorang2 hanya kerana nak meraikan konvo “seseorang”, rasa sedih tu muncul tiba2. Tapi nak buat mcm mane, “orang” tu lebih bijak memilih mane yang terbaik untuk diri dia dan diri Sal, jadi Sal ikut aje la. Bila harapkan adik-beradik Sal yang lain, semuanya macam hampeh. Bz lah ape lah…. Bila harap “orang” yang tersayang pulak….erm… entah la….Nampak gayanya, konvo yang berlaku sekali seumur hidup ni Sal raikan berseorangan tanpa orang2 yang terdekat & tersayang ada di sisi…. Erm, takpe lah… kalaulah ade abah……

Bercerita tentang percutian di KL last week, tak byk sgt aktiviti yang Sal & Abg Ujang lakukan. Maklumlah, tengah2 bulan, kan. Gaji pun cukup2 makan je. Apa2 pun, kami sempat jugak pegi ke Melaka sekejap. Bukan pegi berdua tau, tapi kami pergi bertiga dengan adik angkat kesayangan Abg Ujang yang nampak macam lurus bendul tapi hakikatnya dalam apa2 keadaan pun akhirnya dia jugak yang beroleh keuntungan iaitu si jat tenuk yang tak habis2 dengan slogan dia..“duit mak dah habis nyah….mak takde duit dah”. Huhuhuhuhu, kalau camtu lepak umah je la tenuk oiiiii. Tak payah pegi keje dan tak payah pegi mane2. Ye la, asyik habis pitih je. Setiap bulan gaji masuk. Keluarnya pulak takde le byk mane. Ye la, berpegang pada kata orang tua-tua, gaji besar kluarnya banyak. Gaji kecik kluarnya sikit. Tambah-tolak balance yang tinggal samalah jugak. Sal pun amik licence jugak. Sal pun bayar bill tiap2 bulan gak. Installment pun bulan2 gak. Tapi takde la pulak sampai kluar ayat “abih duit doh ambik licence”. Adoiiii…… baru ambik licence terus jatuh papa kedana ke? Yang kita ni bulan2 bayar itu bayar ini pun takde la pulak penah jatuh bankrupt… huhuhuhu… pelik lak rasenye… Erm, agak2nya gaji tak berkat kot. Tu pasal duit asyik tak cukup jek. Huhuhuhu. Cuba check balik ape yang biasa kita buat kat opis. Mesti ada sesuatu bende “tak baik” yang kita buat sehingga menyebabkan gaji kita tak pernah cukup dan tak berkat. Erm, Sal pun dah tak larat nak dengar dah pasal masalah duit ni. Last2, kita jugak yg kena sponsor. Ye la, nanti kalau tak disponsor dalam posting blog dikatanya kita ni kedekut pulak…. huhuhuhu.. Erm, setakat makan2, bawak jalan2, duit main “game” dll tu, memang la tak banyak, ye tak? Iyo lah, memang betul la tu walaupun ade sikit2 tak betul. Tapi dari duit yang kluar sikit2 tu la akan jadi banyak2 tau. Last2, Sal jugak yang kena tanggung diri sendiri dan boyfriend Sal pulak kena tanggung diri dia & adik angkat kesayangan dia pulak. Patut ke adik angkat bersikap macam tu? Kekasih abg angkat dia sendiri pun (Sal la tu) tak mintak lebih2.... Tambahan lagi, silap2 hari bulan, adik angkat boyfriend Sal tu siap bawak member dia lagi….. adussssss…..masak2…. last2 bila boyfriend Sal sendiri dah habis duit, barulah si adik angkat dia tahu nak mensponsor dirinya sendiri. Dan Sal pulak kena cover boyfriend Sal yang pitihnya doh habih sebab rajin sangat layan orang…Alasan yang paling popular digunakan untuk layan orang : ”ala belanja sikit jek”. Yo la, sikit2 lama2 habih gok. Sal sendiri pun terpaksa hutang dgn orang untuk sponsor diri sendiri. Ye lah, Sal pun naik segan nak mintak boyfreind Sal sponsor Sal sebab dia ada orang ketiga yang perlu ditanggung... huhuhuhu... boleh ke cenggitu wahai cik tenuk? Apakah perasaan anda sekiranya orang lain berbuat begitu pada boyfreind kesayangan anda?... huhuhuhu.... sila jawab ye...

