"SoMeTiMeS oUr LiFe iS FiLLeD WitH cOLoUrS, aT tImEs, wE LiVe In TeArS"

UjangMD FeaT Makcik ZainunG


Home Games Download Songs Lyrics 18SX TV(Live) PERMINTAAN LAGU FORUM Blogger Kick Start Template


Saturday, August 12

PUNCA KRISIS??

FULL ALBUM ARTIST UPDATED!!

FULL ALBUM SALEEM (EPIGONI)
FULL ALBUM AMY SEARCH (IKON A ROCKSTAR CHRONICLE)
Pernah terlintas di hati Ujang.. bukan sekali dua.. tapi acap kali sejak kebelakangan ini... soalan ini lah yang sellau menjengah fikiran!!!"Kenapa dan mengapa hanya kita sahaja yang perlu memahami atau menjaga dan menghormati hati dan perasaan orang lain, sedangkan orang lain tidak pernah cuba untuk memahami hati dan perasaan kita...?''


Sekeping hati,
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan terseksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah kita memendam rasa
Patutkah rasa menjadi rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?

Ujang...Jagalah hati jangan di kotori. Ujang...Jagalah hati lentera hidup ini... Ujang.....Jagalah hati jangan di nodaiUjang....Jagalah hati cahaya Illahi. Beringat lah Ujang!! (Bodoh bercakap seorang kan??? Tapi biarlah.. tangan ini mahu menaip.. dan hati ini ingin meluah!! Biarlah!!)
Bila hati kian bersih, pikiran pun kian jerni dan semangat hidup kian gigih serta prestasi mudah diraih.Namun bila hati busuk, pikiran jahat akan merasuk.Akhlak kian terpuruk dan pastilah Ujang menjadi mahluk terkutuk.Bila hati kian suci, tak ada pula rasa rendah diri serta peribadi sendiri menawan hati.
Namun bila hati Ujang keruh, batin selalu gemuruh.Seakan-akan Ujang dikejar musuh, dengan Allah seecara tidak langsung kian jauh.Bila hati kian lapang, hidup sempit Ujang tetap menjadi senang.Walau kesulitan datang, dihadapi dengan tenang
Tapi bila hati sempit, segalanya makin rumitSeakan hidup Ujang terhimpit, zahir batin terasa sakit.. perit... Ohh!!!!Bila hati kian tenang, ingat Allah amat senang.Airmata tak pernah kering, munajat pula dikala hening.Tapi bila hati Ujang nista, berkatapun penuh dusta.Hina diperbudakkan harta, lama-lama boleh jadi malapetaka.
Bila hati bertawadhu, hidup Ujang indah semanis madu.Akhlak menawan kalbu, berpisah pun selalu dirindu.Namun bila hati takabur, dada ujang pasti berdebar-debar.Oleh itu ujang cuba berhati-hati dengan hati.Hati-jangan Ujang nodai. Ujang cuba lagi berhati-hati dengan hati.Ujang tak nak hati ujang di kotori.... Fuh....!

Posted by Ujang_MD :: 8/12/2006 10:53:00 AM :: 1 Comments:

Post a Comment


Best Malaysian Sites Page Rank Checker

© UjangMD FeaT Makcik ZainunG 2009 - Template by UjangMD.