Adoiii….pada sape2 yang berkenaan, tolong la jangan gunakan kesempatan di atas kebaikan abang ujang. Tak kira la sape2 pun. Abg ujang memang pemurah. Tersangat
pemurah. Abg ujang jugak memang baik hati. Abg ujang jenis tak berkira dan tak pernah kedekut. Tapi tolong la jangan ambik kesempatan ke atas abang Ujang. Memang dia ada hak untuk kluarkan duit dia dan layan mane2 orang yang dia rasa selesa. Tapi orang-orang tu semua jugak ade hak untuk tolak pemberian abg Ujang tu. Bukannya ape, abg ujang tu bukannya orang kaya. Sekali-sekala kluarkan duit tu takpelah. Cari pahala untuk kehidupan kat akhirat nanti. Tapi kita kena ingat jugak. Abg ujang turun KL pun dah beratus ringgit habis bayar tiket flight. Tu semua sebab nak menggembirakan kita. Takkan kita nak biarkan abg ujang belanja kita pulak lagi. Orang tak tau cemane keadaan kami bila tiba hujung bulan. Sal nak suruh abg ujang call pun Sal rasa serba salah sbb dia akan usahakan apa jugak cara untuk call Sal walaupun dia takde duit. Tu tak kira lagi perbelanjaan untuk ubat-ubatan dia yang mahal gile tu. Korang tak kesian kat abg Ujang ke? Tolong ar jangan mempergunakan sifat pemurah dan sanggup melakukan apa saja yang ada pada diri abang ujang……tolong lah bagi abg Ujang peluang untuk berseronok dgn hasil titik peluh dia. Dan tugas kita pulak membantu menyeronokkan abg Ujang… biar kita berhabis untuk abg Ujang dan rasa malulah sikit bila abg Ujang terpaksa berhabis untuk kita….. Kata2 ni bukan untuk adik angkat abg Ujang saja…tapi untuk semua yang mengenali diri abg Ujang, termasuklah Sal sendiri sebagai kekasih dia…..

Apa2 pun, terima kasih pada tenuk sebab dahulukan duit dinner hari tu. Wah wah, time2 tu jugak mintak ganti eh. Takpe la, nanti Sal ganti balik…. Erk, duit main game kat genting hari tu taknak ganti ke? Aaa… duit gi jalan2 dulu taknak share2 ke? Hahahahaha..…. Takpelah. Kira halal jek. Sebenarnya Sal taknak ckp pasal bende remeh-temeh ni. Ye la, kita pun menumpang rumah orang je, kan. Tapi, bila dah selalu sgt jadi macam ni, seolah2 dah jadik satu “amalan” dan tanggungjawab bagi abg ujang, pehtu kena label kedekut dan siap merajuk pulak lagi kalau kita tak belanja dia, sape yang boleh tahan, kan…. Dan kerana itulah Sal & Abg Ujang suruh tenuk carik couple yang boleh layan tenuk macam putera raja, k. Biar couple tu tanggung segalanya… huhuhuhu….

Erm, Sal saje nak luah perasaan jek. Tu pun lepas terbaca posting kat satu blog tu. Kalau sape2 terasa, awal2 lagi Sal mintak maaf, ok (ikut style tenuk dlm blog dia. Dah bantai orang kaw-kaw pehtu mintak maaf…huhuhuhu)…. Maaf ye tenuk……

Erm, banyak pengajaran “besar” yang berlaku pada pertemuan di KL kali ni. Sal tak tau macam mane pendapat abg Ujang. Tapi bagi Sal, Sal dah habis point kalau nak merajuk dgn abg Ujang. Dulu bole lagi guna reasons yang cikai2 dan abg ujang sure pujuk balik. Tapi skrg, senjata untuk merajuk yang paling kuat sekali pun dah tak memberi kesan dah. Buat la ape2 pun. Nak bawak diri ke, nak nyorok jauh2 dalam hutan ke, nak nangis sampai kluar air mata darah ke….takde effect ape2 dah….. huhuhuhu… sedih pulak rasanya. Tapi takpe, pasni dah takde merajuk2 dah. Sal dah tekad dalam diri. Sal dah taknak tunjukkan apa2 perasaan kecik hati, cemburu dan sebagainya. Sal nak abang Ujang tengok Sal sentiasa happy. Yang lain2 biar Sal simpan je dalam hati….

Pengajaran yang kedua bagi Sal ialah supaya “jaga mulut”. Sal akui, bila Sal marah, banyak ayat2 yang tak sepatutnya berhambur keluar dari mulut Sal. Tapi ayat2 tu pulak bukanlah ayat2 atau kata2 makian atau carutan, tapi kata2 yang boleh menyebabkan seseorang tu “makan dalam” yang teramat sangat. Sal akui, bila tiba part ni… Sal betul2 rasa bersalah. Tersangatlah bersalah. Betul kata Nabi “bahagian tubuh yang paling banyak kena seksaan kat akhirat nanti ialah lidah”. Hinggakan masa sessi soal-jawab dgn tuhan nanti pun satu2nya bahagian tubuh yang kena ikat ialah lidah. Aduss…. Kenapa bukan kemaluan? Kenapa bukan hati (yang jahat)? Kenapa bukan anggota badan yang lain?....Erm… bila difikir2 balik, dari lidah lah seseorang boleh mendapat dosa. Kesannya pulak bukan hanya pada fizikal je malah terus menusuk hingga ke lubuk hati. Lagi besar dosa sekiranya yang terkesan dihati tu dibawa hingga ke mati dan tak sempat pulak nak mintak ampun…. Erm… Sal mintak maaf sayang.. Sal janji tak membebel dah. Sal janji taknak buat sayang kecik hati dah. Sal taknak buat dosa dengan lidah dah… Maafkan Sal, sayang…

Dan pengajaran yang paling besar bagi Sal ialah jangan dedahkan abang Ujang pada bende2 yang abang sendiri tak biasa melakukannya. Sal akui, Sal terlalu excited untuk kenalkan abang Ujang pada dunia kehidupan di KL supaya abang Ujang kenal siapa itu “manusia” sehinggakan Sal terlupa bahawa abang Ujang sebenarnya seorang yang terlalu baik. Abang ujang tak pernah tahu tentang sikap manusia yang penuh dengan hawa nafsu terutamanya nafsu sex. Abang ujang tak pernah tahu tentang sikap manusia yang sanggup lakukan apa saje untuk dapatkan sex. Bila abg ujang tersilap langkah, abg Ujang jugak yang kena marah. Padehal, kalau Sal tak dedahkan abg Ujang pada bende2 macam tu, sudah pasti abg Ujang tak tersilap langkah atau buat bende2 yang Sal marahkan tu…

Dan selain tu, Sal jugak mintak maaf dari kekasih yang amat Sal cintai ni sekiranya Sal tidak menghalang “orang tu” dari terus “memegang” dan “meraba” Sal. Bukan niat Sal untuk membiarkan orang tu terus meraba hingga menaikkan nafsu, tapi kerana terlalu penat menepis dan mengantuk yang amat sangat menyebabkan Sal alpa. Walau bagaimanapun, Sal cepat2 beralih kedudukan bila merasakan keadaan sudah tak dapat dikawal lagi. Alhamdulillah takde ape2 yang berlaku lepas tu… Dan Sal juga cuba melupakan apa yang terjadi pada abg Ujang pada malam tu. Memang salah Sal kerana membiarkan abang berseorangan di tempat yang abg sendiri tak biasa…. Maafkan Sal sayang… memang salah Sal…. Salah Sal sayang….

Tapi bila direnung balik, Sal rasa kejadian tu ade hikmahnya. Hikmah yang pertama, kalau difikir balik, dulu Sal selalu dengar alasan “biarlah orang nak raba atau pegang kita pun, asalkan kita pandai jaga diri”…. Erm, terlalu mudah untuk kita berkata macam tu kalau benda tu tak berlaku pada diri kita sendiri, kan?. Dulu selalu Sal terdengar “Sal kena tanam kepercayaan pada abang. Abang tahu jaga diri abang. Diorang pegang je. Tak buat ape2 pun.” Hinggakan pada satu ketika di satu tempat tu pun, abang Ujang masih berkata bende yang sama walaupun 2 kali Sal dah kluar masuk memerhatikan abg Ujang yang berada di tempat gelap sambil berkata “alamak” bila abang tersedar kehadiran Sal. Erm, Sal percaya abang tak buat bende2 yang berat masa tu atau masa2 lain sekali pun. Sal percaya pada abg. Tapi orang tu tetap meraba, kan? Dan abg Ujang pulak tidak berkata “TIDAK” pada orang tu, kan? Tapi bila terkena pada diri sendiri, baru abg Ujang dapat rase betapa pedihnya apabila orang asing memegang sesuatu hakmilik kita yang kita sangat sayang. Itulah apa yang Sal rasai sebelum kejadian pada malam tu. Sebenarnya, Sal pun tak jangka bende ni akan berlaku pada malam tu. Betul2 tak jangka. Tapi mungkin tuhan nak bagi pengajaran pada abang supaya jaga diri dan tahu betapa peritnya kita bila orang yang kita sayang dipegang2 dan diraba2 walaupun orang yang kita sayang tu sendiri tak bernafsu dan sentiasa menjaga diri…… terasa peritnya, kan?

Erm. Tuhan maha besar. Walaupun kita tak merancang, tuhan sendiri yang akan merancang untuk kita. Tuhan sendiri yang akan memberi kita pengajaran supaya kita sama2 insaf. Ketahuilah, ketika abg Ujang mengatakan bahawa kepercayaan abg Ujang pada Sal dah berkurang sedikit kerana kejadian malam tu, fikirkanlah keadaan bilamana abg ujang meminta Sal menanam kepercayaan pada abang apabila abang berhubung dengan orang lain melalui pelbagai cara satu ketika dulu termasuklah diraba2 ketika di satu tempat yang berhampiran dgn gerai yang menjual sup kegemaran abg tu. Erm…itulah yang Sal alami satu ketika dulu tapi Sal tetap cuba menanam kepercayaan pada abang hinggalah pada hari ini. Dan sekarang, tanpa Sal pinta, tanpa Sal suruh, tanpa Sal rancang, Tuhan sendiri yang meminta abang Ujang agar menanam kepercayaan pada Sal. Erm…. Sebenarnya Sal tak sedar akan perkara ini sehinggalah Sal menulis posting ni pada hari ni…

Kepada kekasih yang Sal sayangi, coretan kat atas ni hanya sekadar peringatan untuk kita berdua. Segala yang berlaku dalam coretan di atas semuanya telah berlalu dan tak perlu dikenang dan diungkit lagi. Sal pun dah berjanji dengan sayang sewaktu di LCC tempohari, kan? Taknak berlaku bende2 buruk dah…. Sal nak semuanya yang baik-baik saje dan semestinya yang terbaik untuk kita berdua ; untuk Sal dan untuk kekasih Sal yang amat Sal cintai….

Dan pagi tadi, Sal dpt satu message ym dari seseorang. Message itu amat dalam maknenya…. Antaranya ialah..”So today and for as many days afterwards as you want, make a conscious CHOICE about what you want to "throw" out into the world. By doing this, you will be making a choice about what is going to come back and land at your feet. Remember the boomerang. Whatever you "throw" out there WILL come back to you many times over.”….

Sayang…..Sal cinta sayang sampai mati…



Posted by Ujang_MD :: 8/30/2006 03:45:00 PM :: 0 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.